Aneka Resepi Kuih Lapis Simple Ikut Sukatan Cawan Yang Sedap
Aneka Resepi Kuih Lapis Simple Ikut Sukatan Cawan Yang Sedap | Kuih lapis boleh dianggap sebagai salah satu kuih tradisi Melayu yang sangat popular. Rasanya yang manis berlemak memang sedap!
Resipi untuk buat kuih lapis jika dulu sering dalam warna merah putih kerana menggunakan tepung beras dan santan, tapi sekarang ini resepi kuih lapis ada juga yang sudah dimodenkan.
Antaranya ada resepi kuih lapis daripada roti gardenia, resepi kuih lapis yang menggunakan coklat, resepi kuih lapis tanpa santan, resepi kuih lapis tepung gandum dan banyak lagi.
Banyak juga resepi yang telah dikongsikan oleh mereka yang pandai buat kuih lapis ni. Walau nampak simple tapi rasanya memang sedap! Lagi-lagi jika boleh makan kuih lapis yang boleh diceraikan selapis demi selapis.
Jika suka makan kuih lapis dan berhajat untuk cuba buat kuih lapis sendiri, di sini akan dikongsikan aneka resepi kuih lapis sukatan cawan yang simple dengan rasa yang sedap.
Jika ada masa terluang nanti, bolehlah cuba.
9 Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan Yang Simple Dan Sedap
#1 - Resepi Kuih Lapis Gardenia
6 keping roti sandwic
buang kulit tepi, siat kecil & rendam dengan 150 gm air
75 gm gula pasir
3/8 tsp garam
300 gm santan
150 gm air
90 gm tepung beras
30 gm tepung sagu
1 tsp coklat emulco
pewarna kuning & oren
Cara Membuatnya :
1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang bersaiz 6 inci persegi. Alas dengan plastik tahan panas dan sapukan dengan sedikit minyak masak.
2. Satukan air, santan, gula, garam dan masak hingga gula larut. Biarkan suam.
3. Masukkan roti yang direndam bersama setengah santan yang dimasak tadi ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
4. Satukan tepung beras dan tepung sagu dalam bekas. Masukkan bahan kisaran ke dalam bekas berisi tepung sambil dikacau dengan whisk sehingga sebati
5. Adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian 1 dibahagikan untuk 3 lapisan dan diwarnakan kuning, bahagian 2 dibahagikan untuk 2 lapisan dan diwarnakan oren, bahagian 3 dibahagikan untuk 4 lapisan dan dibubuh coklat emulco.
6. Bila kukusan dah betul-betul mendidih, letakkan loyang dalam kukusan. Tuang adunan kuning dulu sebagai lapisan pertama dan kukus 5 minit.
#2 - RESEPI KUIH LAPIS COKLAT JAGUNG
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 sudu teh garam
½ cawan isi jagung (kisar bersama ½ cawan air)
1 sudu makan serbuk coklat (bancuh dengn ½ cawan air suam)
Cara Membuat:
1. Panaskan kukusan.
2. Kisar semua tepung, gula dan santan. Tapis.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
4. Masukkan jagung dalam bahagian 1 dan gaul rata.
#3 - Resepi Kuih Lapis Santan Berlemak
1½ cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
¾ cawan gula
4 cawan santan
Pewarna merah
½ sudu teh garam
Sedikit minyak (Bagi disapu pada loyang)
Cara-cara:
1. Gaulkan semua bahan kecuali pewarna dan minyak masak ke dalam mangkuk besar dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah ke dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal (putih) dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan air di dalam periuk kukusan dan sapukan minyak pada loyang bulat bersaiz 7 inci.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal (putih) dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan asal (putih) berselang-seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong. Sedia dihidangkan.
#4 - RESEPI KUIH LAPIS LABU KUNING
Bahan A:2 cawan air
1 1/4 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan, simpul
Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan santan
Bahan C:
1/2 cwn santan pekat
Bahan D:
1 cawan labu, rebus dan haluskan
Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan, ketepikan dulu.
Dalam mangkuk lain satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A.
Setelah sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
Satu bahagian di masukkan santan dan satu bahagian lagi masukkan labu.
Panaskan kukusan, alaskan plastik pada loyang.
Masukkan adunan labu dan kukus selama 10 minit.
Lapiskan pula adunan santan, kukus selama 7 minit.
Ulangi sehingga habis, setiap lapisan 7 minit dan lapisan terakhir 20-25 minit guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.
Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik. Selamat mencuba and happy cooking!
Nota:
Kurangkan sukatan gula kepada 1 cawan, jika tak suka manis.
#5 - Resepi Kuih Lapis Batik
Bahan-bahan yang diperlukan :
500 gram tepung ubi
150 gram tepung gandum
400 gram gula pasir
8 cawan santan
1 sudu teh garam
Pewarna hijau, kuning dan lain lain
Cara membuatnya:
Panaskan kukusan.
Masukkan kesemua bahan kecuali pewarna ke dalammangkuk. Gaul rata dan tapis.
Sapu rata loyang dengan minyak.Tuang 4 cawan adunan ke dalam loyang dan renjiskan pewarna-pewarna pilhan engikut kesukaan. Kukus selama 3 minit.
Ulangi langkah 3 sehingga habis. Bila selesai kukus hingga masak.
Biarkan sejuk baru dipotong
#6 - KUIH LAPIS PISANG
Bahan A:-2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad/jagung
1 sudu teh garam
Bahan B:-
1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
1/4 cawan air
Bahan C:-
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah
Cara Membuat:-
1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar)
5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).
8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.
#7 - Kuih Lapis Pandan Coklat
Kredit resepi: Siti fatimah marzukie khanBahan:
2 cawan tpg beras
3/4 cawan tpg gandum
5 cawan air santan
1 sudu garam
1 cawan gula
1. blend sebati sampai halus. Bahagikan kepada 2 adunan.
2. satu adunan letak 3 sudu koko & 1 sudu pandan paste.
3. satu adunan letak stgh botol pandan paste kecil
4. kukus lapis selang seli coklat dan hijau. Setiap lapisan dlm 7 ke 10 minit.
5. lapisan terakhir 20 minit.
6. sejukkan semalaman sebelum dipotong
#8 - Resepi Kuih lapis keladi
Bahan-Bahan:
1 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
¾ cawan gula
3 cawan santan
1 sudu teh garam
Untuk lapisan A:
½ cawan air
sudu makan pes keladi
Pewarna ungu
Untuk lapisan B:
½ cawan keladi parut
½ cawan air
Cara:
Panaskan kukusan.
Kisar semua bahan kecuali bahan untuk lapisan dan tapis.
Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
Masukkan bahan A dalam bahagian1.
Masukkan bahan B dalam bahagian 2.
Sapu rata loyang dengan minyak.
Masukkan 1 cawan adunan bahan Ake dalam loyang dan kukus selama 3 minit
Lapiskan 1 cawan adunan bahan B dan kukus lagi selama 3 minit.
Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan
#9 - Resepi Kuih Lapis Pandan
200 g gula pasir
800 ml santan (200ml KARA + air)
1 sk garam
2 helai daun pandan - disimpul
2 sb air daun pandan
sedikit pewarna hijau
Cara-cara:
1) Masak santan,gula,garam dan daun pandan hingga mendidih dan sejukkan.Tapis.
2) Campurkan tepung kedalam adunan santan dan gaul rata.Tapis lagi dan adunan di bahagi 2 dan bubuh air daun pandan dan pewarna hijau pada 1 bahagian.
3) Kukus selapis2 berselang-seli warna. 5 min setiap lapis dan 20 min untuk lapisan terakhir.Sejukkan kuih,potong dan sajikan.
Langkah Demi Langkah Untuk Buat Kuih Lapis Cara Kak Azie Kitchen
Selepas dimasukkan lapisan atas sekali, kukus selama 20 minit. Kemudian biarkan lapisan atas dikukus selama 5 minit tanpa penutup pengukus bertujuan untuk mengeringkan air di permukaan kuih.
saya suka makan, tapi tak suka nak buat. haha.
ReplyDeletetapi kalau kek lapis sarawak tu , saya suka buat dan suka makan, tapi tu lah berat badan pun cepat saja naik .. dah lah kalau nak makan bukan sikit2, hurmmmm ..
bila gemoks, salahkan suami pasal siapa suruh dia ajar saya buat kek lapir tu. hahaha.
ni kalau anak dara nampak ni, pasti dia req ibu buatkan. peminat kuih lapis dia tu..
ReplyDeletedah lama teringin nak buat kuih lapis sendiri tapi takut tak jadi hehehe...
ReplyDeleteWau.. macam² jenis.. boleh try yang senang 😂.. saya mmg peminat kuih lapis
ReplyDelete