Cara Buat Cili Hijau Jeruk Sedap Rangup Yang Tahan Lama
Cara Buat Cili Hijau Jeruk Sedap Rangup Yang Tahan Lama | Cili jeruk in english disebut sebagai Chilies Pickles dan cili jeruk ni paling best kalau makan bersama dengan char kue teau.
Memang terangkat habis! Untuk pantai timur (Kelantan terutamanya), cili jeruk ini dikenali sebagai lada jeruk yang sering dinikmati bersama nasi kerabu. Ibu mertuaku memang sering juga buat cili jeruk ni untuk dicampur bersama dengan budu tatkala makan nasi.
Resepi untuk buat cili jeruk sedap dan rangup serta tahan lama secara homemade telah banyak dikongsikan. Antaranya ada resepi cili jeruk kak jee, resepi lada jeruk azie kitchen, resepi cili jeruk mat gebu, resepi cili jeruk ala thai dan banyak lagi.
Dalam banyak-banyak resepi yang ada di Google, aku paling tertarik dengan resepi cili jeruk cara mudah tapi tetap sedap dan rangup yang akan dikongsikan di sini. Bagi yang belum tahu cara-cara nak buat cili jeruk yang sedap, rangup dan tahan lama khususnya, bolehlah cuba buat ikut resepi ini bersama-sama.
Resepi Cara Buat Cili Hijau Jeruk |
Resepi Cili Jeruk Homemade : Bahan Dan Cara Membuatnya
- Bahan-Bahan:
- 10 hingga 15 biji Cili Hijau - hiris nipis atau tebal ikut suka
- 1 cawan Cuka
- 1 cawan Air
- 3 sudu besar Gula
- 1 sudu teh Garam
- Cara Membuat Cili Jeruk :
1. Letakkan hirisan cili di dalam botol kaca.
2. Masak air, cuka, gula, garam sehingga mendidih kemudian tuangkan ke dalam botol dan tutup
3. Biarkan sehingga cili bertukar warna kepada hijau pucat dan sejukkan di suhu bilik.
4. Sedia untuk di hidangkan bersama segala jenis mee goreng/sup/basah.
Tips :
Buang biji nya kalau tak mahu pedas dan botol dan cili kena betul-betul kering. Jika tidak, cili jeruk tidak tahan lama dan akan diselaputi lapisan putih (kulat).
Cara Buat Cili Jeruk Kicap Adakah Sama?
- 5 biji cili merah (kalau cili yang kecut lagi bagus)
- 1/2 cawan kicap manis
- 1 sudu makan cuka
Selain jeruk cili hijau seperti di dalam gambar, boleh juga buat jeruk cili padi yang juga sedap seperti rasa jeruk cili hijau biasa tu. Tak kisahlah, yang penting memang lebih jimat bila buat sendiri kerana harga cili jeruk ni kalau nak di beli, mahal juga tau!
Makngah PC rajin buat sebab Pakngah sukan makan dengan mee goreng dan mee bandung.
ReplyDeleteLiez suka sgt cili jeruk. Tapi klau buat mmg tak ada org yg makan..
ReplyDelete