Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Mudah Ukur Size Cincin Emas Perempuan Guna Pembaris Dan Kertas

Cara Mudah Ukur Size Cincin Emas Perempuan Guna Pembaris Dan Kertas | Bagaimana cara nak tahu saiz jari untuk cincin? Sebenarnya, tak ramai yang tahu cara untuk mengukur saiz jari dan size cincin emas perempuan di jari dengan cara yang betul (termasuk aku sendiri). 

Disebabkan itu, jika nak beli cincin terpaksa pergi ke kedai barangan kemas dan selalunya untuk beli cincin emas akan terus sukat saiz jari di kedai emas tersebut.

Disebabkan itu, terdetik hati untuk mencari info mengenai cara ukur size cincin emas perempuan yang mudah dan rupanya saiz cincin di jari ni boleh di ukur menggunakan pembaris dan kertas. 

Alang-alang dah tahu caranya, di sini aku kongsikan info untuk ukur size cincin di jari. 

Manalah tahu kalau-kalau ada dikalangan pembaca lelaki yang mahu beli cincin tunang dan cincin kahwin untuk bakal isteri tu.

Cara Ukur Size Cincin Emas

Cincin size 15 berapa cm dan ukuran cincin size 17 sama dengan berapa cm pula? Selain tu, ukuran size cincin 6cm dan 7 cm ke mm berapa ukurannya? Untuk memahami size-size cincin ini, sila lihat carta di bawah.

Ukuran Saiz Cincin Dari CM ke MM 


Macam mana nak tahu saiz cincin? Terdapat dua cara mengukur jari untuk dapatkan saiz cincin yang sesuai untuk jari seseorang iaitu dengan menggunakan ukur lilit jari dan kedua menggunakan cincin contoh. 

Di sini disertakan panduan bergambar untuk lebih mudah faham cara-cara untuk mengukur size jari atau cincin emas perempuan yang sedang dipakai.

2 Kaedah Mudah Untuk Dapatkan Saiz Ukuran Cincin Dan Jari Perempuan Yang Betul 

Cara Pertama - Ukur Jari Dengan Benang atau Kertas 

Objek yang diperlukan :
  • Benang atau kertas
  • Gunting
  • Pembaris (ada ukuran milimeter)
  • Pen atau pensel 
Cara Ukur Size Cincin Emas


Cara mengukur :

1. Untuk cara yang pertama ini, ia boleh dianggap sebagai salah satu cara mudah untuk mengukur cincin dengan cm. Potong kertas memanjang dengan ukuran lebar kurang dari 1 cm

2. Balut benang atau lingkarkan kertas di sekitar pangkal jari dan pastikan tidak terlalu longgar atau ketat. Untuk mudah faham terasa sedang elok seperti sedang pakai cincin yang sebenar. Ini untuk memastikan ukuran saiz cincin yang sesuai dengan ukuran dan bentuk jari. 

3. Tandakan dengan pen atau pensel 

4. Ukur panjangnya dengan pembaris kemudian samakan ukurannya dengan jadual ukuran size cincin menggunakan lilitan jari (circumfence) seperti di bawah. Carta jadual ukuran saiz cincin ini juga boleh digunakan untuk tahu size ukuran cincin US. 

Cara Ukur Size Cincin Emas

Cara Kedua - Ukur Saiz Cincin Yang Ada Pakai Di Jari

Objek yang diperlukan :

  • Cincin sedia ada yang sedang dipakai pada jari
  • Pen
  • Pembaris 

Cara Ukur Size Cincin Emas

Cara mengukur :

1. Lukiskan bahagian dalam cincin dengan menggunakan pen pada kertas

2. Buat garis lurus mendatar pada bahagian tengah cincin kemudian ukur dengan pembaris untuk dapatkan ukuran diameter cincin itu. 

3. Samakan ukuran yang dibuat pada bahagian diameter dalam jadual carta ukuran saiz cincin seperti di atas tadi.


Info Tambahan Yang Berkaitan Dengan Ukur Saiz Cincin 

- Ukuran dalam milimeter (darabkan setiap cm dengan 10)
- Pastikan jari benar-benar kering semasa proses mengukur
- Seeloknya ukur pada waktu siang kerana saiz jari boleh mengembang
- Jika ukuran yang dibuat dapat dua ukuran saiz yang berbeza, pilihlah saiz cincin yang lebih besar
- Bagi ukuran saiz cincin wanita, saiz cincin mungkin berbeza mengikut jenis design cincin itu sendiri 

Itulah dia dua cara atau kaedah mudah untuk dapatkan ukuran saiz cincin yang betul bagi memudahkan urusan ketika membeli cincin nanti. Lagi-lagi jika nak beli cincin emas yang agak mahal. Eloklah untuk tahu ukuran yang betul supaya tidak tersalah beli. 

Pemakaian cincin untuk tunang dan berkahwin memang dah lama ada dalam adat kita. Cara ukur saiz cincin dan jari guna benang atau kertas ini memang senang. Lepas ni, tak perlu lagi susah payah ke mana-mana kedai emas hanya kerana mahu buat ukuran cincin macam dulu lagi. 

Jika nak guna kaedah yang sama untuk ukur saiz jari untuk beli cincin pada bakal pengantin lelaki pun boleh juga. Yelah, cincin kahwin ni kan boleh di pakai sama-sama untuk lelaki dan perempuan. 





Dapatkan info bermanfaat dengan mudah di telegram

Jemput join  : 

3 comments for "Cara Mudah Ukur Size Cincin Emas Perempuan Guna Pembaris Dan Kertas"

  1. alaaa apa susah, bawalah si abang rock pi kedai emas beli cincin baru utk Awa. Ok tak?

    ReplyDelete
  2. Ukur guna benang paling sesuai kalau belum pernah pakai cincin.

    ReplyDelete
  3. Biasa time kutu emas turn kita la kena ukur haha.

    ReplyDelete