Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sinopsis & Teaser Drama Cinta Sekali Lagi Episode 28 Akhir

Sinopsis & Teaser Drama Cinta Sekali Lagi Episode 28 Akhir | Apa Jadi Pada Fahad? Mesti kena tonton episode akhir untuk drama Cinta Sekali Lagi ni sebabnya dah geram sangat dengan sikap Amani, si adik Amanda yang benar-benar dah melampau tu! 

Cinta Sekali Lagi drama TV3 terbaru slot Akasia mula ditayangkan pada 4 November 2020 dan episode terakhir akan ditayangkan pada 12 Disember 2020. Jumlah episode 1 hingga akhir semuanya adalah sebanyak 28 episod. 

Drama Cinta Sekali Lagi Episode 28 Akhir

Bagi yang sudah tak sabar untuk tahu kesudahan drama Cinta Sekali Lagi untuk episod akhir ini, di sini akan dikongsikan ringkasan cerita bagi last episod 28 secara full. Sekurang-kurangnya rasa kurang sikit debaran kat hati tu kan? 

Sinopsis Penuh Untuk Episod Akhir Drama Cinta Sekali Lagi 

Amani yang menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkan bekas abang iparnya sendiri sebagai suami telah terbongkar! Ibu Amani sendiri telah menjumpai segala bukti bahawa Amani ini telah menggunakan bomoh bagi mendapatkan cinta Fahad dengan cara terlarang.

Amanda juga sudah semakin sedar akan apa yang berlaku dan sama sekali sudah tidak ingin berlembut hati dengan Amani lagi. Bagi Amanda, kasihnya sebagai seorang kakak terhadap Amani sudah semakin pudar dengan apa yang telah berlaku. Bagi Amanda, dia redha tetapi dalam masa yang sama tetap ingin mendapatkan semula kedua-dua anak perempuannya kembali. 

Kemunculan semula Dr Izamel setelah mendapat rawatan di Australia (akibat diserang oleh Amani) telah membuatkan Fahad ikut sedar dengan segala perangkap yang dipasang oleh Amani sehingga dia boleh bercerai dengan Amanda. 

Ternyata, Amani rupanya yang membuat fitnah dengan menuduh Amanda curang sehingga mengandungkan anak Dr Izamel sedangkan yang sebenarnya anak di dalam kandungan Amanda pada ketika itu benar-benar adalah milik Fahad. Waktu ini Fahad benar-benar merasa sangat menyesal. 

Drama Cinta Sekali Lagi Episode 28 Akhir

Amani akhirnya mengakui yang dia memang sangat berdendam dengan Amanda selama ini tanpa berselindung lagi. Mukhlis yang juga telah kembali telah bersemuka dengan Amanda dan menerangkan segala apa yang berlaku tentang sikap Amani yang memang telah lama membenci dan mencemburui Amanda. Bagi Amani, kemusnahan hidup Amanda adalah satu kemenangan baginya dan apa saja yang menjadi hak Amanda perlu menjadi miliknya! 

Bonda Fahad juga sudah semakin insaf dan mula menerima Farhana kembali di dalam hidupnya. Bagi bonda, dia kini perlu menebus kembali segala salah silapnya terhadap Farhana yang telah beliau abaikan sejak dulu. Amanda juga sudah berjaya meraih kepercayaan dan rasa sayang dari ibu mertuanya semula. 

Fahad dan sudah semakin sedar kini mula mendekatkan diri dengan masjid atas bantuan Ustaz Sulaiman. Pertemuan kembali Amanda dan Fahad benar benar telah membuatkan hati Fahad kembali terbuka untuk memandang Amanda semula yang sememangnya amat dia cintai sejak dulu. Fahad ternyata sangat-sangat rindukan Amanda dan kehidupannya yang bahagia di sisi Amanda dan anak-anak mereka macam dulu. 

Drama Cinta Sekali Lagi Episode 28 Akhir


Amani yang sudah semakin berang, mula mencari bomoh semula dan kali ini Amani benar-benar nekad sepenuh hati biar apa pun yang terjadi! Amani ternyata benar-benar telah menjadi saiko dan gila dengan permainan jahat yang dia sendiri mulakan. 

Kala ini, Fahad sudah semakin sedar dan mula berubat untuk kembalikan dirinya yang dulu. 

Amanda pula sudah menjadi lebih kuat untuk berdepan dengan Amani. 

Amani sendiri, semakin tertekan dan sudah mula berfikiran tidak waras lagi. 

Adakah Fahad berjaya untuk memujuk Amanda untuk menerimanya kembali dan apakah pula yang akan berlaku pada Amani? Semuanya akan terjawap di dalam episode terakhir (episode 28) drama Cinta Sekali Lagi yang akan ditayangkan pada hari Isnin  (14 Disember 2020) jam 7 malam di TV3. 

Teaser Video Preview Cinta Sekali Lagi Episode 28 (Akhir) 





Review Drama Cinta Sekali Lagi Dari Episode 1 Hingga Akhir

Untuk drama Cinta Sekali Lagi yang daku telah tonton secara penuh dari episode 1 ini, tidak dinafikan di dalam masyarakat ini ada bermacam jenis sikap. Dan walaupun sesama ahli keluarga tidak semuanya mempunyai hubungan yang baik. 

Cinta Sekali Lagi ini mungkin ada yang akan terfikir, bagaimana boleh seorang perempuan menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan seseorang tetapi hakikatnya memang ada pun kisah begini di luar sana. Bahkan ada juga dikalangan lelaki yang mendapatkan wanita yang mereka mahukan dengan kaedah yang sama. 

Drama Cinta Sekali Lagi ini, walaupun ditayangkan sebanyak 28 episod dari awal hingga akhir, tetapi jalan ceritanya boleh dikatakan tidak boring. Watak pelakon cinta sekali lagi seperti Hanna Delisha, Nelydia Senrose dan Saharul Riduwan sesuai dengan jalan cerita yang diberikan. Maka tak hairanlah kenapa drama Cinta Sekali Lagi ini berjaya mengutip jumlah tontonan yang tinggi untuk setiap episod yang ditayangkan. 

Bagi yang belum lagi menonton drama Cinta Sekali Lagi ini, bolehlah tonton semula secara online bermula dari Episod 1 hingga Episod 28 (akhir) DI SINI

Drama Cinta Sekali Lagi Episode 28 Akhir

Nampaknya drama bersiri 'Cinta Sekali Lagi' yang mengisi slot Akasia TV3 sudah hampir tamat. Terasa sekejap saja kini dah tiba episode 28 sebagai episode terakhir. Selepas ini, apalah agaknya drama terbaru yang akan dibintangi oleh pelakon Saharul Ridzwan dan Hannah Delisha ni. Gandingan pelakon-pelakon hebat untuk drama ini jika digandingkan dalam cerita yang lain mungkin menarik juga. 

Sama-sama kita tunggu dan tonton episod akhir cinta sekali lagi dan semoga penamat drama cinta sekali lagi ini benar-benar boleh bikin hati para penonton puas selepas mengikuti drama ini dari episode 1 hingga last.

Suka menonton drama melayu Malaysia? Jemput join group Facebook Suka Drama Malaysia bagi mendapatkan pelbagai lagi link tontonan drama yang best-best seperti drama Cinta Sekali Lagi ini. 

Post a Comment for "Sinopsis & Teaser Drama Cinta Sekali Lagi Episode 28 Akhir "