Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Cinta Sekali Lagi Tonton Full Episode 1 Hingga 28 Akhir

Drama Cinta Sekali Lagi Tonton Full Episode 1 Hingga 28 Akhir | Bolehkah jatuh cinta sekali lagi dengan orang yang sama? Hmmm... Bagi yang ingin mengetahui apakah yang boleh berlaku disebalik cinta sekali lagi ini, bolehlah tonton drama terbaru yang bertajuk Cinta Sekali Lagi di TV3. 

Cinta Sekali Lagi ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Pali Yahya dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha. siri ini akan memulakan tayangan pada 4 November 2020 di Slot Akasia TV3 menggantikan Ryan Aralyn. Bagi yang belum tidak sempat menonton drama Ryan Aralyn di kaca TV, boleh tonton episode 1 hingga akhir DI SINI

Untuk drama Cinta Sekali lagi, daku tak perasan pula sama ada ianya sebuah drama adaptasi novel ataupun tidak. Yang pasti, berdasarkan sinopsis drama yang dibaca, jalan ceritanya memang sangat menarik dan boleh membuat si penonton naik geram, suka dan sedih. 

Drama Cinta Sekali Lagi Full Episode

Antara barisan pelakon dengan nama watak masing-masing untuk drama Cinta Sekali Lagi ini adalah :

  • Saharul Ridzwan sebagai Fahad  
  • Nelydia Senrose sebagai Amanda
  • Hannah Delisha sebagai Amani
  • Raja Afiq sebagai Ungku Mukhlis 
  • Luqman Hafidz sebagai Dr Izamel 
  • Ezzaty Abdullah sebagai Farhana 
  • Dilla Ahmad sebagai Ungku Nadrah 
  • Haleeda Mazlin sebagai Puan Nazira 
  • Iman Zulkarnain sebagai Muiz 
  • Zara Shelby sebagai Danisha 
  • Alessandra Alyssa sebagai Daniya

Sinopsis Cinta Sekali Lagi Versi Drama Penuh

Untuk sinopsis drama Cinta Sekali Lagi ini, ia mengisahkan tentang kisah hidup dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. 

Rentetan daripada kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal. Amanda baru dilantik sebagai ‘jewellery designer’ di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. 

Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar. Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira (Haleeda Mazlin) mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. 

Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis. Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. 

Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad. Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah. 

Drama Cinta Sekali Lagi Full Episode


Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda. 

Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘CINTA SEKALI LAGI’ daripada Amanda?

Drama Cinta Sekali Lagi Full Episode


Bagi yang berminat untuk menonton dan menghayati maksud jatuh cinta sekali lagi ini, bolehlah tonton tayangan drama Cinta Sekali Lagi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat di TV3 pada jam 7 malam. Jika tak sempat, boleh juga tonton  full episodes untuk drama Cinta Sekali Lagi ini secara online melalui link di bawah, dari episode 1 hingga akhir. Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 hingga Episod 28

Cinta Sekali Lagi Full Episode 1 hingga Episod 28 (Akhir) - Full Episode 

Cinta Sekali Lagi Episode 1

Cinta Sekali Lagi Episode 2

Cinta Sekali Lagi Episode 3

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episode 4

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episode 5

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episode 6

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episode 7


Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episode 17

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episode 18

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episode 19

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episode 20

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episode 21

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episode 22

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episode 23

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episode 24

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episode 25

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episode 26

 
 

Cinta Sekali Lagi Episod Akhir 

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episode 28 - Akhir 


Tonton Cinta Sekali Lagi Episod 1 Full Hingga Episode Akhir Secara Online Pada Bila-Bila Masa

Jika terlepas tonton drama Cinta Sekali Lagi di tv3 (slot akasia) pada setiap isnin hingga jumaat, jam 7 malam atau strim di IQIYI. Untuk kalian yang mahu download Cinta Sekali Lagi ini di sana juga boleh. 

Drama ini boleh dianggap sebagai salah satu drama yang ditunggu oleh pencinta drama melayu Malaysia. Ini disebabkan oleh preview drama ini sendiri yang telah membuatkan ramai penonton rasa tak sabar untuk melihat watak Hannah Delisha 'dengan sikap jahat dan dengkinya' dalam drama Cinta Sekali Lagi ini.

Makin menarik di tambah dengan lakonan Saharul Ridzwan sebagai Fahad yang boleh membawakan rasa sedih, cool dan penuh penyayang dalam satu masa. Untuk yang tidak mahu terlepas untuk semua episode drama Cinta Sekali Lagi ini, bolehlah tonton secara online dan semoga cerita drama ini turut mempunyai iktibar untuk para penontonnya juga. 


[ Artikel Menarik Lain  ]



Benar-benar suka dengan drama melayu Malaysia, bolehlah sertai >> group FB Suka Drama Malaysia << untuk dapatkan link-link tontonan drama baru dan lama yang lain. 


Selamat menonton Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 hingga Episod 28 (Akhir)

3 comments for "Drama Cinta Sekali Lagi Tonton Full Episode 1 Hingga 28 Akhir "