Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Bidadari Salju Episod 1 Hingga Episode 28 (Akhir) Tonton Full

Drama Bidadari Salju Episod 1 Hingga Episode 28 (Akhir) Tonton Full | Satu Malaysia dah tahu yang Adam Lee dan Sweet Qismina memang sedang bercinta. Gandingan mereka berdua melalui episode episode drama gandingan Adam Chempaka sebelum ini dikatakan sama cantik dan sama padan.

Genre sweet romantik ternyata sangat kena dengan pasangan ini dan disebabkan itu drama Bidadari Salju mula ditunggu oleh para peminat drama Malaysia. 

Sebagai pasangan kekasih yang sebenar, Adam dan Sweet memang ada perancangan untuk berkahwin tetapi belum dalam masa terdekat. 

Mungkin Adam dan Sweet mahu terus membina nama dalam dunia lakonan dulu dan telah menjadi rezeki mereka berdua apabila digandingkan untuk kali yang berikutnya sebagai pelakon utama di dalam drama Bidadari Salju ini. 

Drama Bidadari Salju

Info Drama Bidadari Salju 

Bidadari Salju ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Reza Badarudin yang diterbitkan oleh A.Aida Production. Drama ini dibintangi oleh Sweet Qismina, Adam Lee dan Jasmine Suraya Chin sebagai teraju utamanya dengan dibantu oleh ramai pelakon yang lain.  

Drama ini merupakan adaptasi dari novel bertajuk 'Bidadari Salju' karya hasil penulisan Mia Kiff dan drama Bidadari Salju ini ditayangkan buat pertama kali di slot Akasia TV3 bermula 15 Disember 2020 pada jam 7 hingga 8 malam bagi mengantikan drama Cinta Sekali Lagi. Drama Bidadari Salju ini berjumlah sebanyak 28 episode semuanya. 


Drama : Bidadari Salju Episod 1 hingga 28 
Mula Tayangan :  15 Disember 2020 
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, jam 7:00 malam 
Siaran TV : Slot Akasia TV3 
Penulis Skrip : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra 
Pengarah : Reza Badarudin 
Produksi : A.Aida Production Sdn Bhd 

Barisan Pelakon & Watak Dalam Drama Bidadari Salju 

Sweet Qismina sebagai Kayra
Adam Lee sebagai Hariz
Nazrief Nazri sebagai Wan Hakimi
Zaki Azeman sebagai Aiman
Syazuwan Hassan sebagai Raqib
Fimie Don sebagai Naufal
Chacha Maembong sebagai Dania
Jaja Iliyes sebagai Anita 
Aqil Taqeeuddin sebagai Hafizan
Siti Khadijah sebagai Marissa
Nizam Kama sebagai Asyraf
Puteri A'teeqah sebagai Athira 
Damia Qaissarah sebagai Yaya

Sinopsis Penuh Bidadari Salju Untuk Novel & Drama 

Drama Bidadari Salju

Drama Bidadari Salju episod 1 bermula dengan mengisahkan tentang perjalanan seorang gadis bernama Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari pasal dengan Karya hampir setiap hari.

Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung.

"Kayra. Sabarlah. Aku tahu kau terkejut. Sebenarnya, gambar ni dah tersebar di seluruh sekolah dan sekarang ni dah sampai ke kampung kita! Naufal kata, Hariz dalang dalam hal ni. Aku betul-betul tak sangka sejauh ini tindakannya terhadap kau! Keterlaluan sangat!" Diana begitu bersimpati dengan nasib Kayra. 

Drama Bidadari Salju

Perjalanan hidup Kayra sememangnya penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri. Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya dengan panggilan yang tidak baik. Dia popular dengan gelaran jijik itu. 

Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri. 

8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan.

Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.

Drama Bidadari Salju

Drama Bidadari Salju

Hariz yang sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya membuatkan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatan. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hati dan lelaki bernama Hariz yang pernah melemparkan fitnah ini ingin hadir semula dalam hidup Karya walau terpaksa berkorban segalanya. 

Drama Bidadari Salju

Tonton Bidadari Salju Episode Penuh 1 Hingga Episode 28 (Akhir) 

Tonton Bidadari Salju Episod 1, Episod 2,  Episode 3 & Episod 4 secara penuh melalui link di bawah ini :  


Drama Bidadari Salju Episod 1

[ Boleh tonton Drama Bidadari Salju Episode 1 full movie secara penuh ]

Drama Bidadari Salju Episode 2

Boleh tonton Drama Bidadari Salju Episode 1 full movie secara penuh ]

Drama Bidadari Salju Episode 3  

[ Sedutan drama Bidadari Salju Episode 3 ] 

Kayra berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Hidup mereka sekeluarga sudah senang berkat bantuan makcik Asmah yang membantu memberi semangat dan panduan untuk ibunya menuntut kembali harta pusaka. Kayra yang dulu kini sudah berubah cantik, ramai yang cuba mendekati tetapi tidak dilayan. 

Drama Bidadari Salju

Haris yang sudah menyesal dengan segala silap lalu berkat nasihat dan amanat akhir datuknya, kini betul-betul ingin berubah. Dosa pada Karya sekeluarga ingin ditebus tetapi bukan semudah tu kerana dalam hati Kayra ada rasa benci yang amat dalam. 

Drama Bidadari Salju Episode 3

Drama Bidadari Salju | Full Episode 4 

[ Sedutan drama Bidadari Salju Episode 4 ]

Pada hari perkahwinan Diana, Kayra terserempak dengan Hariz. Kehadiran Hariz membuatkan Kayra berasa benci!!! 

Drama Bidadari Salju Episode 4

Dalam masa yang sama Aiman tetap tidak berputus asa mendekati Kayra untuk melafazkan hajatnya untuk memperisterikan Kayra. Akibat sikap Aiman yang sama sekali tidak mahu faham keadaan Karya yang benar-benar masih ada rasa sakit akibat kejadian dulu, menyebabkan Kayra nekad menolak cinta Aiman dengan cara yang kasar.

Drama Bidadari Salju Episode 4

Drama Bidadari Salju | Full Episode 5

[ Sedutan drama Bidadari Salju Episode 5 ]

Hariz bersetuju untuk bekerja di company ayahnya Tuan azman, dan ditakdirkan bertemu semula dengan Kayra. Ini menyebabkan Hariz lebih bersemangat tetapi Karya pula berasa yang sebaliknya.  

Tuan Azman rupanya sudah tahu siapa Kayra dan apa kaitannya dengan Hariz. Kayra nekad mahu berhenti kerja tetapi Hariz terus dengan rancangannya untuk menawan hati Kayra hingga berjaya.

Drama Bidadari Salju Episode 28 (Akhir)  


Di Sebalik Tabir Drama Bidadari Salju (Adam Lee & Sweet Qismina)



Itulah serba sedikit info termasuk sinopsis penuh novel dan drama Bidadari Salju lakonan Adam Lee dan Sweet Qismina. Nantikan tayangannya di TV3 dan bagi yang terlepas waktu tayangannya di TV, boleh tonton secara online nanti. 


[ Artikel Menarik Lain  ]




Sukakan gandingan kekasih sebenar, Adam Lee dan Sweet Qismina yang akan bergandingan dalam drama terbaru Bidadari Salju ini? Boleh saksikan nanti untuk tahu jalan ceritanya dari awal hingga akhir. 

Suka menonton drama melayu Malaysia, Jemput join group Facebook Suka Drama Malaysia untuk dapatkan lebih banyak link drama terbaru yang lain. 


Post a Comment for "Drama Bidadari Salju Episod 1 Hingga Episode 28 (Akhir) Tonton Full "