Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sinopsis, Video Muzik & Lirik Lagu MIMPI Haqiem Rusli (Ost Bidadari Salju)

Sinopsis, Video Muzik & Lirik Lagu MIMPI Haqiem Rusli (Ost Bidadari Salju) | Untuk OST Drama Bidadari Salju atau Lagu Tema untuk drama Bidadari Salju, mula dengar sudah rasa 'best'. Tertanya juga, apakah tajuk lagu tema atau OST drama Bidadari Salju ini dan rupanya ia bertajuk MIMPI, nyanyian Haqiem Rusli. 

Drama Bidadari Salju telah memulakan siarannya dan lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli dijadikan OST untuk drama Bidadari Salju ini. Apa yang lebih menariknya, lagu Mimpi merupakan ciptaan khas dari Haqiem Rusli bersama A Aida Production khusus untuk drama Bidadari Salju ini sendiri. Saat ini, video official sudah pun keluar. 

MIMPI Bidadari Salju

Ini bermakna, lagu Mimpi (OST Bidadari Salju) adalah lagu yang dinyanyikan oleh Haqiem Rusli yang sememangnya sesuai dengan jalan cerita drama itu sendiri sebagai lagu pembukaan drama. 

Bidadari Salju ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Reza Badarudin dibintangi oleh Sweet Qismina dan juga Adam Lee. 

Sweet dan Adam yang sememangnya adalah pasangan kekasih sebenar tampak sangat sesuai dengan watak yang diberikan. Malah permulaan drama ini juga menarik dengan adegan-adegan Adam Lee yang membuli Sweet tanpa henti dengan agak 'teruk'.

Info Drama Bidadari Salju 

Drama : Bidadari Salju Jumlah 
Episod : 28 
Mula Tayangan :  15 Disember 2020 
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, jam 7:00 malam 
Siaran TV : Slot Akasia TV3 
Penulis Skrip : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra 
Pengarah : Reza Badarudin 
Produksi : A.Aida Production Sdn Bhd 

Sinopsis Drama Bidadari Salju (Adam Lee & Sweet Qismina)

Saksikan drama terbaru adaptasi novel berjudul Bidadari Salju dan ini adalah sinopsis penuhnya. Drama Bidadari Salju mengisahkan tentang perjalanan seorang gadis bernama Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari pasal dengan Karya hampir setiap hari.

Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. "Kayra. Sabarlah. Aku tahu kau terkejut. Sebenarnya, gambar ni dah tersebar di seluruh sekolah dan sekarang ni dah sampai ke kampung kita! Naufal kata, Hariz dalang dalam hal ni. Aku betul-betul tak sangka sejauh ini tindakannya terhadap kau! Keterlaluan sangat!" Diana begitu bersimpati dengan nasib Kayra.

Perjalanan hidup Kayra sememangnya penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri. Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya dengan panggilan yang tidak baik. Dia popular dengan gelaran jijik itu. 

Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri. 

8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.

Bidadari Salju , Yang Dibenci Kini Dicintai 

Drama Bidadari Salju

Drama Bidadari Salju

Video Lagu MIMPI (Ost Bidadari Salju) nyanyian Haqiem Rusli 

Tajuk Lagu : MIMPI 

Ciptaan : @haqiemrusli98_ @a_aidaproduction 

Lagu Tema : Bidadari Salju 

Slot Akasia TV3 Malaysia Disember 2020


Haqiem Rusli - Mimpi (OST Drama Bidadari Salju - Official Music Video)


Lirik Lagu Mimpi - Haqiem Rusli OST Bidadari Salju

Oh…. ku di buai mimpi yang indah 

Dan juga meinpi ngeri 

Mimpi yang indah kau bersamaku 

Mimpi yang yang ngeri kau bersama dengannya 

Dia pasti membawa kau pergi

Dia mengapa dia oh…. 

Dia mengapa dia oh…. 

Mengapa dia


Untuk menonton penuh drama Bidadari Salju, boleh KLIK DI SINI


Post a Comment for "Sinopsis, Video Muzik & Lirik Lagu MIMPI Haqiem Rusli (Ost Bidadari Salju)"