MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

15 HADIAH TERBAIK UNTUK PEREMPUAN : GIRLFRIEND / TUNANG / ISTERI / IBU

Setiap perempuan ( termasuk daku sendiri ) sememangnya sangat-sangat suka yang teramat sangat tatkala menerima hadiah daripada seseorang tak kira untuk sambutan sempena hari lahir, ulangtahun perkahwinan, pertunangan, perkahwinan dan sebagainya. Asalkan si pemberi itu benar-benar mempunyai ikatan yang agak rapat maka hadiah yang akan disenaraikan di bawah ini sangat-sangat bisa untuk bikin hati si perempuan ini cair dan tersenyum lebar sehingga ke telinga.

Hadiah untuk perempuan ini bukan hanya untuk si kekasih mahupun untuk sang isteri tetapi juga sesuai untuk di berikan kepada ibu, majikan perempuan dan lain-lain. Jangan di beri pada bini orang dengan niat nak tackle sudahlah!!! Kan tak pasal-pasal kepala boleh bocor dek kerana kena pelangkung dengan alu lesung.




15 Hadiah terbaik untuk cairkan hati perempuan ini adalah :

1. RUMAH
2. KERETA
3. BARANG KEMAS / EMAS 916




Tiga teratas ini adalah untuk korang yang benar-benar mampu tahap kebaboom.... apa salahnya beri jika dah mampu kerana memang tidak di nafikan tiga perkara ini adalah hadiah yang paling awesome di dambakan oleh seorang wanita. Hadiah terbaik lain yang boleh mencairkan hati wanita adalah :

4. WANG TUNAI

5. PAKEJ PERCUTIAN

6. HANDPHONE



Wang tunai tidak bermakna perlu beri hingga berjuta ringgit. Beri ribu atau ratus pun dah okay asalkan janganlah kasi dalam nilai puluh. Namapun hadiah so agak-agaklah ya. Jika sekadar puluh, baik belanja makan malam kikiki. Jika masih kurang berkemampuan boleh berikan hadiah yang lain seperti di bawah ini pula.

7. HANDBAG

8. JAM TANGAN

9. SET BARANGAN MAKEUP

10. PAKAIAN [ BAJU / KASUT / TUDUNG ]

11. KEK

12. BUNGA

13. COKLAT

14. MINYAK WANGI

15. KAD BERISI KATA HATI




Jangan risau senarai ini bukan untuk menunjukkan yang semua wanita itu mata duitan. Kami para wanita tidak menyintai kerana harta seratus peratus. Jika tiba hari lahir contohnya, jika dapat beri kami kek dan sekeping kad itupun sudah memadai kerana yang paling penting adalah tanda bahawa korang benanr-benar mengingati tarikh bersejarah yang ada kena mengena dengan kami.

Apakah Hadiah Terbaik Untuk Kekasih (Girlfriend) ?


Hadiah yang paling terbaik di antara yang terbaik untuk si kekasih, tidak lain dan tidak bukan adalah Al-Quran, sejadah dan telekung sembahyang. Hadiah yang terbaik ini paling sesuai jika diberikan kepada kekasih kerana ia dapat memberikan maksud tersirat yang korang inginkan seorang isteri yang solehah untuk anak-anak yang bakal dilahirkan kelak.



Sekiranya takut jika hadiah ini disalahertikan, selitkan juga sekeping kad dengan sedikit kata-kata seperti :

" AlQuran dan telekung ini adalah bukti yang saya amat cintakan awak kerana Allah Taala dan saya benar-benar berhajat untuk bersama awak ke fasa seterusnya. Gunakan pemberian saya ini setiap hari supaya hajat kita berdua untuk bersatu dengan cara yang halal akan termakbul."

Walau apa saja yang diberikan itu tidak penting kerana yang lebih mustahak adalah mengingati si dia yang berada di dalam hati. Beri hadiah juga tidak perlu tunggu hari-hari tertentu. Berilah hadiah di dalam bentuk kata dan doa supaya insan yang kita sayangi yakni ibu, isteri dan lain-lain supaya senantiasa berada di dalam lindungan Allah SWT. Ameen





4 comments:

  1. Aamiin cerita yang cukup indah

    ReplyDelete
  2. Nak al-quran dan set makeup dan bunga.

    ReplyDelete
  3. Semuanya hadiah yang best tapi best jugak kalau dapat duit..๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY