Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

15 HADIAH TERBAIK UNTUK PEREMPUAN : GIRLFRIEND / TUNANG / ISTERI / IBU

15 HADIAH TERBAIK UNTUK PEREMPUAN : GIRLFRIEND / TUNANG / ISTERI / IBU | Setiap perempuan ( termasuk daku sendiri ) sememangnya sangat-sangat suka yang teramat sangat tatkala menerima hadiah daripada seseorang tak kira untuk sambutan sempena hari lahir, ulangtahun perkahwinan, pertunangan, perkahwinan dan sebagainya. Tapi, tak dinafikan yang tugas mencari hadiah sesuai untuk isteri atau teman wanita ini boleh membuatkan si lelaki rasa stress. Susah kan nak fikir hadiah apa yang sesuai. 

Sebenarnya nak bagi hadiah dekat isteri, teman wanita, tunang dan sebagainya ini, tak susah sangat pun! Pilihan hadiah untuk di beri pada  'perempuan ni sangat banyak sebenarnya. Malah, kalau nak tahu... hadiah untuk perempuan jauh lebih mudah dari hadiah untuk lelaki. Cuma mungkin disebabkan rasa risau maka para lelaki merasa cuak akibat takut kalau-kalau hadiah itu tidak sesuai. 




Asalkan si pemberi itu benar-benar mempunyai ikatan yang agak rapat maka hadiah yang akan disenaraikan di bawah ini sangat-sangat bisa untuk bikin hati si perempuan ini cair dan tersenyum lebar sehingga ke telinga. Yang penting, pemilihan hadiah untuk seorang perempuan hendaklah jelas dengan mesej yang ingin disampaikan. Kiranya hadiah ni adalah satu simbolik untuk memberitahu hajat atau perasaan yang sebenar. 

Hadiah untuk perempuan ini bukan hanya untuk si kekasih mahupun untuk sang isteri tetapi juga sesuai untuk di berikan kepada ibu, majikan perempuan dan lain-lain. Jangan di beri pada bini orang dengan niat nak tackle sudahlah!!! Kan tak pasal-pasal kepala boleh bocor dek kerana kena pelangkung dengan alu lesung. 

15 Hadiah terbaik untuk cairkan hati perempuan ini adalah 

1. RUMAH
2. KERETA
3. BARANG KEMAS / EMAS 916




Tiga teratas ini adalah untuk korang yang benar-benar mampu tahap kebaboom.... apa salahnya beri jika dah mampu kerana memang tidak di nafikan tiga perkara ini adalah hadiah yang paling awesome di dambakan oleh seorang wanita.


Hadiah terbaik lain yang boleh mencairkan hati wanita adalah :

4. WANG TUNAI

5. PAKEJ PERCUTIAN

6. HANDPHONE



Wang tunai tidak bermakna perlu beri hingga berjuta ringgit. Beri ribu atau ratus pun dah okay asalkan janganlah kasi dalam nilai puluh. Namapun hadiah so agak-agaklah ya. Jika sekadar puluh, baik belanja makan malam kikiki.

Jika masih kurang berkemampuan boleh berikan hadiah yang lain seperti di bawah ini pula.

7. HANDBAG

8. JAM TANGAN

9. SET BARANGAN MAKEUP

10. PAKAIAN [ BAJU / KASUT / TUDUNG ]

11. KEK


12. BUNGA ROS

Kalau nak tahu, bunga ros ini ada maksudnya yang tersendiri mengikut warna dan jumlah tangkai. Setiap bunga ros ada tafsirannya. Sebagai contoh bunga ros merah membawa maksud 'cinta yang tulus ikhlas, berani untuk menempuh apa saja dengan rasa cinta yang sangat membara'.

Manakala warna ros kuning pula membawa maksud persahabatan, kegembiraan dan kebebasan. Rose kuning sangat sesuai untuk sahabat dan juga untuk kekasih jika ada sebarang perkara yang mengembirakan. 


13. COKLAT

14. MINYAK WANGI

15. KAD BERISI KATA HATI




Jangan risau senarai ini bukan untuk menunjukkan yang semua wanita itu mata duitan. Kami para wanita tidak menyintai kerana harta seratus peratus. Jika tiba hari lahir contohnya, jika dapat beri kami kek dan sekeping kad itupun sudah memadai kerana yang paling penting adalah tanda bahawa korang benanr-benar mengingati tarikh bersejarah yang ada kena mengena dengan kami.

Baca Juga : Cadangan Hadiah Untuk Pengantin 

Apakah Hadiah Terbaik Untuk Kekasih (Girlfriend) ?


Hadiah yang paling terbaik di antara yang terbaik untuk si kekasih, tidak lain dan tidak bukan adalah Al-Quran, sejadah dan telekung sembahyang. Hadiah yang terbaik ini paling sesuai jika diberikan kepada kekasih kerana ia dapat memberikan maksud tersirat yang korang inginkan seorang isteri yang solehah untuk anak-anak yang bakal dilahirkan kelak.

Idea ini juga sangat baik untuk memberikan hadiah kejutan pada isteri, kekasih perempuan, girlfriend, guru perempuan, sahabat perempuan. 



Sekiranya takut jika hadiah ini disalah ertikan, selitkan juga sekeping kad dengan sedikit kata-kata seperti :

" AlQuran dan telekung ini adalah bukti yang saya amat cintakan awak kerana Allah Taala dan saya benar-benar berhajat untuk bersama awak ke fasa seterusnya. Gunakan pemberian saya ini setiap hari supaya hajat kita berdua untuk bersatu dengan cara yang halal akan termakbul."

Pemberian telekung juga elok untuk dijadikan hadiah untuk perempuan remaja cuma pastikan diletakkan ayat pada kad dengan menjelaskan niat yang sebenar. Kan tak pasal merajuk pula akibat tersalah tafsir maksud pemberian.

Itulah dia senarai hadiah terbaik untuk perempuan. Senarai ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah untuk perempuan merajuk, cadangan hadiah untuk kawan perempuan, hadiah untuk kekasih yang jauh dan sebagainya. Pilihlah mana satu hadiah yang sesuai mengikut firasat sendiri.

Sebagai contoh jika sedang cari idea hadiah hari jadi untuk anak perempuan remaja contohnya, mungkin boleh diberikan handphone, barangan makeup, pakaian, wang dan sebagainya.

Jika sedang mencari idea cadangan hadiah untuk kawan perempuan pula mungkin boleh di beri jam tangan, minyak wangi atau kek.


Walau apa saja yang diberikan, itu tidak penting kerana yang lebih mustahak adalah mengingati si dia yang berada di dalam hati. Beri hadiah juga tidak perlu tunggu hari-hari tertentu. Berilah hadiah di dalam bentuk kata dan doa supaya insan yang kita sayangi yakni ibu, isteri dan lain-lain supaya senantiasa berada di dalam lindungan Allah SWT. Ameen


4 comments for "15 HADIAH TERBAIK UNTUK PEREMPUAN : GIRLFRIEND / TUNANG / ISTERI / IBU"