Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Projek Bina Taman Mini Skala Kecil Di Balkoni Tepi Rumah

Projek Bina Taman Mini Skala Kecil Di Balkoni Tepi Rumah | Dah lama sebenarnya punya impian nak buat taman mini tepi rumah tapi baru kali ini berkesempatan. Dalam artikel entry kali ini daku akan kongsikan langkah awalku bersama suami dalam memulakan taman mini kecil di balkoni tepi laman rumah dan akan berkongsi juga gambar-gambar idea landskap skala kecil untuk kita sama-sama mencari ilham.

Landskap taman mini kecil ini boleh dianggap sebegai 'Secret Garden' dan landskap untuk mendapat sebuah taman mini di tepi rumah ini tidaklah begitu susah sebenarnya, cuma kita sendiri perlu tahu konsep landskap yang sesuai dengan keluasan tempat itu sendiri.

taman mini kecil tepi rumah

Untuk membina landskap taman mini kecil tepi rumah ini juga, tak bererti perlu guna pokok berbunga semata-mata. Boleh juga berkebun di laman rumah sambil memberi gaya dekorasi laman yang cantik. Taman kebun mini di tepi rumah sebegini memang cantik, sambil siram pokok di laman, sambil dapat kutip hasil dan hilangkan stress.

Untuk diriku ini, ada juga berkebun sayur pada bahagian belakang rumah dan disebabkan area balkoni yang kecil ini kelihatan sangat kosong, maka daku dan suami bersetuju untuk mulakan langkah membina sebuah taman mini kecil untuk tempat duduk-duduk bersantai sambil baca buku dan minum petang. 

taman mini kecil tepi rumah

Peringkat permulaan, daku mula beli pokok berdaun hijau yang senang dijaga. Ada yang daku gantung dan ada yang daku biarkan saja di dalam pasu. Taman mini tepi rumah begini tak menghadkan apa jenis pokok yang ingin kita tanam, jadi terpulanglah pada citarasa pokok-pokok yang disukai masing-masing. 

Kebetulan, semasa baru pindah hari tu, berdekatan dengan pagar ada rumpun bulun yang telah dibersihkan. Jadi, pohon buluh yang ada suami gunakan untuk membuat kerja-kerja deko. Salah satu daripadanya membuat kerusi buluh yang diletakkan pada bahagaian balkoni tepi rumah ini. 

taman mini kecil tepi rumah

Pokok-pokok berdaun yang daku suka, perlahan-lahan makin di beli sebagai koleksi. Ada yang daku beli secara online dan ada yang daku beli secara terus di nursery berdekatan dengan rumah ni. Bila sudah makin banyak pokok, alhamdulillah makin terasa lapang fikiran saat melihat pokok-pokok ini.

Walaupun taman mini tepi rumah yang daku hasilkan ini tidak mendapat sentuhan pakar dan sekadar ikut idea sendiri, tapi setidaknya usaha ke arah bina taman mini tepi rumah ini ada. 

taman mini kecil tepi rumah

Setelah kerusi buluh yang suami tolong buatkan siap, maka kelihatan taman bunga mini tepi rumah ini lebih baik berbanding sebelumnya. Walaupun masih jauh lagi perjalanan untuk menyiapkan projek landskap taman mini di bahagian balkoni tepi rumah ini, tetapi rasa happy tu dah mula ada. 

Buat taman mini tepi rumah ini siapa saja boleh buat sebenarnya. Yang penting jika nak selamat, eloklah buat secara perlahan-lahan, sedikit demi sedikit sambil terus mencari idea dekorasi laman dengan taman kecil dari Google search dan sebagainya supaya taman yang dibina tidak bertukar menjadi sebuah tempat yang menyemakkan mata. 

taman mini kecil tepi rumah

Paling penting, pastikan pembinaan taman mini kecil di tepi rumah sebegini mengikut bajet yang telah ditetapkan. Jika nak lebih berjimat, belilah pokok-pokok ini secara sedikit demi sedikit, ataupun boleh juga beli anak pokok kecil untuk dijaga dan dibiakkan sendiri supaya menjadi lebih banyak nanti. 

Pembinaan taman mini dengan landskap kecil begini juga sangat sesuai untuk kita yang tak ada banyak masa dan untuk mereka yang baru ingin memupuk minat dalam bidang berkebun dan penjagaan pokok hiasan ini.

taman mini kecil tepi rumah

taman mini kecil tepi rumah

Idea Landskap Taman Mini Kecil Tepi Rumah 

Apa yang ada sekarang masih dalam fasa permulaan, jadi sedang dalam usaha untuk tambahkan usaha untuk hasilkan sebuah taman mini kecil tepi rumah yang lebih baik lagi. Bukan untuk menunjuk pada sesiapa melainkan untuk mendapatkan rasa tenang untuk berehat santai di rumah sendiri. 

Landskap taman mini simple ini ada banyak sebenarnya. Lepas ini, akan diusahakan untuk tambah sedikit lagi pokok dan akan mula juga letakkan beberapa hiasan sampingan untuk menaikkan lagi mood taman mini kecil di tepi rumah daku ini. Dan di sini daku sertakan sesekali beberapa gambar untuk landskap taman mini simple yang kecil di tepi rumah sebagai rujukan kita bersama. 

Gambar ini daku pilih berdasarkan citarasaku sendiri bagi membantu dapat idea yang lebih baik untuk teruskan deko laman pada tahap yang seterusnya. 

Reka bentuk landskap taman kecil (19 gambar) :


taman mini kecil tepi rumah

taman mini kecil tepi rumah

taman mini kecil tepi rumah

taman mini kecil tepi rumah

taman mini kecil tepi rumah

taman mini kecil tepi rumah

taman mini kecil tepi rumah

taman mini kecil tepi rumah

taman mini kecil tepi rumah

taman mini kecil tepi rumah

taman mini kecil tepi rumah


taman mini kecil tepi rumah

taman mini kecil tepi rumah

taman mini kecil tepi rumah

taman mini kecil tepi rumah

taman mini kecil tepi rumah

taman mini kecil tepi rumah

Tips Untuk Memulakan Hobi Dalam Bidang Landskap Taman Mini Kecil Tepi Rumah 

#1 - Bina taman mini mengikut size tapak yang ada 

#2 - Boleh bina landskap taman kecil mini dalam pasu untuk menjimatkan ruang 

#3 - Susunan pasu bunga di halaman rumah ini hendaklah tidak menganggu haluan 

#4 - Pastikan ada pencahayaan dan mudah untuk di siram 

#5 - Selain pokok, letakkan juga kerusi sebagai tempat untuk berehat 

Ini adalah contoh 'lukisan gambaran dalam fikiran' untuk landskap taman mini kecil tepi rumah dari pandangan atas 

taman mini kecil tepi rumah

Itulah serba sedikit info mengenai deko taman bunga untuk sebuah taman mini kecil di tepi rumah. Tak kiralah rumah teres, banglo, kondo, corner lot atau apa saja. Even rumah kampung pun boleh punya taman mini begini. Taman bunga kecil dan kebuh sayur sebegini boleh saja dilakukan pada mana-mana bahagian walaupun dalam saiz kawasan yang sangat kecil. Yang penting kena bijak gunakan ruang. 

Seronok sebenarnya jika ada sebuah taman mini landskap di hadapan atau tepi rumah begini. Biar simple dan teratur asalkan dapat menyejukkan pandangan mata. Konsep macam mana yang sesuai, itu semua mengikut selera citarasa masing-masing. Untuk daku ini, daku lebih sukakan sebuah taman yang simple, cozy dan boleh hilangkan rasa penat ketika berehat di situ. 

Jom!!! Kita bina taman mini kecil di tepi atau depan rumah masing-masing! 

2 comments for "Projek Bina Taman Mini Skala Kecil Di Balkoni Tepi Rumah"

  1. Comelnya taman mini ni. Nak buat jugak la..

    ReplyDelete
  2. Bestnya buat taman mini lagi2 kat tepi umah rasa teringin nk buat..

    ReplyDelete