3 Rahsia Tentang SEO Organik Untuk Meningkatkan Trafik Laman Web | Kita dah biasa dengar perkataan organik tetapi perkataan organik yang selalu kita dengar dan gunakan adalah pada makanan organik, baja organik dan yang sewaktu dengannya. Untuk mudah faham, organik ini bermaksud asli semulajadi dan selalunya ia tidak berbahaya kepada kita. 

Jika diperluaskan lagi perkataan 'organik' ini, ia tidak hanya digunakan kepada perkara yang disebutkan tadi saja. Organik ini turut diguna kepada trafik laman web. 

trafik blog organik

Jika disamakan trafik organik ini dengan alam nyata, jumlah trafik organik boleh disamakan dengan jumlah pelanggan yang datang berkunjung ke sesebuah kedai. Walaupun tidak semua yang datang akan membuat pembelian tetapi setidaknya pemilik kedai boleh tahu yang perniagaannya itu sudah dikenali kedudukan lokasinya oleh ramai orang. 

Begitu juga dengan laman web. Trafik organik sangat penting kerana ia melambangkan jumlah kedatangan 'orang ramai' laman web tersebut. Tak kisah lah orang yang datang itu sekadar untuk melihat-lihat dan membaca laman web saja. 

Dari Mana Trafik Organik Ini Dihasilkan? 

Jawapannya sudah tentulah melalui Google Search. Trafik yang datang dari sumber Google Search dianggap sebagai trafik organik yang natural semulajadi berbanding dengan trafik yang datang dari media sosial disebabkan perkongsian link lamanweb secara direct. 

Dalam erti kata lain, trafik organik adalah dari jumlah pembaca yang datang secara sukarela atas kehendak mereka sendiri. Trafik dari akaun media sosial seperti facebook, IG, twitter dan lain-lain pula adalah trafik yang datang disebabkan kita memberi link untuk menarik minat seseorang untuk klik padanya. 

Orang dalam khalayak ramai di dunia ini, menggunakan enjin carian (Google Search) untuk mencari maklumat. Menurut Search Engine Journal, 70% pautan yang dicari oleh pengguna adalah organik. Tidak kira berapa banyak lalu lintas yang dibeli melalui iklan di media sosial atau saluran media lain, suatu hari tetap memerlukan Google kerana Google ini bersifat percuma. 

Enjin carian wujud kerana orang memerlukan maklumat yang betul dan Google Search ini memang diciptakan untuk membantu golongan mereka yang mahu mencari maklumat dengan mudah. Malah ketika masih baru dengan blog dulu, daku fokus gunakan kaedah ini kerana pada masa itu masih belum kenal pun blogger-blogger yang ada di Malaysia. 

3 Rahsia Tentang SEO Untuk Tingkatkan Trafik Laman Web

Langkah # 1: Gunakan Teknik Soalan Sebagai Tajuk 

trafik organik SEO untuk lamanweb

Pengguna menggunakan Google Search untuk mencari jawapan di atas soalan yang mereka ingin tahu. Jadi bolehlah gunakan soalan yang kita rasakan memang dicari supaya dapat memberi maklumat kepada golongan yang benar-benar sedang memerlukan jawapan untuk soalan tersebut. 


Langkah # 2: Gunakan Teknik Jawapan Menjawab Soalan Sebagai Tajuk 

trafik organik SEO untuk lamanweb

Cari ayat yang sesuai dan benar-benar boleh beri gambaran artikel tersebut berkaitan apa. Pastikan juga isi kandungan padat dan jelas upaya penguna Google Search yang ingin mendapatkan maklumat untuk tajuk ini, benar-benar rasa berbaloi selepas membacanya. 

Langkah # 3 : Wajib Guna Keyword

Keyword adalah kata kunci ataupun ayat yang muncul dalam fikiran seseorang saat mahu taip cari jawapan di Google Search. Jika artikel yang ditulis itu tidak ada keyword, bagaimana boleh Google Search tahu artikel itu tentang apa untuk disyorkan kepada pembaca-pembaca yang sesuai.

Sila lihat contoh di bawah ini. Bila ada seseorang (kita sendiri sebagai contohnya), menaip ayat 'cara jadi blogger yang berjaya' pada kotak Google Search maka enjin pencarian Google akan mula merangkak (crawl) untuk mencari artikel manakah paling tepat dan kena dengan ayat yang ditaip oleh si pencari.

trafik organik


Inilah yang dikatakan trafik organik! Ia bukan setakat tajuk tetapi perlu memiliki isi kandungan artikel yang ditulis dengan mengambil kira keyword ini. Keyword itu hanyalah sebagai arah panduan, paling penting jangan sesekali abaikan isi kandungan yang ditulis. 

Artikel berkualiti yang berjaya membuat sesebuah blog itu dipandang tinggi kerana padat dengan maklumat-maklumat yang berguna pada pembaca. Releven juga kerana masih lagi berguna untuk di baca dalam satu tempoh yang panjang. 

Untuk blog, bolehlah terus mencari ilmu berkaitan SEO dan teruskan usaha menjadi seorang blogger yang berjaya. Biarlah sedikit demi sedikit asal ada peningkatan. Yang penting kita ada usaha untuk naikkan blog masing-masing dengan cara yang betul.

Bolehkah Website Sesebuah Perniagaan Dapatkan Trafik Organik?

Sudah tentu boleh! Blog mahukan trafik organik untuk dapatkan income pendapatan dari pihak Google dalam bentuk akaun Adsense. Manakala website pernigaan mahukan trafik organik untuk dapatkan pembeli yang ada kualiti besar untuk membeli produk yang diiklankan. Kerana itu, sebaiknya setiap perniagaan ada lamanwebnya sendiri. 

Tak tahu bagaimana untuk buat sebuah lamanweb? Tak tahu juga bagaimana untuk buat rahsia tadi dengan cara yang betul? Apakata cari pihak yang ada menawarkan servis digital marketing malaysia. Salah satu daripadanya adalah WEB MECHANIC

Senarai Servis Yang Ditawarkan Oleh Web Mechanic

Web Mechanic

Jika sudah memang ada website, boleh juga gunakan servis dari Web Mechanic untuk bantu buat marketing supaya sesebuah perniagaan dan website yang dimiliki itu, boleh menjadi lebih wow berbanding sebelumnya! Banyak juga nama-nama besar yang menggunakan servis Web Mechanic ni. 

Antara Jenama Yang Menggunakan Servis Web Mechanic

Web Mechanic

Web Mechanic adalah sebuah Agensi Pemasaran Digital dan pasukan mereka mempunyai pengalaman lebih dari 14 tahun dalam perkara berkaitan SEO, PPC, SMM. Khususnya dalam membantu mendapatkan lebih banyak pelanggan, membina kesedaran jenama, dan melindunginya dari pesaing. 

Jadi tak hairanlah kenapa banyak jenama-jenama besar menggunakan servis mereka untuk hasil yang lebih bombastik!!