3 Rahsia Tentang SEO Organik Untuk Meningkatkan Trafik Laman Web
3 Rahsia Tentang SEO Organik Untuk Meningkatkan Trafik Laman Web | Kita dah biasa dengar perkataan organik tetapi perkataan organik yang selalu kita dengar dan gunakan adalah pada makanan organik, baja organik dan yang sewaktu dengannya. Untuk mudah faham, organik ini bermaksud asli semulajadi dan selalunya ia tidak berbahaya kepada kita.
Jika diperluaskan lagi perkataan 'organik' ini, ia tidak hanya digunakan kepada perkara yang disebutkan tadi saja. Organik ini turut diguna kepada trafik laman web.
Jika disamakan trafik organik ini dengan alam nyata, jumlah trafik organik boleh disamakan dengan jumlah pelanggan yang datang berkunjung ke sesebuah kedai. Walaupun tidak semua yang datang akan membuat pembelian tetapi setidaknya pemilik kedai boleh tahu yang perniagaannya itu sudah dikenali kedudukan lokasinya oleh ramai orang.
Begitu juga dengan laman web. Trafik organik sangat penting kerana ia melambangkan jumlah kedatangan 'orang ramai' laman web tersebut. Tak kisah lah orang yang datang itu sekadar untuk melihat-lihat dan membaca laman web saja.
Dari Mana Trafik Organik Ini Dihasilkan?
Jawapannya sudah tentulah melalui Google Search. Trafik yang datang dari sumber Google Search dianggap sebagai trafik organik yang natural semulajadi berbanding dengan trafik yang datang dari media sosial disebabkan perkongsian link lamanweb secara direct.
Dalam erti kata lain, trafik organik adalah dari jumlah pembaca yang datang secara sukarela atas kehendak mereka sendiri. Trafik dari akaun media sosial seperti facebook, IG, twitter dan lain-lain pula adalah trafik yang datang disebabkan kita memberi link untuk menarik minat seseorang untuk klik padanya.
Orang dalam khalayak ramai di dunia ini, menggunakan enjin carian (Google Search) untuk mencari maklumat. Menurut Search Engine Journal, 70% pautan yang dicari oleh pengguna adalah organik. Tidak kira berapa banyak lalu lintas yang dibeli melalui iklan di media sosial atau saluran media lain, suatu hari tetap memerlukan Google kerana Google ini bersifat percuma.
Enjin carian wujud kerana orang memerlukan maklumat yang betul dan Google Search ini memang diciptakan untuk membantu golongan mereka yang mahu mencari maklumat dengan mudah. Malah ketika masih baru dengan blog dulu, daku fokus gunakan kaedah ini kerana pada masa itu masih belum kenal pun blogger-blogger yang ada di Malaysia.
3 Rahsia Tentang SEO Untuk Tingkatkan Trafik Laman Web
Langkah # 1: Gunakan Teknik Soalan Sebagai Tajuk
Pengguna menggunakan Google Search untuk mencari jawapan di atas soalan yang mereka ingin tahu. Jadi bolehlah gunakan soalan yang kita rasakan memang dicari supaya dapat memberi maklumat kepada golongan yang benar-benar sedang memerlukan jawapan untuk soalan tersebut.Langkah # 2: Gunakan Teknik Jawapan Menjawab Soalan Sebagai Tajuk
Langkah # 3 : Wajib Guna Keyword
Bolehkah Website Sesebuah Perniagaan Dapatkan Trafik Organik?
Tak tahu bagaimana untuk buat sebuah lamanweb? Tak tahu juga bagaimana untuk buat rahsia tadi dengan cara yang betul? Apakata cari pihak yang ada menawarkan servis digital marketing malaysia. Salah satu daripadanya adalah WEB MECHANIC.
Senarai Servis Yang Ditawarkan Oleh Web Mechanic
Jika sudah memang ada website, boleh juga gunakan servis dari Web Mechanic untuk bantu buat marketing supaya sesebuah perniagaan dan website yang dimiliki itu, boleh menjadi lebih wow berbanding sebelumnya! Banyak juga nama-nama besar yang menggunakan servis Web Mechanic ni.
Antara Jenama Yang Menggunakan Servis Web Mechanic
Web Mechanic adalah sebuah Agensi Pemasaran Digital dan pasukan mereka mempunyai pengalaman lebih dari 14 tahun dalam perkara berkaitan SEO, PPC, SMM. Khususnya dalam membantu mendapatkan lebih banyak pelanggan, membina kesedaran jenama, dan melindunginya dari pesaing.
Jadi tak hairanlah kenapa banyak jenama-jenama besar menggunakan servis mereka untuk hasil yang lebih bombastik!!
Thanks for your tips.... kena study betul2 dgn sifu ni....
ReplyDeleteWahh tq share ilmu ni. Masih gali ilmu tentang seo
ReplyDeleteTerima kasih kak. Banyak ilmu Naim dapat.. :).
ReplyDeleteterima kasih perkongsiannya
ReplyDeleteperkongsian bermanfaat
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian sis awa. Rindu sebenarnya trafik tinggi. Dulu gigih sekrang kelaut. Heheheh
ReplyDeletewah.. terbaik lah tips nih ... tgh mengkaji lagi nih .
ReplyDeleteSetuju Sis, 3 Rahsia SEO ni memang sangt Ummpphh serius tak tipu.
ReplyDeleteAsyraf dah cuba memang sangat2 teruja tengok trafik blog masuk dengan cara organik.
Alhamdulillah ...