Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kod Alasan Tidak Lulus GKP 2.0 & Tips Lulus GKP Dengan Mudah

Kod Alasan Tidak Lulus GKP 2.0 & Tips Lulus GKP Dengan Mudah | GKP 2.0, alhamdulillah dah telah selamat menerimanya ketika di buka buat kali pertama ketika awal PKP dulu. Dan kali ini, GKP di buka sekali lagi dan secara asasnya, bantuan ini hanya untuk usahawan yang belum menerima GKP sebelum ini. 

Daku yang sudah pernah menerimanya tidak lagi boleh memohon untuk memberi laluan kepada pemohon-pemohon yang lain. Jumlah bantuan ini adalah sebanyak RM3,000 untuk setiap perniagaan. 

Tips Lulus GKP & Kod Alasan Tidak Lulus GKP 2.0


Pengalaman Berdepan Dengan Status Gagal Kredit Untuk GKP 2.0 

Untuk menerima bantuan ini, pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan jika gagal, terdapat 9 kod yang telah dimaklumkan selepas proses penilaian di buat.

Untuk permohonanku dahulu, alhamdulillah bila apply terus LULUS tetapi 'Status Gagal Kredit' telah muncul di dalam permohonan selepas daku check akibat tersalah memasukkan nombor akaun. Bukannya silap apa, tetapi silap meletakkan nombor akaun syarikat. 

Daku ingatkan memang kena letak nombor akaun syarikat kerana permohonan dilakukan untuk syarikat, rupanya perlu letakkan nombor akaun simpanan peribadi mengikut nama si pemohon. Nak tak nak, terpaksa berdepan dengan masalah tersebut. 

Mujurlah berjaya juga akhirnya dan antara langkah-langkah yang telah ku lakukan untuk selesaikan masalah gagal kredit itu, telah dikongsikan melalui artikel ini. 

Sepatutnya sudah boleh terima wang bantuan sebanyak RM3,000 segera sebaik saja permohonan lulus mengikut tarikh yang telah ditetapkan, tetapi disebabkan berdepan dengan masalah status gagal kredit, perlulah sabar tunggu hingga tarikh permohonan selesai untuk terima wang mengikut tempoh masa yang ditetapkan semula kemudian. 

Kod Alasan Tidak Lulus GKP 2.0

Untuk kod alasan 01 hingga 06 adalah seperti yang di bawah ini. 

Kod Alasan Tidak Lulus GKP 2.0

Bagi sesiapa yang memohon untuk menerima bantuan  GKP 2.0, semua syarat yang melayakkan diri untuk menerima bantuan ini hendaklah dikenalpasti terlebih dahulu. Dan untuk setiap alasan ini, ada yang masih boleh membuat rayuan dan ada yang sama sekali sudah tidak dibenarkan untuk membuat sebarang rayuan sama sekali. 


Kod Alasan Tidak Lulus GKP 2.0


Tips lulus GKP dengan mudah, pastikan :


1 - Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan sebaiknya yang masih aktif menjalankan perniagaan

2 - Pemohon hendaklah mempunyai perniagaan yang didaftarkan dengan nama sendiri 

3 - Jumlah hasil jualan hendaklah tidak melebihi RM300,000 setahun

4 - Jumlah pekerja sama sekali tidak boleh melebihi dari 4 orang. Tak ada pekerja langsung tak apa, asal jangan sesekali ada lebih dari empat orang pekerja untuk perniagaan tersebut.  

5 - Jika tiada pendapatan hasil dari perniagaan yang didaftarkan itu, bermakna perniagaan tersebut adalah tidak aktif walaubagaimana ia masih boleh untuk membuat rayuan. 

7 - Pastikan di dalam borang tersebut, dimasukkan nombor akaun simpanan peribadi dan jangan masukkan nombor akaun syarikat. Jika berbuat begini, permohonan tersebut boleh gagal hingga terpaksa menunggu masa untuk membuat kemaskini nombor akaun semula. 

8 - Jika perniagaan jenis milikan bersama, hanya seorang saja yang dibenarkan untuk membuat permohonan  GKP 2.0 ini. 


Moga info perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat pada kalian di luar sana dan untuk phak kerajaan, terima kasih banyak-banyak di atas bantuan yang diberikan.



Post a Comment for "Kod Alasan Tidak Lulus GKP 2.0 & Tips Lulus GKP Dengan Mudah "