Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Beli Barang Basah Di Kedai Agro Santan Segar Tanah Merah Kelantan

Beli Barang Basah Di Kedai Agro Santan Segar Tanah Merah Kelantan | Sama seperti tempat-tempat yang lain, sana sini bersepah kedai tempat jual barang basah. Tapi nak jumpa kedai jual santan segar asli agak susah sikit. Mujurlah daku sudah biasa guna santan kotak jadi tak terasa sangat soal santan segar.

Akan tetapi, jika tiba-tiba hati teringin nak makan cendol buatan sendiri, tak dinafikan daku akan cuba dapatkan santan segar. Dan salah satu tempat yang boleh daku dapatkan stok santan segar asli fresh adalah dari kedai Agro Santan Segar Tanah Merah, Kelantan.

Kedai Agro Santan Segar Tanah Merah Kelantan


Kawasan Tanah Merah tempat tinggalku ini, ada banyak kedai untuk beli barang basah jadi kadangkala daku beli dari kedai ini, kadangkala dari kedai itu. Yang lebih hampir dengan rumah pun ada. Ikut mood kata orang nak beli dari kedai barang basah yang mana. 

Untuk kedai Agro Santan Segar Tanah Merah ini, pelanggan bukan hanya boleh beli santan segar asli dengan mudah, malah pelanggan guna boleh beli barangan dapur yang lain. 

Mudah cakap, semuanya ada di bawah satu bumbung! Nak tempah ayam, santan segar asli dan apa saja yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak juga boleh. 

Urusan parking, boleh terus letakkan kenderaan pada pinggir jalan, betul-betul di hadapan kedai. 

Kedai Agro Santan Segar Tanah Merah Kelantan


Bermacam Jenis Barangan Ada Untuk Pelanggan Beli 

Antara barangan lain (selain santan segar asli) yang ada di kedai Agro Santan Segar Tanah Merah ini adalah :

#1 - Ayam , Ikan, Makanan Laut 


Santan Segar Tanah Merah Kelantan


#2 - Sayur-Sayuran Termasuk Sayur Kampung

Santan Segar Tanah Merah Kelantan

#3 - Bahan Asas Untuk Masakan 


Santan Segar Tanah Merah Kelantan


#4 - Ulam-Ulaman

Santan Segar Tanah Merah Kelantan

#5 - Barang Runcit 

Santan Segar Tanah Merah Kelantan

Santan Segar Tanah Merah Kelantan


#6 - Mee Kuning, Kue Teau Besar / Halus, Tauhu, Fish Cake, Fish Ball Dan Lain-Lain 

Santan Segar Tanah Merah Kelantan


#7 - Aneka Jenis Lauk Pauk Siap Dimasak 

Jenis lauk siap di masak ini bertukar-tukar menunya. Daku dah pernah beli, alhamdulillah sedap. Sebelum ni daku pernah beli pajeri nanas dan gulai ayam. Kali ini daku beli pajeri terung dan juga ayam masak kurma. 

Kedai Agro Santan Segar Tanah Merah Kelantan

Lauknya beraneka jenis dan dibungkus siap dengan harga RM5 sebungkus. Ada nama jenis lauk sekali diletakkan pada setiap bungkusan. Boleh pilihan nak makan yang mana. 

Selain lauk siap di masak ada juga nasi ayam, nasi lemak, nasi kerabu dan bermacam lagi. Semuanya telah siap dibungkus juga. Anggaran harga antara RM2 sehingga RM4. Ohya, nasi ayam kat sini RM2 je sebungkus, okaylah dengan kuantitinya. Makan pagi sebungkus sorang inshaAllah kenyang. 

Tidak hanya itu, ada juga laksa dan laksam yang telah siap dimasak. Paling daku suka beli, bubur nasi daging campur bilis, laksa siam dengan kuah seakan kari (tapi bukan). Harganya RM6 sekilo, siap dengan kuah. Daku beli ni makan 8 orang sefamily boleh cukup.  

Kedai Agro Santan Segar Tanah Merah Kelantan

Jam semasa daku berada di sini pukul 9.40am, kelihatan bahagian kuih muih ni dah seperti dalam gambar tu. Kira sikit tu tau.. kalau tidak, penuh makanan kat sini dengan bermacam jenis kuih, nasi dan sebagainya. 

#8 - Pelbagai Jenis Kuih Muih

Karipap, donut, cek mek molek dan banyak lagi ada di sini. Kuih muih dengan tekstur yang agak lembut juga ada termasuk cup cake, kek pisang, kek gula hangus dan bermacam jenis lagi untuk di beli bawa pulang sebagai jajan untuk anak. 

Harganya pula antara RM1 hingga RM2 sebungkus / sebekas. Memang rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Semuanya siap dibungkus jadi terpulang pada diri sendiri untuk buat pilihan. 

Kedai Agro Santan Segar Tanah Merah Kelantan


#9 - Pelbagai Jenis Buah-Buahan

Santan Segar Tanah Merah Kelantan


Keistimewaan Lain 

  • Layanan Owner & Staf Yang Peramah
  • Susunan Barang Tersusun Dan Mengikut Kategori 
  • Disediakan Bakul & Tanda Harga 

Santan Segar Tanah Merah Kelantan


Kenapa Sesekali Suka Berbelanja Di Agro Santan Segar? 

Alasan lain kenapa daku boleh singgah beli barang basah di kedai Agro Segar Santan Tanah Merah ini, berhampiran dengan pintu masuk premis ada gerai jual air tebu. Air tebu yang pakcik ni jual memang sedap! Fresh! Manis tanpa campuran gula. 

Lepas penat fikir dan pilih semasa beli barang basah, sesudah masukkan semuanya dalam bonet kereta, singgah beli segelas air tebu original kat sini. Nyaman tekak!

Kedai Agro Santan Segar Tanah Merah Kelantan

Dalam perjalanan pulang, jika ada barangan lain yang perlu lagi di beli, boleh singgah sebentar di Pasaraya Pantai Timur yang hanya terletak kira-kira 500 meter je dari kedai Agro Santan Segar ini. Jimatkan masa! Sekali keluar rumah boleh settlekan beli pelbagai barang runcit keperluan rumah secara sekali harung kata orang Utara. 

Penilaian :

Kebersihan Kedai : 7/10

Keselesaan : 8/10

Layanan : 10/10

SOP : 10/10 


Kedai di buka hampir setiap hari dari jam 7 pagi sehingga jam 2 petang. 





4 comments for "Beli Barang Basah Di Kedai Agro Santan Segar Tanah Merah Kelantan "

  1. Baru ni gi sini nak cari sotong tp cepat abis la. Lain kali kena dtg awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena datang awal abam kie, lagi2 kalau ari Jumaat. Kul 8am tu kena gi dah :D

      Delete
  2. wahhhhh seronoknya dapat membeli segala barang dapor kat situ! sayur pun nampak segar semuanya! aaaaaa heavennya!!! hehehe

    ReplyDelete
  3. Menarik..lama dah tak pi pasar basah macam ni...sejak MCO memang dah lama x pi..rindu rasanya

    ReplyDelete