Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Melastik Ke Hatimu, Sinopsis Drama Dan Novel

Melastik Ke Hatimu, Sinopsis Drama Dan Novel | Melastik Ke Hatimu drama terbaru yang bersiaran di TV3. Melastik Ke Hatimu adalah drama terbaru adaptasi daripada Novel Melastik Ke Hatimu karya Aqma Dee. Drama Melastik Ke Hatimu ini adalah hasil lakonan Andi Bernadee dan Janna Nick. Dalam artikel ini akan dikongsikan sinopsis penuh untuk drama Melastik Ke Hatimu termasuk bacaan online untuk novel Melastik Ke Hatimu dari bab 1 hingga bab 12. 

Selepas Telefilem, Andi Bernadee sekali lagi berlakon dalam Drama Melastik Ke Hatimu bersama dengan Janna Nick. Drama adaptasi novel dengan tajuk Melastik Ke Hatimu ini menggantikan drama Hadiah Dari Tuhan di slot Lestary TV3. Bermula 21/1/2020.

Bagi sesiapa yang suka dengan lakonan Janna Nick, bolehlah nantikan drama bersiri terbaharu 'Melastik Ke Hatimu' ini. 

melastik ke hatimu

JUDUL : MELASTIK KE HATIMU
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 2021
SIARAN TV : Slot Lestary TV3 (Rabu-Jumaat, 9.00 malam)
PENULIS NOVEL : Aqma Dee
PENGARAH : Azmi Hata
PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Andi Bernadee, Janna Nick, Azrel Ismail, Puteri Sarah Liyana, Norman Hakim, Wani Keyrie, Ahmad Ezzrin Loy, Azizah Mahzan, Afifah Nasir, Ridzuan Hashim, Cassia Iman, Dato Jalaluddin Hassan, Idzham Ismail, Noniswara

Nama Pelakon Utama & Watak Untuk Drama Melastik Ke Hatimu 

Janna Nick sebagai Haura Annisa
Andi Bernadee sebagai Ziyyad
Norman Hakim sebagai Jeffry
Wani Kayrie sebagai Fatin
Puteri Sarah Liyana sebagai Faida

Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu Lakonan Janna Nick & Andi Bernadee

Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu Lakonan Janna Nick & Andi Bernadee ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Haura Annisa (lakonan Janna Nick). Haura adalah seorang gadis kilang yang kononnya ‘gangster’ tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu seorang yang kaya. Haura bercinta dengan Naim tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen.

Suatu hari Haura secara tidak sengaja terludah gula-gula getah hingga terkena pada cermin kereta mewah milik seseorang. Kereta tersebut adalah kepunyaan Ziyyad. Ziyyad merupakan tauke kilang tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. 

Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad. Ziyyad digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. 

Mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan stroke dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura sebagai seorang suami.

Sebelum masuk ke dalam bilik, Ziyyad sempat meminta ubat luka dengan mentuanya tadi. Bila ditanya untuk apa, dia beritahu yang jari Haura tersepit pintu almari. Tak kan nak beritahu yang Haura terjun jendela pula.

“Tak payahlah Encik Ziyyad. Sikit saja ni.” Haura menolak. Tertelan air liur bila tiba-tiba lelaki itu duduk rapat dengannya. Aroma dari tubuh itu betul-betul mengasyikkan.

“Kalau tak disapu ubat, nanti lagi teruk.” Ziyyad tetap tarik tangan isterinya. Lengan wanita itu dilap dengan tuala basah terlebih dahulu sebelum disapu ubat.

“Aww...” Haura mengadu sakit.

“Memanglah pedih sikit, tapi insya-Allah tak sakit dah lepas ni.” Ziyyad sengih, jeling isterinya.

Kali ini Haura biarkan sahaja perlakuan suaminya itu. Sesekali matanya mengerling wajah kacak milik Ziyyad. Nampak keikhlasan di situ. Dia baik sangat pada aku, tapi apa yang aku dah buat pada dia?

Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.

Haura yang tersepit di antara paksaan emak sendiri dengan seorang suami yang mula dikasihinya membuatkan hidup Haura kacau bilau. Keadaan begini tak ubah seperti di telan mati mak dan di luah mati bapak. 

melastik ke hatimu


Mahu tahu jalan cerita drama Melastik ke Hatimu ini dengan lebih jelas? Boleh baca online novel Melastik Ke Hatimu dari bab 1 hingga bab 12 kat sini. 

Melastik Ke Hatimu Bab 1

Melastik Ke Hatimu Bab 2

Melastik Ke Hatimu Bab 3

Melastik Ke Hatimu Bab 4

Melastik Ke Hatimu Bab 5

Melastik Ke Hatimu Bab 6

Melastik Ke Hatimu Bab 7

Melastik Ke Hatimu Bab 8

Melastik Ke Hatimu Bab 9

Melastik Ke Hatimu Bab 10

Melastik Ke Hatimu Bab 11

Melastik Ke Hatimu Bab 12 

Melastik Ke Hatimu Bab 13 - Sambungannya di dalam drama 


Untuk dapatkan novel MELASTIK KE HATIMU, harganya hanyalah RM26 SM / RM29. Ada dijual di kedai-kedai buku berhampiran dan juga online. 

Itulah serba sedikit info termasuk Melastik Ke Hatimu sinopsis yang ditayangkan di TV3. Nantikan drama adaptasi daripada Novel Melastik Ke Hatimu karya Aqma Dee ini jika sukakan jalan cerita yang sebegini. 

Suka dan minat dengan drama Melayu? Saksikan drama bersiri ini di kaca TV dan jemput join group FB SUKA DRAMA MALAYSIA untuk mengikuti link-link drama terbaru secara full episode. 


4 comments for "Melastik Ke Hatimu, Sinopsis Drama Dan Novel "

  1. Nampak menarik jalan citernya... Nak kena tanya member opis nie kot-kot dia ada novel nie... hihihi

    ReplyDelete
  2. novel ni masih ada di pasaran ke?

    ReplyDelete
  3. novel ni masih ada di pasaran ke?

    ReplyDelete