Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

26 Top Mommy Blogger Malaysia Popular Untuk Tahun 2021

26 Top Mommy Blogger Malaysia Popular Untuk Tahun 2021 | Siapakah blogger famous Malaysia untuk tahun 2021? Hmm, terus terang daku sendiri tak tahu! Sebabnya di Malaysia ada ramai blogger famous yang hebat-hebat. Buat senarai rasanya akan mula timbul pelbagai isu seperti :
Kenapa blogger tu dikatakan lebih hebat sedangkan trafik blog lain trafik lebih tinggi?
Kenapa blog tu masuk senarai blogger famous Malaysia sedangkan dia tak aktif mana pun!
Kenapa tercalon sebagai top 20 bloggers to follow in Malaysia (2021) sedangkan ramai lagi blog lain yang lebih layak?
Hmm, kenapa mesti nak pertikaikan semua tu? Blogger bukannya ada anugerah macam artis yang boleh dipegang di atas pentas. Jadi, biarlah jika ada dikalangan mereka yang suka adakan list sebegitu. 
Tak perlu fikir itu dan ini kerana kita sendiri boleh adakan list blogger terkenal Malaysia mengikut tahun berdasarkan pendapat peribadi sendiri. Tak salah kan? Tambahan pula, di Malaysia ada ramai mom influencer yang hebat-hebat! 
top Mommy Blogger Malaysia Popular

Mommy blogger Malaysia yang daku kenal agak ramai juga. Jika nak senaraikan semuanya di sini, takut ada yang tercicir. Jadi, untuk artikel kali ini daku senaraikan Malaysia mom influencer yang aktif berblog untuk tahun 2021 berdasarkan mereka yang bernaung di dalam team Biters. 
Seperti blog diriku ini, walaupun tak pernah tersenarai as a famous Muslimah blogger from Malaysia who frequently blogs about parenting dan tak pernah juga di anggap as one of the highest traffic and famous personal parenting blogs from Malaysia. Tapi itu bukan bererti akan berasa putus asa kerana Malaysia is one of the digital markets in Asia with tons of famous blogs! Honest! Memang ramai sangat-sangat! 
Melalui artikel ini juga, daku mohon maaf andai ada dikalangan rakan blogger yang terasa, kenapa tak masuk dalam list ni? Sejujurnya, senarai top mommy blogger popular Malaysia yang daku pilih ini terdiri dari kalangan team Biters. Blog paling banyak dikunjungi kita tolak tepi sekejap dan kita fokus untuk berkenalan dengan mommy blogger mengikut list di bawah. Okay?

26 Top Mommy Blogger Malaysia Popular Untuk Tahun 2021

#1 - Blogger: Ardini Humaira

Link blog: www.ilhamdini.com
Usia blog: 13tahun, bermula 2008
Merupakan ibu kepada 2 orang cahaya mata, pernah keguguran sebanyak 5x, berhenti kerja untuk keluarga ketika mengandung anak kedua (selepas 5x keguguran), minat menulis sejak zaman sekolah. Pada mulanya buat blog sekadar suka-suka macam diari pada awal tahun 2008, dan telah serius berkecimpung dalam bidang blogger sejak 2010

#2 - Blogger: Nabiha Mohd Mashut

Link blog: www.biemohd.com 
Usia blog: 14 tahun, bermula 2006
Blog ini bermula dengan perkongsian sebagai BRIDE-TO-BE, hingga MAMA-TO-BE kepada 3 orang cahaya mata yang masih suka dengan aktiviti DIY bersama keluarga dan anak-anak untuk menjimatkan kos. Sekaligus memberikan inspirasi kepada ibu bapa diluar sana yang sedang mencari idea untuk aktiviti DIY (hari jadi, akikah,dan lain-lain) untuk anak-anak mereka.

#3 - Blogger: Mrs Pip

Link blog: www.mrspip.com
Usia blog: 6 tahun, Bermula 2015
Mrs.Pip salah seorang rakan blogger yang sudah lama ku kenali. Mrs.Pip merupakan bekas engineer yang telah menamatkan kerjayanya demi anak-anak. Kini Mrs.Pip merupakan ibu sepenuh masa kepada 3 anak lelaki dan seorang surirumah yang sangat mementingkan tahap kesihatan dan pembelajaran anak-anaknya. Beliau berhenti kerja untuk jaga anak sejak tahun 2013 yang lalu. 
Blog Mrs.Pip banyak berkongsi ilmu tentang dunia parenting dan tempat menarik di Sabah. Seronok juga baca aktiviti yang beliau lakukan di rumah bersama anak dan suami. Waktu lapang, Mrs.Pip suka layan KDrama.

#4 - Blogger: Lea Razali

Link blog: www.eksplorasilea.com
Usia blog: 7 tahun, bermula 2013
Merupakan ibu kepada 2 orang anak, seorang suri rumah dan mula ingin jana pendapatan melalui blog. Penulisan di blog banyak berkongsi tentang resipi, travelog, info-info kesihatan dan panduan blog

#5 - Blogger: Azlinda Alin

Link blog: www.azlindaalin.com 
Usia blog: 8 tahun, bermula 2012
Merupakan mummy kepada 3 orang anak. Bekerjaya sebagai financial consultant AIA, business online dan menulis blog sebagai hobi. Antara agent insurans yang sangat berjaya ni! Siapa berminat nak tahu hal-hal berkaitan insurans perlindungan bolehlah rujuk pada beliau. Seorang yang pentingkan keluarga, gemar habiskan masa lapang dengan aktiviti bersama keluarga di waktu lapang. 

#6 - Blogger: Fuzy Rahamah Hamid

Link blog: www.iamfuzy.com
Usia blog: 15 tahun, bermula 2006
Fuzy Rahamah Hamid merupakan umi kepada 6 anak yang kini merupakan surirumah sepenuh masa. Daku memanggilnya Umi. Sejak mula berblog dulu sudah mula mengikuti blog beliau.
Umi pada mulanya menulis di blog sebagai diari berkongsi pelbagai cerita, kisah kehamilan, tugas sebagai agen pelancongan, resepi masakan dan mengambil upah sebagai penulis upahan, penulis konten dan pegawai media sosial (PMS).

#7 - Blogger: Syuhada

Link blog: www.annursyuhadah.com
Usia blog: 8 tahun bermula 2012
Syu merupakan Mommy Blogger Malaysia. Ibu kepada 3 orang anak. Naufal, Nufael dan Hawraa. Syu berkongsi pengalaman menjaga anak sendirian kerana PJJ dengan suami. Tak lokek berkongsi tip penyusuan susu badan, review, resepi serta lifestyle suami isteri jarak jauh. PJJ selama 9 tahun tau, lama tu!

#8 - Blogger: Alia Farhan Said

Link blog: www.aliafarhan.com 
Usia blog: 13 tahun, bermula 2008
Mom of 2 princesses. Love cooking. Travelling. Mula berblog untuk suka-suka. Meluahkan perasaan dan stress masa belajar dulu-dulu. Alia ni juga sangat sukakan deko hiasan rumah. Daku rajin juga baca entry Alia tentang tips dan perkongsiannya berkaitan deko deko. Memang best!

#9 - Blogger : Wan Rokiah (Wawa)

Link blog: www.mommywawa.com
Usia Blog: 8 Bulan, bermula Mei 2020
Wawa merupakan ibu kepada seorang anak. Surirumah sepenuh masa, dalam masa yang sama jana income bersama shaklee dan adsense. Wawa juga merupakan seorang youtuber dengan nama @wanrokiahwanismail & @vitaminwawa.

#10 - Blogger: CX (Chaza Xiaojie)

Link blog: www.cxopportunities.com
Usia blog: 10 Tahun, June 2011
Daku lebih senang memanggilnya dengan gelaran CX. CX merupakan ibu kepada tiga orang anak. Mommy blogger sepenuh masa. Suka sangat menulis sejak kecil. Azam sejak muda untuk dapat bekerja dari rumah sambil mendidik sendiri anak membaca dan mengaji. 

#11 - Blogger: Nurul Aleya (apakatamommy)

Usia blog: 10 bulan, bermula March 2020
Merupakan mommy kepada seorang anak. Sebenarnya sudah lama jadi blogger, 10 Tahun yang lepas dengan blog www.secantikmanis.com. Selepas tamat pengajian dan mula bekerja maka blog pun semakin tertinggal. Tetapi minat menulis sentiasa ada, cuma tiada masa. Bila mula berpindah ke Jb, terus join JDT blogger dan buat blog baru. Start baru dengan niche lebih kepada mommy blogger dan resepi. Dan akhirnya kini turut bernaung di bawah team Biters! 

#12 - Blogger: Nora (Izarra)

Link blog: www.ummizarra.com
Usia blog: 13 tahun, bermula 2008
Nora merupakan seorang pendidik. Nora juga merupakan ibu kepada 3 orang cahayamata. Nora menulis blog pada asalnya hanya dengan tujuan untuk suka-suka. Melalui blog boleh kongsi kisah peribadi, madah, dan pelbagai cerita kenangan yang ditulis seperti diari. 
Lama kelamaan, blog Nora semakin berkembang dan mula menulis pelbagai entri dalam bentuk perkongsian info.  Dulu aktif join event tapi bila dah berpindah dan semakin busy, sudah kurangkan aktiviti sebegitu. Tapi blog masih kekal ada hingga ke hari ini. 

#13 - Blogger Cik Tom

Link blog: www.ciktom.com
Usia blog: 11 tahun, bermula 2010
Cik Tom merupakan ibu kepada sepasang cahaya mata. Kini, fulltime mommy blogger. Awal berblog banyak share tips, tutorial blogging dan cara buat duit online. Sekarang lebih banyak create awareness pasal parenting, homeschooling dan emas sebagai hobi. Walau sudah lama berblog tetapi Cik Tom tak pernah berasa jemu malah semakin seronok menjana income dengan dunia blogging. 

#14 - Blogger: Yaya Azura

Link blog: www.yayaazura.com
Usia blog: 11 tahun, bermula Jan 2010

Merupakan ibu kepada 2 orang anak lelaki. Mula membuat blog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudian mula menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan. Yaya merupakan salah seorang blogger yang aktif menghadiri event di sekitar Pantai Timur terutama dalam sekitar negeri Terengganu. 

#15 - Blogger Rozita

Link blog: www.ceritaita.com
Usia blog: 13 tahun, bermula 2008

Merupakan ibu kepada 5 orang anak, 4 lelaki 1 perempuan, kerja sebagai pegawai veterinar di sektor kerajaan. Suka membaca dan menulis sejak dari zaman sekolah. 
Mula menulis blog bermula sebagai hobi, menulis semua cerita pengalaman hidup, kisah suka memasak dan mencuba resepi baru, pengalaman membesarkan anak-anak terutamanya melibatkan penyusuan susu ibu dan penyakit yang dihadapi anak-anak, suka juga berkongsi kisah travel dengan perkongsian tempat yang diinap semasa bercuti, tempat makan best dan tempat menarik untuk dikunjungi.

#16 - Blogger Bonde Zaidalifah

Link blog: www.bondezaidalifah.com
Usia blog: 11 tahun, bermula 2010
Merupakan bonde kepada seorang puteri. Menulis Blog adalah separuh masa mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan dan juga fesyen.

#17 - Blogger Meksah

Link blog: www.meksah.com
Usia blog: 8 bulan, bermula 2020
Ibu kepada seorang anak lelaki berumur 3 tahun. Kerjaya di Sektor Swasta bidang Essential Services. Mula membina Blog Jun 2020 untuk berkongsi informasi dan pengalaman. Meksah juga aktif dengan channel Youtubenya sendiri. 
Tak hanya itu, Meksah juga pandai dalam dunia editing website dan mampu untuk buat website sendiri. Jika ada sesiapa yang berminat untuk buat website dengan rupa yang profesional untuk bisnes dan sebagainya, boleh hubungi Meksah. 
Daku kenal Meksah pada mulanya hanya sekadar seorang pembaca blog. Rupanya beliau sendiri mahu aktif dalam dunia blogging dan sejak itu mula rapat dengan Meksah. Walaupun hakikatnya tak pernah bertentang mata tapi senang bersembang dengan Meksah. 

#18 - Blogger: Fadzi Razak

Link blog: www.fadzirazak.com
Usia blog: 6 tahun, bermula 2014
Fadzi merupakan mak kepada 2 orang anak lelaki, Aneeq dan Anas. Mommy blogger Malaysia yang kini menetap di Sydney, Australia tapi dalam hatinya Malaysia tetap tanah tumpah darahku. Selalu menulis berkaitan dengan family lifestyle. 
Suka berkongsi tentang tempat makan menarik, tempat menarik, resepi, info dan tips untuk suri rumah. Selain menulis di blog, Fadzi juga suka berkongsi tentang pengalaman dan perkara menarik di Australia di fb.com/fadzirazak. Seorang yang pendiam tapi bila menulis, tak boleh berhenti. Bekerja sebagai freelance writer sambil jaga anak-anak di rumah.


#19 - Blogger: Maesarah

Link blog: www.mysarahstories.com
Usia blog: 13 tahun, bermula 2007
Mama anak 3. Asal menulis blog sekadar suka suka dan update tentang penyusuan anak, then jadi blog bisnes kejap. Pastu sharing tentang aktiviti seharian dan sekolah.


#20 - Blogger Atul Hamid

Link Blog :  www.atulhamid.com

Atul merupakan Ibu kepada sepasang cahaya mata. Perkongsian blog mengandungi topik berkaitan business, kecantikan, kesihatan, lifestyle, dan personal.

Atul pada awalnya fokus blog berkaitan bisnes tetapi selepas bersama Biters, Atul mula nampak peluang yang ada untuk menjaga income yang lebih serius dalam dunia blogging. Maka, saat ini Atul aktif dengan dua buah blog dan dunia bisnes masih tetap juga diteruskan. Suami dan anak-anak adalah pendorong kepada Atul untuk terus berjaya.

#21 - Bogger: Zaza Azman

Link blog: www.zazaazman8.com 
Usia blog: 1 tahun, bermula Jan 2020
Kembali berblog setelah 12 tahun berhenti. Mengguna samaran sebagai Mama Monsta, mama utk sepasang anak-anak monsta comel ini semakin hari semakin aktif dengan dunia blogging. Full Time housewife, part time blogger. Blog berbahasa Inggeris dengan berkongsi lifestyle yang mengisarkan perkembangan anak-anak. 


#22 - Blogger Marina Bashah

Link blog: www.marinabashah.com
Usia blog: 2 tahun, bermula Feb 2019
Merupakan seorang ibu yang bekerjaya. Ibu kepada 3 anak dara. Daku dah pernah bertemu bertentang mata dengan Marina dan keluarganya. Anak-anak perempuan Marina seramai tiga orang tu comel-comel belaka dan sangat petah bercakap! Riuh! 
Blog Marina selalu berkongsi mengenai persekolahan anak, tentang program sekolah anak, aktiviti pembelajaran di rumah dan kelas online yang dihadiri oleh anak-anak.

#23 - Blogger Aida Hanafiah

Link blog: https://www.adianiez.com/
Usia blog: 11 tahun 9 bulan

Merupakan Ibu kepada 3 orang anak yang sempurna. Bekerja sepenuh masa. Menulis blog secara separuh masa untuk berkongsi kisah hidup berkeluarga, aktiviti keluarga, bercuti ke sana ke sini, dekorasi dan susun atur rumah serta isu semasa. Suka menulis blog kerana ia satu cara meluahkan rasa dan idea dari kacamata seorang wanita, ibu dan isteri.

#24 - Blogger Siti Rohaida

Link blog: https://kisahsidairy.com
Usia blog: 11 tahun bermula 2010
Merupakan ibu kepada 2 orang anak perempuan. Di blog selalu berkongsi cerita tentang kekeluargaan, kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi. Menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.

#25 - Blogger Norhana Rosmida

Link blog: www.hannamaruku.com
Usia blog: 4 tahun, bermula 2017
Merupakan ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.

#26 - Blogger Sharina (opzzpinky)

Link blog: www.opzzpinky.com
Usia blog: 11 tahun, bermula September 2010
Merupakan ibu kepada sepasang anak, edan eshal, dahulu blog tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki hihi, alhamdulilah, lifesytle blogger, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips.
Itulah dia senarai 26 mommy blogger malaysia yang boleh di follow untuk tahun 2021 ini. Sebagaimana yang telah dikatakan pada awal entry ini tadi, top mommy blogger popular malaysia sangat ramai dan bolehlah kita saling kenal mengenali seorang demi seorang.
Buat masa ini, alhamdulillah semakin ramai blogger menjadi ahli Biters dan masing-masing saling berusaha untuk menjadi blog paling banyak dikunjungi. Semoga lebih ramai malaysia mom influencer dapat dihasilkan dengan skill SEO yang baik, InshaAllah. 

12 comments for " 26 Top Mommy Blogger Malaysia Popular Untuk Tahun 2021"

  1. Hebat-hebat semuanya mommy blogger ni

    ReplyDelete
  2. Hebat semua mommy blogger.. semua memang membahagi masa betulkan Awa.. tahniah buat semua..
    Keep blogging..

    ReplyDelete
  3. Menarik List Mommy Blogger Sis Awa kali ini.. Wah...

    ReplyDelete
  4. Hi amazing mommy bloggers! All of you are awesome!

    ReplyDelete
  5. Hi semua mommy2 blogger, tahniah semua...walaupun masih bertatih harap dapat beri tunjuk ajar :)

    ReplyDelete
  6. singgah petang kat sini...hi Awa

    ReplyDelete
  7. hallo ??? moms , blogger salam kenal .

    ReplyDelete
  8. Terbaik, blogger bapa bapa tak ada list ker?? hehe

    ReplyDelete
  9. terbaik semuanya mommy blogger ni..

    ReplyDelete
  10. Sambil berkongsi info kita dapat juga menjana income dengan blog... moga semua dimurahkan rezeki dan rajin-rajin update blog

    ReplyDelete
  11. Salam semua. My blog at no.7..ahaks.. My lucky number.

    ReplyDelete