Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Cancel Order Minta Refund Shopee Untuk Barang Rosak Dan Tak Sampai

Cara Refund Shopee Barang Rosak Dan Tak Sampai | Shopee online Malaysia murah! Daku salah seorang kaki shopping online di Shopee. Memang dah lama jadi pengguna setia Shopee. Beratus barang kecik besar murah dan mahal pernah beli di Shopee. 

Makin best bila dapat Shopee free shipping voucher. Beberapa kejadian dah pernah alami juga. Antaranya barang Shopee dari China tak sampai, minta refund dan buat withdrawal di Shopee. Alhamdulillah duit tersebut selamat masuk ke akaun bank semula tanpa masalah. 

Bagi yang belum tahu cara cancel order Shopee bagi barang yang rosak atau tak sampai-sampai, di sini akan daku kongsikan cara bagaimana untuk cancel order minta refund dari seller. 

Daku suka shopping kat Shopee kerana inilah, costumer will be able to receive refund once cancellation request is approved through Shopee. Secara tak langsung rasa selamat shopping online untuk barang yang agak mahal kat sini. 

Cara Cancel Order Minta Refund Shopee

Sebab Untuk Cancel Dan Minta Refund 

  • barang yang dibeli seller (penjual) tidak pos mengikut tarikh yang ditetapkan
  • tiba-tiba ingin tukar fikiran kerana salah buat pesanan pada pemilihan size, warna dan sebagainya
  • barang yang dipesan sampai tapi rosak
  • barang yang dibeli tak sampai-sampai 

Cara nak batalkan pesanan (cancel order) untuk dapat pemulangan duit (refund) dari Shopee ini mudah saja. Boleh ikut langkah di bawah ini. 


#1 - Cara Cancel Order Untuk Minta Refund

Langkah pertama : Klik pada bahagian hubungi penjual. Mesej tanyakan status barangan yang belum dihantar tersebut. Ambil tahu dulu apakah masalah seller, adakah mungkin produk kehabisan stok atau sebagainya. 

Langkah ke dua : seandainya tidak mendapat sebarang respon daripada seller, klik pada bahagian BATALKAN PESANAN dan pilih satu alasan kenapa pesanan tersebut ingin dibatalkan. 

Cara Cancel Order Minta Refund Shopee


Langkah ke tiga : Seller akan memberi respon sama ada pembatalan pesanan itu diluluskan atau tidak. 

Cara Cancel Order Minta Refund Shopee

#2 - Cara Refund Shopee Barang Tak Sampai

Ini pula pembatalan dan refund secara automatik oleh pihak Shopee apabila barang gagal diterima. Daku beli langsir dari China, entah mengapa. Keluar status alamat salah. Ini masalah pada pihak servis penghantaran barang di Malaysia. Dari China datang dengan elok tapi sangkut di sini. 

Bila call entah apa masalah mereka, masih gagal juga buat penghantaran barang. Jika dekat, daku akan pickup tapi bila ambil masa selama sejam hanya untuk sampai ke tempat barang di simpan, maka daku tak boleh nak buat apa-apa lagi.

Cara Cancel Order Minta Refund Shopee

#3 - Cara Withdraw Duit Refund Dari Shopee

Pergi ke akaun Shopee. Klik pada bahagian 'ME / AKAUN SAYA'

Klik pada bahagian 'BANK & KAD' dan masukkan no akaun bank sendiri untuk akaun yang akan menerima duit refund tersebut. 

Cara Cancel Order Minta Refund Shopee


Selepas siap letakkan info no akaun, pergi ke aplikasi Shopee di telefon bimbit, pergi ke bahagian 'ME / AKAUN SAYA' dan klik pada butang Shopee Wallet. Semua wang refund akan terkumpul di sana. Boleh terus withdraw kedalam akaun bank kita macam biasa.

Itulah dia info dan cara refund duit shopee jika pembelian yang kita lakukan di Shopee Online Malaysia bila ada masalah. Dengan Shopee com my terasa agak terjamin bila parcel tak kunjung tiba. Ada masalah boleh guna cara untuk cancel order dan minta refund saja. 

Proses refund ni, kadangkala agak makan masa juga. Tapi Shopee bayar refund terus ke akaun bank, jadi tak perlu susah hati. 

P/S: Untuk barang Shopee yang lambat sampai, jangan terus cancel order kerana itu masalah pada pihak penghantaran, bukannya salah seller. Seller sudah lakukan tugasnya, maka tugas kita pula untuk check status barang ada di mana menggunakan no tracking di website courier servis yang digunakan. 

3 comments for "Cara Cancel Order Minta Refund Shopee Untuk Barang Rosak Dan Tak Sampai "

  1. terima kasih atas perkongsian ini. Ramai yang perlukn info ni

    ReplyDelete
  2. pernah beli brg dari China yg rosak. Bila kita minta refund dia disapprove atau dispute. Lps tu mmg x akan beli brg dari China!

    ReplyDelete