Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Buat Online Bank Islam (Daftar di BankIslam.biz)

Cara Buat Online Bank Islam (Daftar di BankIslam.biz)Bagaimana cara daftar Bank Islam online untuk memudahkan urusan perbankan atas talian? Dalam artikel ini akan ditunjukkan cara buat Bank Islam online atau disebut juga sebagai internet banking untuk sesiapa yang memerlukan panduan tutorial cara daftar bank Islam online banking terkini. 

Dengan adanya akaun Bank Islam banking begini mudahlah untuk membuat dengan lebih cepat seperti transaksi transfer duit, bayaran untuk beli barang online, bayar bil dan bermacam kemudahan yang lain. 

Cara Buat Online Bank Islam (Daftar di BankIslam.biz)


Cara daftar internet banking Bank Islam secara online ini mudah saja, yang penting hendaklah mempunyai akaun bank islam dan benar-benar ingin ada perbankan internet sendiri. Jika dulu nak check baki atau tranfers perlu pergi bank buat tapi selepas ini semuanya boleh buat terus dari mana-mana lokasi menggunakan handphone, PC dan laptop.

Sejarah Latar Belakang Bank Islam Malaysia (Bank Islam Background) 


Bank Islam Malaysia Berhad (بڠك اسلام مليسيا برحد) adalah bank Islam yang berpusat di Malaysia. Bank Islam telah beroperasi sejak 1 Julai 1983. Bank Islam ditubuhkan untuk menolong keperluan kewangan penduduk Muslim negara ini, dan memperluas perkhidmatannya dari hari ke hari. Bank Islam pada masa ini menyediakan perkhidmatan kad dan perbankan mudah alih yang patuh Syariah. 

Bank Islam ditubuhkan dengan modal awal sebanyak RM 500 juta dan modal berbayar sebanyak  RM 79.9 juta. Setelah itu bank Islam secara beransur-ansur meningkatkan modal yang dibenarkan. 

Bank Islam turut disenaraikan di papan Bursa Saham Kuala Lumpur pada 17 Januari 1992 dan semakin berkembang sebagai sebuah institusi kewangan yang dikenali ramai di Malaysia. Pada masa ini, Bank Islam telah berjaya mempunyai sebanyak 89 buah cawangan di seluruh negara.

Jenis Perkhidmatan Bank Islam

Mengambil kedudukan dan reputasinya sebagai Bank Islam pertama di Malaysia dan salah satu daripada perintis di dunia, Bank Islam telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menjadi peneraju yang inovatif bagi kerajaan Malaysia dalam menjadikan Negara sebagai Hab Kewangan Islam Global yang penting. 

Dalam usaha untuk membersihkan imej yang tercalar akibat kerugian pada tahun 2005, Bank Islam telah memperkenalkan beberapa produk yang dianggap sebagai yang pertama di dunia untuk mengekalkan kesetiaan dan persepsi pelanggan.

Antara jenis perkhidmatan Bank Islam ini adalah seperti Akaun Semasa, Akaun Simpanan, Perbankan Secara Online (Online Banking), Pembiayaan Peribadi, Pinjaman Peribadi, Kad Debit, Tabung Haji dan bermacam-macam lagi. 

jenis perkhidmatan bank islam


Cara Pendaftaran Perbankan Internet Bank Islam Secara Online 

Cara daftar Bank Islam online (internet banking) untuk memudahkan urusan perbankan Internet atas talian mudah saja. Ini langkah-langkahnya untuk daftar dan aktifkan akaun Bank Islam online. 

Untuk mendaftar secara online:

  1. Layari laman web Bank Islam IB https://www.bankislam.biz/.
  2. Setelah itu, klik pada butang FIRST TIME USER.
  3. Pada laman seterusnya, akan tertera terma dan syarat pada ruangan Terms & Conditions. Baca terma dan syarat tersebut. Kemudian, tick pada kenyataan di bawah sebagai tanda bersetuju dengan terma dan syarat yang tertera. 
  4. Klik pada butang Continue.
  5. Pada paparan seterusnya, tekan butang Continue.
  6. Pada laman seterusnya, pada ruangan ATM Card / Debit Card No:, masukkan nombor kad 16 digit yang terdapat pada kad ATM/debit anda.
  7. Pada ruangan ATM PIN, masukkan nombor PIN kad ATM/debit anda.
  8. Klik butang Continue untuk meneruskan urusan daftar Bank Islam anda.
  9. Pada laman seterusnya, terdapat ruangan untuk mengisi maklumat.
  10. Pada ruangan Customer Name, masukkan nama penuh anda.
  11. Pada ruangan IC/ID, masukkan nombor kad pengenalan anda. (tiada tanda sempang “-“ ataupun jarak)
  12. Pada ruangan User ID, masukkan sebarang username yang anda ingin guna untuk akaun anda (mestilah alphanumeric – ada gabungan nombor, simbol dan abjad)
  13. Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan (juga mestilah alphanumeric, minimum lapan aksara)
  14. Sekadar ingatan, dalam urusan Bank Islam secara online ini, sila pilih dan gunakan password yang kuat dan sukar untuk dicerobohi.
  15. Pada ruangan Confirm Password, masukkan sekali lagi password yang anda ingin gunakan.
  16. Pada ruangan E-Mail, masukkan alamat emel anda.
  17. Pada ruangan Mobile Number, masukkan nombor telefon anda yang aktif. Masukkan 60 pada petak yang pertama dan baki nombor lain pada petak yang seterusnya.
  18. Pada ruangan Private Word, masukkan kata rahsia yang anda ingin gunakan sebagai langkah keselamatan untuk memastikan anda boleh detect akaun anda.
  19. Pada ruangan Select One Private Image, pilih mana-mana gambar yang anda ingin guna sebagai langkah keselamatan untuk detect akaun anda.
  20. Pada ruangan Secret Question serta Secret Answer, pilih 3 soalan secara rawak dan anda tetapkan jawapan untuk setiap soalan tersebut. Hanya anda sahaja yang boleh mengetahui jawapan untuk setiap soalan tersebut.
  21. Kemudian, klik butang Submit.
  22. Pada laman seterusnya, segala yang anda isi akan dipaparkan semula. Sahkan semula semua maklumat yang anda isi, kemudian tekan butang Confirm.
  23. Sila periksa telefon bimbit/pintar anda. Anda akan menerima SMS daripada pihak bank Islam yang menyatakan bahawa pendaftaran nombor telefon bimbit/pintar untuk IAC berjaya.
  24. Pendaftaran anda berjaya dan anda boleh login ke akaun baru Bank Islam IB anda.

Kepada yang belum mencuba, disarankan untuk mendaftar sekarang demi memudahkan urusan. Dengan mengikuti cara daftar Bank Islam online seperti yang dikongsikan di atas, mudah sahaja langkahnya bukan? Selepas ini, sudah boleh bank in duit ke Bank Islam dengan mudah.

Itulah dia panduan langkah demi langkah untuk cara daftar Bank Islam secara online. Jika benar-benar nak membuat akaun perbankan internet Bank Islam, jangan tunggu lama-lama. Lepas daftar nanti boleh praktik cara login bank islam internet banking akaun secara atas talian dan pastikan sebelum membuat pendaftaran, hendaklah memahami syarat-syarat yang telah diberikan. 

Semoga perkongsian berkaitan Bank Islam – Cara Buat Pendaftaran Bank Islam Virtual Account Opening ini dapat memberi manfaat. 

Credits : The Rohani 

2 comments for "Cara Buat Online Bank Islam (Daftar di BankIslam.biz)"