Cara Buat Online Bank Islam (Daftar di BankIslam.biz)
Dengan adanya akaun Bank Islam banking begini mudahlah untuk membuat dengan lebih cepat seperti transaksi transfer duit
Cara daftar internet banking Bank Islam secara online ini mudah saja, yang penting hendaklah mempunyai akaun bank islam dan benar-benar ingin ada perbankan internet sendiri. Jika dulu nak check baki atau tranfers perlu pergi bank buat tapi selepas ini semuanya boleh buat terus dari mana-mana lokasi menggunakan handphone, PC dan laptop.
Sejarah Latar Belakang Bank Islam Malaysia (Bank Islam Background)
Jenis Perkhidmatan Bank Islam
Cara Pendaftaran Perbankan Internet Bank Islam Secara Online
Untuk mendaftar secara online:
- Layari laman web Bank Islam IB https://www.bankislam.biz/.
- Setelah itu, klik pada butang FIRST TIME USER.
- Pada laman seterusnya, akan tertera terma dan syarat pada ruangan Terms & Conditions. Baca terma dan syarat tersebut. Kemudian, tick pada kenyataan di bawah sebagai tanda bersetuju dengan terma dan syarat yang tertera.
- Klik pada butang Continue.
- Pada paparan seterusnya, tekan butang Continue.
- Pada laman seterusnya, pada ruangan ATM Card / Debit Card No:, masukkan nombor kad 16 digit yang terdapat pada kad ATM/debit anda.
- Pada ruangan ATM PIN, masukkan nombor PIN kad ATM/debit anda.
- Klik butang Continue untuk meneruskan urusan daftar Bank Islam anda.
- Pada laman seterusnya, terdapat ruangan untuk mengisi maklumat.
- Pada ruangan Customer Name, masukkan nama penuh anda.
- Pada ruangan IC/ID, masukkan nombor kad pengenalan anda. (tiada tanda sempang “-“ ataupun jarak)
- Pada ruangan User ID, masukkan sebarang username yang anda ingin guna untuk akaun anda (mestilah alphanumeric – ada gabungan nombor, simbol dan abjad)
- Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan (juga mestilah alphanumeric, minimum lapan aksara)
- Sekadar ingatan, dalam urusan Bank Islam secara online ini, sila pilih dan gunakan password yang kuat dan sukar untuk dicerobohi.
- Pada ruangan Confirm Password, masukkan sekali lagi password yang anda ingin gunakan.
- Pada ruangan E-Mail, masukkan alamat emel anda.
- Pada ruangan Mobile Number, masukkan nombor telefon anda yang aktif. Masukkan 60 pada petak yang pertama dan baki nombor lain pada petak yang seterusnya.
- Pada ruangan Private Word, masukkan kata rahsia yang anda ingin gunakan sebagai langkah keselamatan untuk memastikan anda boleh detect akaun anda.
- Pada ruangan Select One Private Image, pilih mana-mana gambar yang anda ingin guna sebagai langkah keselamatan untuk detect akaun anda.
- Pada ruangan Secret Question serta Secret Answer, pilih 3 soalan secara rawak dan anda tetapkan jawapan untuk setiap soalan tersebut. Hanya anda sahaja yang boleh mengetahui jawapan untuk setiap soalan tersebut.
- Kemudian, klik butang Submit.
- Pada laman seterusnya, segala yang anda isi akan dipaparkan semula. Sahkan semula semua maklumat yang anda isi, kemudian tekan butang Confirm.
- Sila periksa telefon bimbit/pintar anda. Anda akan menerima SMS daripada pihak bank Islam yang menyatakan bahawa pendaftaran nombor telefon bimbit/pintar untuk IAC berjaya.
- Pendaftaran anda berjaya dan anda boleh login ke akaun baru Bank Islam IB anda.
Kepada yang belum mencuba, disarankan untuk mendaftar sekarang demi memudahkan urusan. Dengan mengikuti cara daftar Bank Islam online seperti yang dikongsikan di atas, mudah sahaja langkahnya bukan? Selepas ini, sudah boleh bank in duit ke Bank Islam dengan mudah.
Itulah dia panduan langkah demi langkah untuk cara daftar Bank Islam secara online. Jika benar-benar nak membuat akaun perbankan internet Bank Islam, jangan tunggu lama-lama. Lepas daftar nanti boleh praktik cara login bank islam internet banking akaun secara atas talian dan pastikan sebelum membuat pendaftaran, hendaklah memahami syarat-syarat yang telah diberikan.
Semoga perkongsian berkaitan Bank Islam – Cara Buat Pendaftaran Bank Islam Virtual Account Opening ini dapat memberi manfaat.
Credits : The Rohani
great sharing
ReplyDeleteLagi memudahkan orang ramai
ReplyDelete