Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Takdir Yang Tertulis Online Full Episode 1 Hingga 15 (Akhir)

Drama Takdir Yang Tertulis Online Full Episode 1 Hingga 15 (Akhir)Takdir Yang Tertulis ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021. Demam Drama Takdir Yang Tertulis kini semakin menjadi-jadi apabila ramai penonton berasa panas hati dengan watak Ruhila dan Azlan yang ada di dalam drama ini. 

Drama bersiri 'Takdir Yang Tertulis' ini mengisi slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad dan ramai lagi.  Netizen bagaimanapun mendakwa jalan cerita Takdir Yang Tertulis mempunyai persamaan dengan drama popular Korea, The World of the Married. 

Drama Takdir Yang Tertulis Online Full Episode 1 Hingga 15 (Akhir)

Nama Pelakon Drama Takdir Yang Tertulis 

Nad Zainal sebagai Juweta
Nazim Othman sebagai Azlan
Elvina Mohamad sebagai Ruhila
Alvin Chong sebagai Ean
Didie Alias sebagai Che Salmah
Iman Suhana sebagai Ruzita 
Muaz Fitri sebagai Hakim
Uchee Fukada sebagai Kak Jo
Isaac Iman sebagai Mika

Drama Takdir Yang Tertulis bersiaran sebanyak 15 episode dan Episod 1 Hingga Episod 15 (akhir) boleh ditonton secara online juga. Untuk tayangan di TV ia disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3. Drama Takdir Yang Tertulis arahan Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat) dibawah produksi Radius One dan skripnya di tulis oleh Shahrulezad Mohameddin dan Uchee Fukada.

Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis TV3 

Sinopsis drama Takdir Yang Tertulis ini agak mendebarkan kerana ia berkisar tentang persahabatan, kejujuran, kesetiaan, harta dan dendam lama. Drama Takdir Yang Tertulis mengisahkan tentang Juweta, Ruhila, Azlan dan Ean. 

Juweta dan Azlan merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlan (Nazim Othman) merupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta (Nad Zainal) adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik keluarganya. 

Kadang kala ketegangan antara mereka turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu pertengkaran besar di pejabat mereka.

Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed). Bukan itu sahaja yang diadukan kepada Ruhila, kebanyakan perihal Mika (Isaac Iman), anak Azlan dan Juweta juga telah diserahkan kepada Ruhila. Kebergantungan menyeluruh Juweta kepada Ruhila adalah kerana kesibukan Juweta dengan hal syarikatnya.

Perkenalan yang bermula sejak zaman universiti menjadi huru hara apabila persahabatan dicabar dengan kesetiaan dan kepercayaan. Azlan sebenarnya menyukai Ruhila tanpa mengetahui yang Ruhila adalah kekasih Ean.

Hubungan suami isteri, Azlan dan Juweta semakin meruncing. Cubaan Azlan untuk mengambil hati isterinya berakhir dengan pergaduhan besar. Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta. Sebuah lagi pertengkaran besar tercetus antara mereka sehingga anak mereka, Mika trauma dengan pergaduhan ibu bapanya.

Drama Takdir Yang Tertulis Online Full Episode 1 Hingga 15 (Akhir)


Berasa dikhianati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan. Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk. Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta?

Drama Takdir Yang Tertulis Online Full Episode 1 Hingga 15 (Akhir) 

Bagi pengemar drama melayu Malaysia yang sukakan drama agak suspen dan penuh tawa suka dan airmata, bolehlah tonton drama Takdir Yang Tertulis ini. Terpulang mahu tonton Takdir Yang Tertulis dari episode 1 hingga 15 (akhir) secara terus di TV ataupun online. Jika mahu tonton online boleh klik pada link di bawah ini. 


Itulah info serba sedikit mengenai drama Takdir Yang Tertulis termasuk sinopsis penuh dan link tontonan drama dari episode 1 hingga akhir. 

Suka menonton drama melayu Malaysia, Jemput join group Facebook Suka Drama Malaysia untuk dapatkan lebih banyak link drama terbaru yang lain. 

1 comment for "Drama Takdir Yang Tertulis Online Full Episode 1 Hingga 15 (Akhir) "

  1. baru perasan skrip dia hasil idea bersama Kak Ju (nama watak) Heee~ best drama ni. lagi tinggal 4 episode tak sabar tunggu apa penghujungnya. :)

    ReplyDelete