Drama Takdir Yang Tertulis Online Full Episode 1 Hingga 15 (Akhir)
Drama Takdir Yang Tertulis Online Full Episode 1 Hingga 15 (Akhir) | Takdir Yang Tertulis ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021. Demam Drama Takdir Yang Tertulis kini semakin menjadi-jadi apabila ramai penonton berasa panas hati dengan watak Ruhila dan Azlan yang ada di dalam drama ini.
Drama bersiri 'Takdir Yang Tertulis' ini mengisi slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad dan ramai lagi. Netizen bagaimanapun mendakwa jalan cerita Takdir Yang Tertulis mempunyai persamaan dengan drama popular Korea, The World of the Married.
Nama Pelakon Drama Takdir Yang Tertulis
Drama Takdir Yang Tertulis bersiaran sebanyak 15 episode dan Episod 1 Hingga Episod 15 (akhir) boleh ditonton secara online juga. Untuk tayangan di TV ia disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3. Drama Takdir Yang Tertulis arahan Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat) dibawah produksi Radius One dan skripnya di tulis oleh Shahrulezad Mohameddin dan Uchee Fukada.
Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis TV3
Sinopsis drama Takdir Yang Tertulis ini agak mendebarkan kerana ia berkisar tentang persahabatan, kejujuran, kesetiaan, harta dan dendam lama. Drama Takdir Yang Tertulis mengisahkan tentang Juweta, Ruhila, Azlan dan Ean.
Juweta dan Azlan merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlan (Nazim Othman) merupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta (Nad Zainal) adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik keluarganya.
Kadang kala ketegangan antara mereka turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu pertengkaran besar di pejabat mereka.
Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed). Bukan itu sahaja yang diadukan kepada Ruhila, kebanyakan perihal Mika (Isaac Iman), anak Azlan dan Juweta juga telah diserahkan kepada Ruhila. Kebergantungan menyeluruh Juweta kepada Ruhila adalah kerana kesibukan Juweta dengan hal syarikatnya.
Perkenalan yang bermula sejak zaman universiti menjadi huru hara apabila persahabatan dicabar dengan kesetiaan dan kepercayaan. Azlan sebenarnya menyukai Ruhila tanpa mengetahui yang Ruhila adalah kekasih Ean.
Hubungan suami isteri, Azlan dan Juweta semakin meruncing. Cubaan Azlan untuk mengambil hati isterinya berakhir dengan pergaduhan besar. Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta. Sebuah lagi pertengkaran besar tercetus antara mereka sehingga anak mereka, Mika trauma dengan pergaduhan ibu bapanya.
baru perasan skrip dia hasil idea bersama Kak Ju (nama watak) Heee~ best drama ni. lagi tinggal 4 episode tak sabar tunggu apa penghujungnya. :)
ReplyDelete