Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Puding Karamel Kukus Simple Yang Sedap Dan Mudah

Resipi Puding Karamel Kukus Simple Yang Sedap Dan Mudah | Duduk rumah je, seronok juga masak pencuci mulut sebagai menu minum petang. Paling seronok jika dapat masak resepi minum petang yang mudah dan senang buat. 

Menu simple dan sedap memang best sebab tak susah dan tak makan masa yang lama. Salah satu resepi minum petang yang sesuai adalah puding karamel kukus simple yang sedap dan mudah. 

Puding karamel kukus sedap dan mudah merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Anak-anak pun suka makan. Resepi Puding Karamel ini juga memang dah jadi kegemaran sekeluarga. 

Lagi-lagi jika dimasukkan ke dalam peti sejuk. Sedap makan puding karamel kukus yang dah disejukkan tu. Layan sambil tengok TV ke, sedar-sedar dah habis sepotong. 

Nak cuba hidangan Puding Karamel? Di sini akan dikongsikan resepi puding karamel yang amat mudah disediakan dan rasanya memang sedap. Jom  ikut resipi mudah dan ringkas di bawah ini.

Resepi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap


Bahan Resipi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan untuk sediakan karamel

  • 4 - 5 sudu besar gula pasir 
  • sedikit air

Bahan-bahan untuk sediakan puding

  • 4 biji telur saiz A (kalau guna saiz B - 5 biji) 
  • 1 tin susu cair (jika guna susu segar - 400ml)
  • 3 sudu besar gula pasir
  • secubit garam (tak letak pun tak apa)
  • 1 sudu teh esen vanilla (untuk kurangkan bau telur)
  • 1 cawan air


Cara Buat Resepi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap

Langkah 1 - cara sediakan karamel 

- mula-mula kita sediakan karamel dulu. Cara untuk masak gula hangus mudah saja. 

- Tuang gula ke dalam pan atau periuk dan masak gula hingga kelihatan agak hangus. Gunakan api sederhana dan kacau setiap masa.   

- Bila gula sudah bertukar warna seperti perang / coklat (hangus), masukkan sedikit air dan kacau laju-laju supaya gula hangus tadi tidak berketul dan melekat di pan. Jangan masuk air banyak sangat takut terlajak cair. 

- Padamkan api dan tuangkan gula hangus yang pekat tadi ke dalam loyang. Jika guna bekas comel kecil-kecil, masukkan 1 sudu gula karamel ke dalam setiap bekas. Biarkan sekejap hingga sejuk pada tahap suhu bilik. Jangan masukkan ke dalam peti kerana ia akan mengeras.  

Langkah 2 - cara sediakan puding 

- sekarang boleh mula sediakan puding untuk disatukan dengan gula karamel tadi.

- mula-mula, pecahkan 4 biji telur saiz A (atau 5 biji telur saiz B), kemudian pukul hingga sebati semuanya dan ketepikan sekejap. 

- ambil satu periuk kecil dan panaskan 1 tin susu cair (atau 400ml susu segar) dengan api yang perlahan. Kacau selalu dan jangan panaskan sampai mendidih. 

- Setelah susu panas, masukkan 3 sudu besar gula pasir, secubit garam dan 1 cawan air. Kacau semuanya hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api.

- Akhir sekali, masukkan esen vanila dan tapis. Selepas itu, tuangkan adunan puding ini ke dalam bekas yang berisi gula karamel tadi. Tutup loyang dengan aluminium foil.

Langkah 3 - proses mengukus 

- Panaskan periuk pengukus, masukkan loyang ke dalam periuk pengukus dan kukus selama 35 hingga 45 minit atau sehingga ianya betul-betul masak. Jika bekas kecik proses memasak akan memakan masa lebih cepat.

- Jika tak ada periuk pengukus, boleh masak guna oven dengan cara water bath (rujuk gambar). Untuk kaedah water bath ini, masak selama 40 hingga 55 minit (atau hingga masak sepenuhnya) dengan suhu 180. 

Cara Masak Puding Karamel Kukus Guna Oven 

Resepi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap
Kaedah water bath, kukus guna oven


- Untuk tahu sudah masak atau belum, boleh gunakan garfu, pencungkil gigi atau lidi. Caranya dengan cucuk sedikit ke bahagian tengah puding. 

- Bila semuanya sudah masak dengan baik, padamkan api dan biarkan puding sejuk sepenuhnya pada suhu bilik. Boleh juga masukkan sekejap ke dalam bahagian atas peti sejuk.

- Akhir sekali terbalikkan puding dan bolehlah dipotong untuk dinikmati bersama famili. 

Resepi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap


Itulah dia resipi puding karamel simple yang sangat mudah dan sedap untuk dicuba. Berbaloi buat sendiri dan makan sejuk-sejuk. Nak masak dan kasi pada jiran sebelah pun boleh. Bila lihat puding karamel nih terus rasa rindu suasana di bulan puasa. 

Okaylah, selamat mencuba resepi puding karamel kukus simple yang mudah dan sedap ini. Semoga ianya sesuai dengan citarasa kalian dan bolehlah cuba buat sendiri ikut resepi puding karamel simple di atas bila rasa teringin nak makan nanti. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

1 comment for "Resepi Puding Karamel Kukus Simple Yang Sedap Dan Mudah"

  1. assalamualaikum
    selamat pagi
    semoga semua urusan dipermudahkan

    ReplyDelete