Resepi Puding Karamel Kukus Simple Yang Sedap Dan Mudah
Resipi Puding Karamel Kukus Simple Yang Sedap Dan Mudah | Duduk rumah je, seronok juga masak pencuci mulut sebagai menu minum petang. Paling seronok jika dapat masak resepi minum petang yang mudah dan senang buat.
Menu simple dan sedap memang best sebab tak susah dan tak makan masa yang lama. Salah satu resepi minum petang yang sesuai adalah puding karamel kukus simple yang sedap dan mudah.
Puding karamel kukus sedap dan mudah merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Anak-anak pun suka makan. Resepi Puding Karamel ini juga memang dah jadi kegemaran sekeluarga.
Lagi-lagi jika dimasukkan ke dalam peti sejuk. Sedap makan puding karamel kukus yang dah disejukkan tu. Layan sambil tengok TV ke, sedar-sedar dah habis sepotong.
Bahan Resipi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap
Bahan-bahan untuk sediakan karamel
- 4 - 5 sudu besar gula pasir
- sedikit air
Bahan-bahan untuk sediakan puding
- 4 biji telur saiz A (kalau guna saiz B - 5 biji)
- 1 tin susu cair (jika guna susu segar - 400ml)
- 3 sudu besar gula pasir
- secubit garam (tak letak pun tak apa)
- 1 sudu teh esen vanilla (untuk kurangkan bau telur)
- 1 cawan air
Cara Buat Resepi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap
Langkah 1 - cara sediakan karamel
- Tuang gula ke dalam pan atau periuk dan masak gula hingga kelihatan agak hangus. Gunakan api sederhana dan kacau setiap masa.
- Bila gula sudah bertukar warna seperti perang / coklat (hangus), masukkan sedikit air dan kacau laju-laju supaya gula hangus tadi tidak berketul dan melekat di pan. Jangan masuk air banyak sangat takut terlajak cair.
- Padamkan api dan tuangkan gula hangus yang pekat tadi ke dalam loyang. Jika guna bekas comel kecil-kecil, masukkan 1 sudu gula karamel ke dalam setiap bekas. Biarkan sekejap hingga sejuk pada tahap suhu bilik. Jangan masukkan ke dalam peti kerana ia akan mengeras.
Langkah 2 - cara sediakan puding
- mula-mula, pecahkan 4 biji telur saiz A (atau 5 biji telur saiz B), kemudian pukul hingga sebati semuanya dan ketepikan sekejap.
- ambil satu periuk kecil dan panaskan 1 tin susu cair (atau 400ml susu segar) dengan api yang perlahan. Kacau selalu dan jangan panaskan sampai mendidih.
- Setelah susu panas, masukkan 3 sudu besar gula pasir, secubit garam dan 1 cawan air. Kacau semuanya hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api.
- Akhir sekali, masukkan esen vanila dan tapis. Selepas itu, tuangkan adunan puding ini ke dalam bekas yang berisi gula karamel tadi. Tutup loyang dengan aluminium foil.
Langkah 3 - proses mengukus
- Jika tak ada periuk pengukus, boleh masak guna oven dengan cara water bath (rujuk gambar). Untuk kaedah water bath ini, masak selama 40 hingga 55 minit (atau hingga masak sepenuhnya) dengan suhu 180.
Cara Masak Puding Karamel Kukus Guna Oven
![]() |
Kaedah water bath, kukus guna oven |
- Bila semuanya sudah masak dengan baik, padamkan api dan biarkan puding sejuk sepenuhnya pada suhu bilik. Boleh juga masukkan sekejap ke dalam bahagian atas peti sejuk.
- Akhir sekali terbalikkan puding dan bolehlah dipotong untuk dinikmati bersama famili.
Okaylah, selamat mencuba resepi puding karamel kukus simple yang mudah dan sedap ini. Semoga ianya sesuai dengan citarasa kalian dan bolehlah cuba buat sendiri ikut resepi puding karamel simple di atas bila rasa teringin nak makan nanti.


assalamualaikum
ReplyDeleteselamat pagi
semoga semua urusan dipermudahkan