Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

15 Jenis Perniagaan Makanan Yang Paling Menguntungkan Dengan Modal Kecil

15 Jenis Perniagaan Makanan Yang Paling Menguntungkan Dengan Modal Kecil | Bisnes makanan merupakan salah satu jenis perniagaan modal kecil. Perniagaan makanan dianggap sebagai salah satu jenis perniagaan yang menguntungkan kerana permintaan untuk makanan tidak akan pernah terpadam. Mudah cakap, hari-hari orang nak makan dan rakyat Malaysia memang suka makan!

Disebabkan perniagaan makanan ini salah satu jenis perniagaan yang tidak akan pernah mati, maka ramai mengambil keputusan untuk terlibat dengan perniagaan makanan. Dan, sememangnya keputusan itu memang bagus. 

Cuma, kena ada pengetahuan asas bagaimana untuk memilih jenis perniagaan makanan paling menguntungkan. 

Jenis Perniagaan Makanan Yang Paling Menguntungkan

Maksud paling menguntungkan di sini bukannya dengan pulangan hingga mencecah jutaan ringgit. 

Tetapi, maksud jenis perniagaan makanan paling menguntungkan ini adalah seseorang itu boleh mula berniaga dengan modal yang kecil, mampu mendapat pulangan berlipat kali ganda dari modal dan dapat berniaga dengan senang hati tanpa rasa terbeban.

Jenis Perniagaan Makanan Paling Menguntungkan Dengan Modal Kecil

Bagi mereka yang ingin mula berniaga dan masih keliru serta tertanya-tanya, apakah jenis perniagaan yang boleh mereka jalankan dengan hanya modal yang kecil, inilah dia senarai jenis-jenis perniagaan makanan yang paling menguntungkan dengan modal yang rendah untuk dicuba.

Senarai ini termasuk perniagaan makanan yang laris untuk bermula. Lepas ni, semoga tidak akan pening kepala lagi untuk fikirkan jenis-jenis perniagaan yang sesuai untuk dijalankan. 

Inilah dia jenis jenis perniagaan makanan yang laris untuk dipertimbangkan. 


#1 - Makanan Sejuk Beku (Frozen)


Trend makanan frozen semakin berkembang. Banyak jenis kuih yang boleh dijadikan frozen. Antaranya pau, karipap, popia, roti canai, ketupat palas dan donut. Frozen food dengan macam-macam jenis kuih ini dapat memudahkan ramai orang. 

Makanan juga sesuai untuk dibuat frozen seperti daging salai frozen dan ikan pekasam frozen. Nak makan, tinggal digoreng je.

#2 - Roti dan Bun 

Macam-macam jenis roti yang mudah boleh dibuat untuk jualan. Roti ini jika pandai, dapat beri untung yang agak lumayan. 

Cuma, pastikan ada satu menu 'special' sebagai signature. Tak perlu guna bahan-bahan mahal, yang penting roti itu lembut, sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. 

Jenis Perniagaan Makanan Paling Menguntungkan

#3 - Kek 

Kek boleh dijadikan salah satu perniagaan makanan paling menguntungkan kerana kek ini memang selalu di cari, terutama bila ada hari special. 

Kadangkala kek ini boleh menelan kos yang agak tinggi kerana bahan-bahan asas untuk membuatnya agak mahal. Yang penting, untuk berniaga kek, rasanya mesti sedap!! 

#4 - Biskut Raya 

Biskut raya sejenis perniagaan yang menguntungkan juga. Tapi, ia bersifat bermusim. Jangan fokus kepada biskut raya kerana ia hanya sering di cari tatkala tiba hari perayaan. 

Jika kepakaran hanya dalam membuat biskut, boleh jual biskut yang bersifat rangup, sesuai untuk dimakan hari-hari sebagai kudapan. 

#5 - Air Balang

Boleh ke menjual air menjadi kerja part time yang menguntungkan? Jawapannya memang boleh! Jual air balang tepi jalan itu salah satu jenis perniagaan makanan yang menguntungkan. 

Cuma kena pandai pilih lokasi yang agak padat dan menjadi tumpuan orang lalu lalang, seperti berhampiran sekolah, pasaraya dan sebagainya. 

#6 - Goreng Pisang dan Ubi 

Jual goreng pisang juga boleh menjadi salah satu jenis perniagaan yang mampu menghasilkan pendapatan lumayan. 

Jual goreng pisang, ubi keledek, sukun dan sebagainya ini boleh dijadikan perniagaan makanan yang bagus dengan modal kecil. Jika tempat tinggal berhadapan dengan jalan raya yang sibuk, itu adalah satu bonus. 

Jenis Perniagaan Makanan Paling Menguntungkan


#7 - Keropok Lekor 

Seandainya tak pandai untuk buat kek, biskut dan roti, masih boleh mempunyai perniagaan makanan yang menguntungkan. Caranya dengan menjual pelbagai jenis makanan ringan bergoreng. Antaranya seperti keropok lekor, popia goreng dan sebagainya. 

Nak lebih jimat, ajak jiran atau sedara mara yang mahir membuat makanan. Mereka siapkan makanan dan kalian pula boleh fokus pada penjualan. Goreng panas-panas mesti ramai yang akan beli. 

#8 - Aiskrim Malaysia 

Jangan terkejut kerana aiskrim malaysia ini memang salah satu jenis perniagaan makanan yang menguntungkan. Aiskrim malaysia boleh dilakukan oleh sesiapa saja kerana ia merupakan sejenis perniagaan yang tersangat mudah! 

Modalnya juga kecil. Nak cepat orang kenal, jual sedikit murah dari harga pasaran dengan mementingkan rasa yang sedap. 

#9 - Buah Segar & Jus Buah Original 

Ramai orang jual air balang seperti cendol. Buat apa nak bersaing dengan jual jenis minuman yang sama. Kalian boleh memberi sedikit kelainan dengan menjual jus buah original. Nak lagi sedap, buat dalam bentuk 'bingsu atau ais kepal'. 

Beli buah-buahan segar, blender dan kemudian simpan dalam peti. Mana tahu bermula dari kecil-kecilan tetapi lama-lama dah boleh setanding rasa dengan Tealive.


#8 - Biskut Raya 

Biskut raya memang boleh beri pendapatan cuma kena pastikan biskut tersebut rasanya sedap dan berbaloi dengan harga. 

Walau bagaimanapun, biskut raya ini permintaannya terhad, maka untuk hari biasa mungkin boleh variasikan biskut raya ini kepada 'makanan kudap kudapan'. Elok juga jika di buat mengikut tema tertentu sebagai hadiah untuk seseorang. 

#9 - Set Nasi dan Lauk Pauk (Bento Tengahari)

Tak semua orang ada masa untuk masak, dan tak semua orang suka masak untuk makan. Sebab itu perniagaan bento untuk makan tengahari boleh menjadi salah satu jenis perniagaan makanan yang terbaik. 

#10 - Set Makan Pagi Untuk Anak (Bento Sekolah)

Ramai ibubapa tak sempat masak waktu pagi tapi dalam masa yang sama mahu anak bersarapan, malah kalau boleh mahu anak bawa bekal makanan yang sedap dan berkhasiat, persis seperti masakan ibu. 

Maka, untuk mereka yang pandai masak lauk pauk sedap sesuai dengan selera kanak-kanak dengan khasiat yang sepatutnya, boleh cuba-cuba mulakan bisnes bentu sarapan untuk anak ke sekolah. 

Jenis Perniagaan Makanan Paling Menguntungkan
makanan dalam bentuk bento

Jenis Perniagaan Makanan Paling Menguntungkan
makanan dalam bentuk bento

#11 - Ayam, Daging dan Kambing Perap

Makanan perap sering juga orang cari, lagi-lagi jika ianya sedap dan murah. Makanan perap yang sering mendapat sambutan adalah daging perap untuk BBQ, ayam percik untuk bulan puasa dan lain-lain lagi. 


#12 - Kuih Muih 

Kuih muih dari dulu hingga kini memang sentiasa ada orang yang suka cari. Nak lagi banyak sambutan jika jual kuih muih tradisi yang selalunya hanya ada pada bulan puasa. 

#13 - Burger 

Burger dari dulu hingga kini memang ramai orang dah buat. Ini kerana burger merupakan salah satu jenis perniagaan yang mudah diceburi oleh sesiapa saja. Untuk lebih mendapat permintaan, cuba lari sedikit dari kebiasaan. 

Sebagai contoh orang lain jual burger daging dan ayam biasa, anda mungkin boleh jual burger ayam daging dengan perasa percik, kari dan sebagainya. Boleh juga letak cili atau timun jeruk sebagai salah satu kelainan. Tak mustahil! 

Jenis Perniagaan Makanan Paling Menguntungkan

#14 - Sandwich

Sandwich sesuai di makan pada bila-bila masa. Sandwich juga ada pelbagai jenis. Kosnya agak berbaloi jika mahu dimulakan sebagai perniagaan makanan kecil-kecilan. 

#15 - Makanan Viral 

Makanan viral dengan sendiri orang sudah tahu itu apa. Dengan sendirinya juga ia mendapat permintaan kerana rata-rata mahu mencuba rasanya bagaimana. Tapi awas, makanan viral ini tidak akan terus viral dalam masa yang lama. 

Jika pilih makanan viral sebagai jenis perniagaan makanan yang ingin dijalankan, mesti peka dengan perkembangan semasa selalu. 

Cara Nak Mula Berniaga Makanan 

1. Pilih hanya SATU jenis perniagaan berdasarkan skill sendiri

2. Senaraikan barangan asas yang perlu dibeli 

3. Buat pengiraan kos mula berniagaan secara anggaran kasar 

4. Selarikan kos mula perniagaan dengan modal 

5. Tentukan berapa harga makanan untuk dijual 

6. Tetapkan lokasi utama perniagaan 

7. Sediakan wang backup untuk kecemasan juga


Ada jenis bisnes yang cepat dapat duit, ada yang lambat. Disebabkan itu, sebelum mula buat keputusan mahu jalankan jenis perniagaan yang mana, kena tahu dulu apakah ciri-ciri jenis perniagaan makanan tersebut. 

Berniaga ini perlukan kesabaran juga. Tidak boleh mengharapkan berniaga hari ini terus dah mula boleh dapat untung. 

Bisnes makanan adalah antara bisnes perniagaan yang tidak akan tutup dan sentiasa mendapat permintaan tetapi untuk terus bertahan dalam dunia makanan ini bukannya satu kerja yang mudah.


Tips Untuk Tingkatkan Jumlah Keuntungan 

1. Boleh terima tempahan 

2. Ada servis food delivery - COD

3. Buat promosi offline 

4. Buat promosi online

Perkenalkan makanan melalui media sosial 

5. Turun berniaga di tempat awam (sekurang-kurangnya seminggu sekali) 

6. Lekatkan sticker berserta nombor telefon untuk tempahan pada makanan 

7. Jual makanan dengan minuman percuma sebagai setnya. 


Jenis Makanan Yang Sesuai Untuk COD 

  • Makanan frozen
  • makanan homemade 
  • makanan dalam bentuk bento 
  • satay
  • pizza
  • chicken chop
  • biskut dan banyak lagi. 

Cara Jual Makanan Ada Banyak Cara 

  • COD - Cash On Delivery
  • Atas Talian (Online)
  • Makanan yang mudah dijual (di asrama dan tempat lain)

Apakah Makanan Yang Mudah Dijual Online? 

Untuk makanan yang mudah dijual online, ia hendaklah makanan yang tidak mudah rosak, tahan lama, tidak berbau, tidak basah atau tumpah dan sebagainya. 

Contoh makanan yang mudah dijual online ini seperti keropok keping, keropok batang, biskut dan lain-lain. 

Jika nak jual makanan lain secara online boleh saja. Cara paling mudah tanpa perlu keluar kos yang banyak adalah dengan mendaftarkan perniagaan makanan tersebut bersama Foodpanda.

Dengan Foodpanda, peniaga tak perlu pening kepala untuk cari rider buat servis COD. Dengan daftar bersama Foodpanda juga, ada peluang untuk muncul di carian makanan mengikut kehendak pelanggan. Foodpanda pun memang dah ramai pelanggan setia mereka kan?

Aku sendiri selalu juga guna Foodpanda bagi mendapatkan servis food delivery dari mereka. 

Itulah dia serba sedikit info mengenai makanan paling laris untuk djual. Semoga perkongsian ini dapat memberi serba sedikit info pada sesiapa yang berminat untuk mencuba jenis perniagaan paling menguntungkan dengan modal yang kecil ini. 



Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

6 comments for "15 Jenis Perniagaan Makanan Yang Paling Menguntungkan Dengan Modal Kecil"

  1. jual makanan yg tahan lama mcm biskut atau frozen food tu ok juga, lagi best ada servis delivery yg senang spt foodpanda.

    ReplyDelete
  2. aduhai singgah time ni buat rasa lapar pulak haha

    ReplyDelete
  3. Roti dan kuih muih memang laris jualan sebab orang nak sarapan pagi. Tak sempat sediakan sarapan untuk diri sendiri dan anak-anak.

    Biasanya cepat sold-out.

    ReplyDelete