Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Patutlah Harga Kurma Ajwa Di Malaysia Mahal & Popular, Ini Sebabnya!

Patutlah Harga Kurma Ajwa Di Malaysia Mahal & Popular, Ini Sebabnya! | Bila tiba bulan puasa, kurma adalah buah wajib yang akan di beli. Tak buka puasa dengan kurma, seperti tak lengkap! Dan tak dinafikan buah kurma ini ada banyak jenis. Kurma ajwa antara yang paling popular. Di Malaysia harga kurma ajwa memang agak mahal, iaitu sekitar RM100+ sekilo. 

Tertanya-tanya juga, kenapa ramai orang beli kurma ajwa walau harganya mahal? Dengan rasa ingin tahu, daku cuba cari info mengenai Kurma Ajwa termasuklah siapa peniaga yang aktif menjual kurma ajwa dengan harga yang agak murah di Malaysia. 

Patutlah Harga Kurma Ajwa Mahal & Popular, Ini Sebabnya!

Kisah Asal Usul Buah Kurma Ajwa 

Kisah sejarah asal usul kurma Ajwa ini dikatakan bermula selepas buah kurma Ajwa disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika Baginda berbuka puasa. 

Di ceritakan pada suatu hari, Rasulullah SAW sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa, satu makanan pun tidak ada untuk di makan oleh Baginda. Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah SAW, merasa sedih lalu memohon kepada Allah SWT supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk Rasulullah SAW berbuka puasa.

Allah SWT Yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat segala apa yang sedang berlaku, telah memperkenankan permintaan malaikat Jibril. Allah SWT mengurniakan buah kurma ajwa yang istimewa ini untuk Rasulullah SAW makan buat berbuka puasa. 

Setelah selesai iftar, biji daripada buah kurma itu telah ditanam oleh Rasulullah SAW. Bermula dari peristiwa itulah, pokok kurma ini boleh ada di kawasan Madinah. Walaubagaimanapun, dikatakan yang kurma ajwa ini hanya boleh hidup subur dan berbuah di Madinah, tidak di tempat-tempat yang lain. 

Patutlah Harga Kurma Ajwa Mahal & Popular, Ini Sebabnya!


Sebab Kenapa Kurma Ajwa Mahal 

1. Ditanam sendiri oleh Nabi Muhammad SAW

Banyak sumber mengatakan bahawa kurma Ajwa ini merupakan kurma yang ditanam sendiri oleh Nabi. Menurut sejarah, kurma Ajwa yang pertama ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW di tanah Madinah, berhampiran Masjid Quba, sekitar 14 abad yang lalu. 

Jadi, jenis kurma Ajwa (Nabi) adalah salah satu yang ditanam di rantau Madina dan telah dijual ke seluruh dunia termasuk Malaysia. 

2. Buah kurma ajwa kegemaran Nabi 

Rasulullah SAW sendiri amat gemar makan buah kurma Ajwa. Cara yang digalakkan makan kurma ajwa ini mengikut sunnah adalah 7 biji buah kurma Ajwa di waktu pagi dan semasa berbuka puasa. 

3. Dikatakan boleh mengatasi racun dan sihir

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwa, maka akan terhindar daripadanya racun dan sihir pada hari itu.” (Riwayat Shahih Al-Bukhari) 

Hadis ini menjelaskan bahawa kurma Ajwa boleh mengatasi racun dan sihir, mungkin kerana keberkatan dan kandungan yang ada di dalam kurma ini.

4. Jumlah pokok kurma ajwa tidak banyak

Pada masa ini, ada yang mengatakan bahawa jumlah pokok kurma Ajwa di Madinah hanya ada sedikit saja. Dalam sekitar seratus batang pokok sahaja, tidak banyak seperti dulu. Maka tak hairanlah kenapa harga kurma ajwa mahal. 


Hadis Berkaitan Kurma Ajwa

Diantara Hadis-Hadis Dan Riwayat Berkaitan Buah Kurma:
1. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”

2. Daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”

3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

4. Daripada Abdullah bin Jaafar r.a katanya: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w memakan mentimun Arab dengan buah kurma masak”.

5. Hadis Saad r.a: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma di antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang”.

6. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

7. Daripada Anas bermaksud : “Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Rasulullah s.a.w. akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Ahmad)

Patutlah Harga Kurma Ajwa Mahal & Popular, Ini Sebabnya!


Manfaat Kurma Ajwa Jika Diamalkan

Apa manfaat kurma?
Kurma ternyata mengandung zat besi yang tinggi, sehingga baik dijadikan sebagai sumber makanan untuk mencegah anemia. Tingginya kadar zat besi pada kurma akan membantu proses pembentukan sel darah merah, meningkatkan energi dan kekuatan, sekaligus mengurangi rasa lelah dan kelesuan.

Apa manfaat makan kurma setiap hari?
Manfaat makan kurma tiap hari adalah bisa terhindari dari berbagai macam penyakit kronik, seperti penyakit jantung, kanser, diabetes, hingga Alzheimer. Ini semua berkat tingginya kadar antioksidan yang dimiliki oleh kurma.

Benarkah kurma ajwa boleh bantu untuk hamil?
Kurma ajwa mengandung berbagai nutrisi dan mineral yang terbukti ampuh dalam meningkatkan hormon libido dan membantu mempercepatkan perkembangan janin dalam rahim wanita. Dengan kata lain, kurma ajwa dapat digunakan untuk memperbaiki kesuburan pihak lelaki dan wanita.

Bolehkah ibu hamil makan kurma?
Ya.

Berapa butir kurma sehari untuk ibu hamil?
Ibu hamil disarankan makan buah kurma ajwa dalam jumlah yang wajar iaitu sekitar 3 hingga 5 biji buah kurma ajwa setiap hari. Ini kerana dalam sebiji kurma dengan berat 100 gram sudah mengandungi sebanyak 277 kalori, 75 gram karbohidrat, 7 gram serat, dan 2 gram protein.

RIHURA - Penjual Buah Kurma Ajwa Malaysia, Asli Dari Madinah 

Sebut kurma terus teringat Yusuf Taiyoob. Sudah tentulah ada kurma ajwa Yusuf Taiyoob tapi dalam masa yang sama, ada juga penjual kurma yang lain iaitu RIHURA. Rihura sudah agak lama aktif jual kurma ajwa di Malaysia, daku sendiri dah pernah rasa. 

Bertapak dalam Industri sejak March 2020 yang lalu, Rihura telah membantu seramai 1,890 individu yang terdiri daripada kalangan kaum ibu, anak-anak dan seisi keluarga dalam mendapatkan makanan sunnah terbaik iaitu Kurma Ajwa Original Madinah Rihura yang segar dan terbaru. 

Patutlah Harga Kurma Ajwa Mahal & Popular, Ini Sebabnya!

Kenapa Kurma Ajwa Dari Rihura Popular?

#1. Kurma Ajwa asli didatangkan dari Madinah 

Kurma Ajwa Rihura adalah kurma ajwa original Madinah yang dipilih lebih dari 1 kali dan ditapis antara buah-buah yang terbaik (Kualiti Antarabangsa dan Premium).

#2. Ada sijil sahkan kurma ajwa asli original 

Mempunyai Sijil / Certified Of Origin Kurma Ajwa Asli Madinah. Kurma Ajwa Original dari Madinah


#3. Pembekal berpengalaman

Kurma Ajwa Original Madinah dari Rihura dibekalkan oleh pembekal yang sangat berpengalaman dan dipercayai sejak tahun 1990-an lagi.

#4. Rasa lembut, enak dan sedap

Ramai pelanggan memberikan feedback Kurma Ajwa Original Madinah Rihura sangat segar, lembap dan lembut dimakan selain dari rasanya yang sangat enak dan sedap.

#5. Dapat beri kesan positif jika diamalkan 

Kurma Ajwa Original Madinah dari Rihura juga merupakan penyelesaian kepada ibu-ibu yang prihatin akan kesihatan dan pemakanan anak-anak. 

Ia memberi kesan terbaik sebagai milkbooster, brain booster dan energy booster. Bermula dengan masalah kesihatan yang serius sehingga terpaksa mengubah gaya hidup dan pemakanan, Rihura ditubuhkan bagi membantu masyarakat dalam mendapatkan kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.

Harga Kurma Ajwa Di Malaysia Oleh Rihura 

Harga Kurma 1kg berapa? Kurma ajwa price in Malaysia tidak dinafikan, agak mahal. Tapi, dalam masa yang sama daku rasakan harga tersebut masih dalam tahap masuk akal. Untuk harga kurma ajwa Madinah yang dijual oleh Rihura adalah :

Harga Kurma Ajwa gred 1 

  • pek 100 gram = RM10
  • pek 200 gram = RM20
  • pek 500 gram = RM50
  • pek 1 kg = RM90 

Harga Kurma Ajwa gred VIP

  • pek 100 gram = RM15 
  • pek 200 gram = RM28
  • pek 300 gram = RM40 
  • pek 500 gram = RM60 
  • pek 1 kg = RM110 

Patutlah Harga Kurma Ajwa Mahal & Popular, Ini Sebabnya!

Ramai Pelanggan Cuba Dan Sukakannya 

Patutlah Harga Kurma Ajwa Mahal & Popular, Ini Sebabnya!


Agent Kurma Ajwa Rihura Ramai Dengan Servis Pos & COD 

Patutlah Harga Kurma Ajwa Mahal & Popular, Ini Sebabnya!

Patutlah Harga Kurma Ajwa Mahal & Popular, Ini Sebabnya!

Sekarang kita sudah tahu, kenapa kurma ajwa atau kurma Nabi yang manis asal dari tanah Arab ini sangat popular. Kita juga sudah tahu akan manfaat makan kurma ajwa asli ini.  

Kat Malaysia pun ada ada penjual kurma ajwa asli (Nabi), dengan harga borong. Siapa saja boleh beli Kurma Ajwa (Nabi) ni mengikut jenis grednya. Jika dilihat semula pada harga kurma Ajwa (Nabi) yang dijual oleh pihak Rihura, sangat-sangat berbaloi kerana ada pihak yang jual kurma ajwa asli ini dengan harga yang lebih mahal dari RM100 sekilo.  

Patutlah Harga Kurma Ajwa Mahal & Popular, Ini Sebabnya!

Ajwa dates are the most favourite food of Prophet Muhammad. Kurma ajwa khasiatnya memang banyak. Atas kita saja, mahu beli dan cuba rasa kurma ajwa ini atau tidak. Ada juga yang beli dan amalkan kurma ajwa untuk hamil dan juga sebagai persediaan makanan tambah tenaga saat ingin melahirkan. 

RIHURA | JUAL KURMA ASLI MADINAH

Taman Danau Kota, 2/23D Danau Kota, Setapak, 53300 Kuala Lumpur 

Phone & Whatsapp : 010-50102717

Facebook | Instagram | Youtube 





Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :

1 comment for "Patutlah Harga Kurma Ajwa Di Malaysia Mahal & Popular, Ini Sebabnya!"

  1. dah macam wajib ada kurma untuk berbuka di bulan puasa sebab dari kecil itu rutinnya, tahun ni awal-awal dah beli kurma ajwa teringin walaupun mahal...

    ReplyDelete