Senarai Lengkap Khasiat Bawang Putih Untuk Wanita Dan Lelaki
Senarai Khasiat Bawang Putih Untuk Lelaki Dan Perempuan | Bawang putih digunakan di seluruh dunia dalam dunia masakan. Tapi, ramai yang tidak tahu bawang putih ini ada banyak khasiat manfaat. Khasiat bawang putih untuk wanita dan untuk lelaki akan dikongsikan melalui artikel ini.
Bawang putih dalam bahasa saintifik di kenali sebagai Allium sativum. In english bawang putih disebut sebagai garlic.
Bawang putih merupakan sejenis tumbuhan dari genus bawang sama seperti bawang besar, bawang merah, bawang perai, dan kucai.
Bawang putih telah ditanam dan digunakan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu dalam perubatan dan masakan.
![]() |
sumber Google |
Bawang putih mempunyai daun yang panjang dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai sebiji bebawang, bawang putih dibentuk dari beberapa ulas bebawang yang membentuk sebiji bawang.
Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan.
Bawang putih berasal dari tumbuhan liar yang kemudiannya dibiakbakakan.
Belum ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih.
Negara pengeluar utama bawang putih didunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun atau kira-kira 77% penghasilan dunia.
Ini diikuti dengan India (4%), Korea (2%), Rusia (1.6%) dan Amerika Syarikat (1.4%). Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih.
![]() |
sumber Google |
Kandungan Bawang Putih
- 623 kJ kalori
- karbohidrat (33 g)
- gula (1 g)
- serat (2.1 g)
- lemak (0.5 g)
- protein (6.39 g)
- beta karotin ( 5 microgram)
- thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram)
- riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram)
- niacin (0.7 mucrogram)
- asid panthitenik (0.59 microgram)
- vitamin B6 (1.2535 micragram)
- folate (3 microgram)
- vitamin C (31.2 mg)
- kalsium, (181 mg)
- zat besi (1.7 mg)
- magnesium (25 mg)
- fosforus (153 mg)
- kalium (401 mg)
- natrium (17 mg)
- zink (1.16 mg)
- mangan (1.672 mg)
- selenium (14 micrograms)
Khasiat bawang putih yang baik untuk kesihatan badan
Bawang putih merupakan antara perasa yang wajib digunakan dalam masakanSalah satu khasiat bawang putih adalah menurunkan berbagai risiko penyakit. Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit. Manfaat ini diperoleh dari kandungan antioksidan di dalamnya.
Antara kebaikan yang dikaitkan dengan kelebihan bawang putih untuk wanita dan lelaki adalah :
1. HIV
Bawang putih terbukti efektif dalam mengendalikan beberapa jangkitan sekunder yang berkait rapat dengan AIDS.
2. Keracunan Darah
Untuk keracunan darah ataupun terkena gigitan serangga, rendam bahagian luka dengan air bawang putih serta bahan bahan daripada bawang putih.3. Ibu Menyusukan Bayi
Satu cara bagi menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selesema adalah dengan cara memakan bawang putih. Melalui cara ni,ibu tak perlu mengambil antibiotik yang mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Bukan itu sahaja, dengan mengamalkan bawang putih ini, anak akan menyusu dengan lebih lama!4. Bronkitis
Seorang kanak kanak yang menderita penyakit bronkitis. Doktor memberikan beberapa antibiotik. Namun, tiada apa yang berlaku. Ibu mula putus asa. Jiran datang memberitahu supaya meletakkan bawang putih mentah pada tapak kaki anaknya.5. Kanser
Senyawa allium (genus onion-garlic), yang ada pada bawang putih, dapat meningkatkan kekebalan tubuh, menjaga supaya karsinogen, iaitu kemungkinan penyebab kanser tidak dapag masuk ke sel-sel tubuh.6. Kolestrol
Terdapat lebih daripada 12 kajian menunjukkan, bawang putih dapat menurunkan kadar kolestrol.7. Batuk
Menggabungkan madu, bawang merah, dan bawang putih maampu menciptakan satu ubat yang efektif untuk hidung tersumbat dalam sistem pernafasan. Menurut pakar herba, gabungan bahan ni baik untuk sistem pencernaan, sendi sendi dan hati.8. Diabetes
Bawang putih terbukti efektif dalam mengatur kadar gula darah untuk pelbagai jenis diabetes.9. Tekanan Darah Tinggi, Kolestrol
Memakan bawang putih mentah sebanyak dua kali sehari, membantu bagi menurunkan tekanan darah tinggi dan membaiki peredaran darah.10. Migrain / Sakit Kepala
Migrain biasanya jarang berlaku dengan pengambilan bawang putih. Ni kerana, bawang putih mencairkan dan membersihkan darah. Berhenti mengambil apa pun makanan yang mengandungi MSG dan aspartame. Langkah ni penting bagi menghentikan ataupun mengurangkan serangan migrain.11. Kehamilan
Terdapat penemuan terbaru menyatakan, pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan, bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil.
12. Bawang Putih Untuk Tenaga Batin Lelaki
Bawang Putih Dalam Perubatan Islam
Cara Makan Bawang Putih Yang Betul
Khasiat Bawang Putih Bakar
How To Plant Garlic | Cara Tanam Bawang Putih di Indonesia Malaysia
Jika sebelum ini ramai tidak mengetahui bahawa bawang putih banyak digunakan sebagai ubat kerana ia bermanfaat untuk kesihatan kita. Sekarang, semoga kita sama-sama dapat tahu info yang bagus mengenainya.
Kredit : https://siraplimau.com/
thanks for sharing
ReplyDeleteAda saya baca, dia letakkan bawang putih dalam periuk nasi bersama nasi yang dah masak. Sedap katanya. Banyak khasiat rupanya bawang putih ni. Thanks share :)
ReplyDeletewahhh bagus ni thanks 4 sharing
ReplyDelete