Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Senarai Lengkap Khasiat Bawang Putih Untuk Wanita Dan Lelaki

Senarai Khasiat Bawang Putih Untuk Lelaki Dan Perempuan | Bawang putih digunakan di seluruh dunia dalam dunia masakan. Tapi, ramai yang tidak tahu bawang putih ini ada banyak khasiat manfaat. Khasiat bawang putih untuk wanita dan untuk lelaki akan dikongsikan melalui artikel ini.

Bawang putih dalam bahasa saintifik di kenali sebagai Allium sativum. In english bawang putih disebut sebagai garlic. 

Bawang putih merupakan sejenis tumbuhan dari genus bawang sama seperti bawang besar, bawang merah, bawang perai, dan kucai. 

Bawang putih telah ditanam dan digunakan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu dalam perubatan dan masakan. 

Khasiat Bawang Putih Untuk Wanita Dan Lelaki
sumber Google


Bawang putih mempunyai daun yang panjang dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai sebiji bebawang, bawang putih dibentuk dari beberapa ulas bebawang yang membentuk sebiji bawang. 

Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan.

Bawang putih berasal dari tumbuhan liar yang kemudiannya dibiakbakakan. 

Belum ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. 

Negara pengeluar utama bawang putih didunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun atau kira-kira 77% penghasilan dunia. 

Ini diikuti dengan India (4%), Korea (2%), Rusia (1.6%) dan Amerika Syarikat (1.4%). Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih.

Khasiat Bawang Putih Untuk Wanita Dan Lelaki
sumber Google


Kandungan Bawang Putih 

Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi :
  • 623 kJ kalori
  • karbohidrat (33 g)
  • gula (1 g)
  • serat (2.1 g)
  • lemak (0.5 g)
  • protein (6.39 g)
  • beta karotin ( 5 microgram)
  • thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram)
  • riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram)
  • niacin (0.7 mucrogram)
  • asid panthitenik (0.59 microgram)
  • vitamin B6 (1.2535 micragram)
  • folate (3 microgram)
  • vitamin C (31.2 mg)
  • kalsium, (181 mg)
  • zat besi (1.7 mg)
  • magnesium (25 mg)
  • fosforus (153 mg)
  • kalium (401 mg)
  • natrium (17 mg)
  • zink (1.16 mg)
  • mangan (1.672 mg) 
  • selenium (14 micrograms)

Khasiat bawang putih yang baik untuk kesihatan badan

Bawang putih merupakan antara perasa yang wajib digunakan dalam masakanManfaat bawang putih ini terhadap kesihatan telah diperakui sejak berabad abad lamanya. 

Bawang putih bukan sekadar bahan asas penyedap masakan semata-mata. Manfaat bawang putih juga sangat baik hingga ramai pihak menjadikannya sebagai bahan dalam perubatan.

Salah satu khasiat bawang putih adalah menurunkan berbagai risiko penyakit. Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit. Manfaat ini diperoleh dari kandungan antioksidan di dalamnya. 

Khasiat Bawang Putih Untuk Wanita Dan Lelaki
sumber Google

Antara kebaikan yang dikaitkan dengan kelebihan bawang putih untuk wanita dan lelaki adalah :

1. HIV

Bawang putih terbukti efektif dalam mengendalikan beberapa jangkitan sekunder yang berkait rapat dengan AIDS. 

“Bawang putih dapat menangkal penyebaran HIV 1 dalam tubuh.” Itu apa yang diperkatakan oleh Duke, iaitu Pengarah Immune Enhancement Project of Porland, Oregon, Amerika Syarikat. Saranan kepada pesakit HIV positif, perlu memakan tiga hingga lima ulas bawang putih pada setiap hari.


2. Keracunan Darah

Untuk keracunan darah ataupun terkena gigitan serangga, rendam bahagian luka dengan air bawang putih serta bahan bahan daripada bawang putih.

3. Ibu Menyusukan Bayi

Satu cara bagi menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selesema adalah dengan cara memakan bawang putih. Melalui cara ni,ibu tak perlu mengambil antibiotik yang mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Bukan itu sahaja, dengan mengamalkan bawang putih ini, anak akan menyusu dengan lebih lama!

4. Bronkitis

Seorang kanak kanak yang menderita penyakit bronkitis. Doktor memberikan beberapa antibiotik. Namun, tiada apa yang berlaku. Ibu mula putus asa. Jiran datang memberitahu supaya meletakkan bawang putih mentah pada tapak kaki anaknya. 

Kaedah ini dilakukan pada setiap malam. Ia kemudiannya ditutup dengan pembalut kaki. Selepas dua hari, kanak kanak itu yang berusia empat tahun, sembuh seperti sedia kala. Subhanallah.

5. Kanser

Senyawa allium (genus onion-garlic), yang ada pada bawang putih, dapat meningkatkan kekebalan tubuh, menjaga supaya karsinogen, iaitu kemungkinan penyebab kanser tidak dapag masuk ke sel-sel tubuh. 

Hasil penyelidikan, bawang putih sama seperti bawang merah, daun bawang dan daun timah. Ia dapat menurunkan risiko kanser perut dan usus.

6. Kolestrol

Terdapat lebih daripada 12 kajian menunjukkan, bawang putih dapat menurunkan kadar kolestrol.

7. Batuk

Menggabungkan madu, bawang merah, dan bawang putih maampu menciptakan satu ubat yang efektif untuk hidung tersumbat dalam sistem pernafasan. Menurut pakar herba, gabungan bahan ni baik untuk sistem pencernaan, sendi sendi dan hati.

8. Diabetes

Bawang putih terbukti efektif dalam mengatur kadar gula darah untuk pelbagai jenis diabetes.

9. Tekanan Darah Tinggi, Kolestrol

Memakan bawang putih mentah sebanyak dua kali sehari, membantu bagi menurunkan tekanan darah tinggi dan membaiki peredaran darah.

10. Migrain / Sakit Kepala

Migrain biasanya jarang berlaku dengan pengambilan bawang putih. Ni kerana, bawang putih mencairkan dan membersihkan darah. Berhenti mengambil apa pun makanan yang mengandungi MSG dan aspartame. Langkah ni penting bagi menghentikan ataupun mengurangkan serangan migrain.

11. Kehamilan

Terdapat penemuan terbaru menyatakan, pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan, bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil.


12. Bawang Putih Untuk Tenaga Batin Lelaki 

Khasiat bawang putih khususnya untuk golongan lelaki juga ada. Bawang putih mengandungi enzim yang dipanggil alisin yang melancarkan peredaran darah, jadi ramai mengaitkan bawang putih ini dengan tenaga batin lelaki. 

Bawang Putih Dalam Perubatan Islam

al-Quran yang digunakan dalam tujuan perubatan, ada menyebut tentang tumbuh-tumbuhan dan manfaatnya. 


Cara Makan Bawang Putih Yang Betul 

Menurut perkongsian oleh Dr Suri Roowi , bawang putih memang bagus terutama untuk demam dan batuk. Cara makan yang betul adalah dengan ambil 2 ulas bawang putih, ketuk, biarkan dulu dalam 10 minit kemudian masukkan dalam 1 mug berisi air suam. 

Jangan dipaksa minum 1 mug berisi air rendaman bawang putih tu hingga habis! Minum sikit-sikit untuk sepanjang hari hingga habis. InshaAllah demam dan batuk akan beransur pulih. Nak buat untuk anak-anak pun okay kerana ia sekadar air rendaman bawang putih semata-mata. 

Khasiat Bawang Putih Bakar 

Khasiat Bawang Putih Untuk Wanita Dan Lelaki
sumber Google


Jika tadi tentang air rendaman bawang putih yang mentah, ini pula tentang khasiat bawang putih bakar atau di panggang. Tak sangka, khasiatnya bawang putih bakar ini banyak juga. 

Membakar bawang putih adalah salah satu kaedah dalam penyajian bawang putih dalam makanan. Manfaat bawang putih bakar dikatakan bagus untuk pencernaan. Selain itu bawang putih bakar juga bagus untuk kesihatan jantung.

How To Plant Garlic | Cara Tanam Bawang Putih di Indonesia Malaysia 

Seronok juga kalau dapat menanam bawang putih kat rumah macam ni. Dikatakan cuaca di Malaysia kurang sesua. Tapi, di Indonesia ada je yang tanam dan menjadi. Cuba berkebun tanam bawang putih secara kecil-kecilan. Ada rezeki, betul-betul menjadi untuk dapat hasil. 



Itulah serba sedikit info mengenai bawang putih yang yang mempunyai banyak khasiat. Bukan sahaja bagus untuk kesihatan dalama, bawang putih juga dapat memberi rasa yang sedap terhadap makanan. Bawang putih boleh di ambil dalam pelbagai cara. 

Jika sebelum ini ramai tidak mengetahui bahawa bawang putih banyak digunakan sebagai ubat kerana ia bermanfaat untuk kesihatan kita. Sekarang, semoga kita sama-sama dapat tahu info yang bagus mengenainya. 

Ternyata manfaat bawang putih memang banyak dan benarlah setiap tanaman yang Allah SWT jadikan itu, ada kelebihannya yang tersendiri termasuk bawang putih ini. 



Dapatkan info bermanfaat dengan mudah di telegram:

Sis Hawa Dot Com 

Window Shopping Malaysia 

3 comments for "Senarai Lengkap Khasiat Bawang Putih Untuk Wanita Dan Lelaki"

  1. Ada saya baca, dia letakkan bawang putih dalam periuk nasi bersama nasi yang dah masak. Sedap katanya. Banyak khasiat rupanya bawang putih ni. Thanks share :)

    ReplyDelete
  2. wahhh bagus ni thanks 4 sharing

    ReplyDelete