Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Apam Balik Mudah Sedap Sukatan Cawan

Resepi Apam Balik Mudah Dan Sedap Guna Sukatan Cawan | Resepi apam balik yang terkenal sebagai Malaysian pancake, banyak dijual di pasar malam. Tengok gambar apam balik dah terus rasa lapar. Jenis apam balik ni banyak sebenarnya. 

Ada apam balik biasa gabungan kacang gula dan jagung. Ada juga resepi apam balik nestum, resepi apam balik cheese dan banyak lagi. 

Resipi Apam Balik homemade yang sangat sedap, mudah dan pastinya membuka selera. Sekali rasa pasti puas hati. Memang wajib cuba. Tapi nak buat apam balik, jika tak kena cara memang tak jadi. Jangan-jangan nak buat apam balik jadi lempeng nanti. 

Kenapa di beri nama apam balik atau apong balik tak pasti pula. Mungkin kerana masakan ni perlu diterbalikan. Sebab itu disebut sebagai apam balik. 

Makan apam balik panas-panas yang lembut gebu dan rangup bahagian tepinya, memang sedap!

Kalau berjaya buat apam balik memang seronok sangat sebab favorite apam balik ni. InshaAllah dengan resepi apam balik yang senang dan confirm jadi, rasanya tak jadi masalah. 

Resepi Apam Balik Mudah Sedap Sukatan Cawan
- gambar apam balik yang sedap -


Di sini akan dikongsikan beberapa resepi apam balik homemade. Bahan untuk adunan resepi ini, boleh dapat sebanyak 4 keping apam balik. Resepi apam balik ini dikongsikan oleh puan Raihan Mahat melalui group FB MAHN. 

Resipi Apam Balik homemade ini sangat mudah, sedap dan merupakan resipi turun temurun. Paling best hanya masak guna kuali non-stick.

Resepi Apam Balik Mudah Sedap Sukatan Cawan 

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega

Bahan tabur:

Kacang tanah ( boleh beli yang dah siap kat pasaraya)
Jagung manis dalam tin ( tak kisah jenama apa pun, nak beli jagung Eco setin RM2.10 pun tak apa)
Gula

Cara-cara :

1. Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
2. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
3. Sapu marjerin (planta) di permukaan non stick pan. Sapu sekadar ada je, sekadar untuk tak nak bagi melekat. Tuangkan dalam 2 senduk adunan dan ratakan. Kalau nipis boleh tambah lagi adunan tepung. Kalau tebal kurangkan sikit. Ikut selera kita nak tahap tebalnya bagaimana.

Resepi Apam Balik Mudah Sedap Sukatan Cawan

4. Sementara masak, taburkan kacang, jagung, gula dan sedikit marjerin. 

5. Sudah masak, lipat dua apam balik, angkat, terbalikkan dan sapu permukaannya dengan marjerin
6. Ketika ingin di potong apam balik, lalukan pisau pada air supaya mudah untuk dipotong. Memang sedap Apam Balik ni. Makan panas-panas memang syok. 

Resepi Apam Balik Mudah Sedap Sukatan Cawan

Jenis Apam Balik 

Resepi apam balik mudah sukatan cawan ini boleh diolah bahan taburnya. Jika terasa nak makan apam balik nestum, gunalah nestum. Jika terasa nak makan apam balik cheese, letaklah cheese. Nak letak pulut hitam juga boleh. Jika olah jadi resepi apam balik coklat dan resepi apam balik kacang merah pun okay!

Daku cukup suka beli apam balik, yelah nak buat sendiri tak reti. Daku cukup suka apam balik yang diletak banyak jagung manis berkrim tu. Tapi bila beli, tak dinafikan kena bayar lebih jika nak apam balik dengan jagung yang banyak. Lainlah kalau buat sendiri. Sebab itu, godek cari resepi apam balik mudah homemade. 

Penggemar apam balik, boleh cuba buat apam balik sendiri di rumah. Jika takut tak jadi, boleh cari resepi apam balik tepung naik sendiri. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

7 comments for "Resepi Apam Balik Mudah Sedap Sukatan Cawan "

  1. Assalam. Terima kasih share resepi apam balik. Nampak sedap sangat tu.

    ReplyDelete
  2. tahun lepas sempat la buat masa bulan puasa, yelah masa tu mana da bazar ramadhan... tengok resepi akak ni mudah je nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  3. sedapnya. kena try buat ni.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya apam balik. Memang suka makan apam ni dari zaman kecik2 dulu.

    ReplyDelete
  5. You are doing a great job and keep this good work. I'm inspired and will try to follow the footsteps.
    Kepala Bergetar will present your all favoutie malu dramas.Visit us for all latest Malaysian dramas.

    tonton tv3
    layan drama
    layanon9
    8drama

    ReplyDelete