11 Tips & Resipi Brownies Kedut Simple Sukatan Cawan Confirm Jadi
Brownies kedut sering dijual kerana rasanya yang lazat, dan permintaan yang tinggi. Daku salah seorang peminat brownies kedut. Cuma kadangkala bila beli terlajak manis. Aduh. Sebab itu teringin betul nak buat brownies sendiri.
Resepi brownies kedut confirm jadi dah lama cari. Nak sangat buat resepi brownies kedut sukatan cawan yang mudah dan simple. Jika ada tips brownies kedut lagi best! Almaklumlah, nak buat yang susah-susah takut tak menjadi. Bukan mahir sangat dalam dunia baking bakar ni.
Cari punya cari, alhamdulillah berjaya jumpa beberapa resepi brownies kedut sukatan cawan yang simple, mudah dan sedap. Antaranya resepi brownies kedut sukatan cawan azie kitchen dan resepi brownies kedut azlina ina. Melihat pada resepi brownies kedut guna serbuk koko yang mengiurkan, terus rasa tak sabar nak cuba.
Jika kalian seorang yang tidak mahir untuk buat brownies, bolehlah cuba resepi brownies kedut sukatan cawan yang akan dikongsikan di sini. Sesiapa yang malas guna penimbang, boleh cuba guna sukatan cawan ini.
1. Resepi Brownies Kedut 8x8
Bahan A :
1/2 cawan butter
1 cawan dark chocolate Beryl's
Cara :
1. Cairkan chocolate dengan kaedah double boiler.
2. Bila chocolate dah cair, masukkan butter dan kacau hingga cair. Biarkan suam.
Bahan B :
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula castor
2 biji telur Gred A
Cara :
Pukul semua bahan hingga sebati. Dalam 3 minit. Kacau bagi sebati saja
* tidak perlu hingga kembang
* guna whisk atau senduk, tak perlu guna mixer
Bahan C :
1 cawan tepung naik sendiri*
2 sudu besar serbuk koko *
Secubit garam *
Ayak semua bahan
Cara untuk satukan semua bahan :
1. Masukkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B. Kacau sebati guna whisk. Nanti akan jadi likat.
2. Kemudian masukkan bahan yang diayak tadi. Kacau sebati guna senduk. (Penting : Cuma kaup balik bagi sekata je, jangan terlebih kacau)
3. Sapukan butter pada loyang 8"x8". Alas dengan baking paper/parchment paper dan sapukan juga butter pada baking paper. Panaskan oven 160c.
4. Bakar lebih kurang 40 minit pada suhu 160c. Bila dah siap bakar, jangan terus keluarkan. Buka sedikit pintu oven. Masa ni baru kedut akan terbentuk.
Kredit: Nora Syikin
2. Resepi Brownies Kedut Sukatan Cawan Azie Kitchen
Cara cara:
3. Resepi Brownies Kedut Azlina Ina
Resepi ini dari Azlina Ina. Bukan dalam sukatan cawan tapi, resepi ini ramai dah cuba. Memang confirm jadi, InshaAllah.
- Coklat dark beryls 400g
- Butter 150g
- Telur 3 bji
- Brown sugar 100g
- Esen Vanila
- Tepung naik sendri 110g
- Serbuk coklat 30g (optional) - tak nak letak tak apa
4. Resepi Brownies Kedut Guna Serbuk Koko
Bahan-bahan
6 sb serbuk koko1/4 cawan mentega cair
1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang
1/2 sk vanilla
1/4 sk garam
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan kekacang - optional
Cara-cara
Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.
11 Tips Brownies Kedut Yang Berguna, Barulah Resepi Brownies Kedut Confirm Jadi
1. TELUR max 3 biji size A atau B untuk satu adunan 400gm chocolate , 100gm tepung. Dah pernah gunakan telur gred C dan D sebanyak 4 biji, akibatnya hasil brownies kurang memuaskan. Kedut yang terbentuk itu menjadi tak sekata dan tekstur agak cakey.
2. Telur yang digunakan itu, hanya whisk manja-manja sehingga telur kuning itu pecah. Tak perlu whisk sampai berbuih.
3. Ada yang cakap coklat jangan simpan dalam peti ais, tapi ada yang cuba dengan coklat simpan dalam peti ais, alhamdulillah tetap menjadi.
4. Masa cairkan adunan chocolate, pastikan chocolate dan mentega/marjerin itu memang telah cair sepenuhnya. Jangan guna yang masih sejuk / beku. Wajib kena tunggu hingga ke duanya cair pada suhu bilik sebelum mula proses membuat brownies. Jika malas tunggu, akibatnya brownies berkedut tidak sekata dan nampak kurang cantik hasilnya.
5. SUHU sangat penting. Suhu tidak boleh terlalu tinggi kerana brownies tidak boleh dimasak dengan cara yang mengejut. Brownies ini perlu di masak perlahan-lahan. Untuk size loyang 6" , boleh gunakan suhu 130°c dan masak selama 45 minit.
6. Lepas masak, waktu panas-panas tu, walau terus dikeluarkan dari oven. Alhamdulillah brownies tetap berjaya berkedut dengan cantik.
7. Jangan terus keluarkan dari loyang. Jika buat juga, menangislah kerana kedutan itu akan hancur dan brownies menjadi pecah. Brownies selepas masak memang kelihatan sedikit lembik seperti tidak cukup masak, tapi bila sudah sejuk, ia akan mengeras. Ingat ya, dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan potong.
8. Seeloknya, gunakan chocolate yang premium. Macam jenama Beryl's , Van Huten dan lain-lain. Elakkan guna chocolate murah kerana hasilnya tidak sedap.
9. Jika guna marjerin, kurangkan jumlah marjerin dalam 30-50gm dari jumlah butter kerana marjerin ini lebih oily (berminyak) dari butter. Contohnya jika resepi guna 150gm butter, jadi jika mahu guna marjerin memadai guna 120gm atau 100gm.
10. Masa bakar jangan buka oven selagi tak cukup masa.
11. Antara perkara yang paling perasan bila buat brownies kedut ini, jika adunan itu pekat, InshaaAllah brownies tersebut akan menjadi dengan kedut yang cantik. Manakala jika adunan agak cair maka kuranglah juga hasil kedutnya.
Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.
1 Comments
Lama tak makan brownies. Bolehlah cuba resipi ni nanti :)
ReplyDelete