Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

11 Tips & Resipi Brownies Kedut Simple Sukatan Cawan Confirm Jadi

11 Tips & Resipi Brownies Kedut Simple Sukatan Cawan Confirm Jadi | Brownies kedut sering dijual kerana rasanya yang lazat, dan permintaan yang tinggi. Aku salah seorang peminat brownies kedut. Cuma kadangkala bila beli terlajak manis. Aduh.  Sebab itu teringin betul nak buat brownies sendiri. 

Tertanya-tanya juga bagaimana cara pembuatan brownies kedut ini. Pada yang belum tahu, brownies adalah kek bantat. Di Malaysia ni, brownies kedut salah satu kek bantat yang sangat di sukai ramai.

resepi-brownies-kedut-sukatan-cawan


Resepi brownies kedut confirm jadi dah lama cari. Nak sangat buat resepi brownies kedut sukatan cawan yang mudah dan simple. Jika ada tips brownies kedut lagi best! Almaklumlah, nak buat yang susah-susah takut tak menjadi. Bukan mahir sangat dalam dunia baking bakar ni. 

Cari punya cari, alhamdulillah berjaya jumpa beberapa resepi brownies kedut sukatan cawan yang simple, mudah dan sedap. 

Antaranya resepi brownies kedut sukatan cawan Azie Kitchen dan resepi brownies kedut Azlina Ina. Melihat pada resepi brownies kedut guna serbuk koko yang mengiurkan, terus rasa tak sabar nak cuba. 


11 Tips Brownies Kedut Yang Berguna, Barulah Resepi Brownies Kedut Confirm Jadi 

Sudah berkali-kali buat brownies, tetapi hasil kedutan tidak menjadi cantik. Selain resepi brownies kedut yang mudah dan sangat-sangat sedap, di sini ada 11 tips bagaimana untuk buat brownies dengan jayanya. Ini adalah tips and tricks supaya brownies menjadi kedut dengan cantik, barulah puashati!

1. TELUR max 3 biji size A atau B untuk satu adunan 400gm chocolate , 100gm tepung. Dah pernah gunakan telur gred C dan D sebanyak 4 biji, akibatnya hasil brownies kurang memuaskan. Kedut yang terbentuk itu menjadi tak sekata dan tekstur agak cakey.

2. Telur yang digunakan itu, hanya whisk manja-manja sehingga telur kuning itu pecah. Tak perlu whisk sampai berbuih.

3. Ada yang cakap coklat jangan simpan dalam peti ais, tapi ada yang cuba dengan coklat simpan dalam peti ais, alhamdulillah tetap menjadi. 

4. Masa cairkan adunan chocolate, pastikan chocolate dan mentega/marjerin itu memang telah cair sepenuhnya. Jangan guna yang masih sejuk / beku. Wajib kena tunggu hingga ke duanya cair pada suhu bilik sebelum mula proses membuat brownies. Jika malas tunggu, akibatnya brownies berkedut tidak sekata dan nampak kurang cantik hasilnya.

5. SUHU sangat penting. Suhu tidak boleh terlalu tinggi kerana brownies tidak boleh dimasak dengan cara yang mengejut. Brownies ini perlu di masak perlahan-lahan. Untuk size loyang 6" , boleh gunakan suhu 130°c dan masak selama 45 minit. 

Sebelum masukkan loyang brownies, pastikan oven dipanaskan dulu sekitar 10 minit. Setiap orang perlu belajar dan biasakan diri untuk kenal oven sendiri. Lain oven lain perangainya. Lagipun kita guna tidak sama brand dan tidak sama L. 

6. Lepas masak, waktu panas-panas tu, walau terus dikeluarkan dari oven. Alhamdulillah brownies tetap berjaya berkedut dengan cantik. 

7. Jangan terus keluarkan dari loyang. Jika buat juga, menangislah kerana kedutan itu akan hancur dan brownies menjadi pecah. Brownies selepas masak memang kelihatan sedikit lembik seperti tidak cukup masak, tapi bila sudah sejuk, ia akan mengeras. Ingat ya, dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan potong.

8. Seeloknya, gunakan chocolate yang premium. Macam jenama Beryl's , Van Huten dan lain-lain. Elakkan guna chocolate murah kerana hasilnya tidak sedap. 

9. Jika guna marjerin, kurangkan jumlah marjerin dalam 30-50gm dari jumlah butter kerana marjerin ini lebih oily (berminyak) dari butter. Contohnya jika resepi guna 150gm butter, jadi jika mahu guna marjerin memadai guna 120gm atau 100gm.

10. Masa bakar jangan buka oven selagi tak cukup masa. 

11. Antara perkara yang paling perasan bila buat brownies kedut ini, jika adunan itu pekat, InshaaAllah brownies tersebut akan menjadi dengan kedut yang cantik. Manakala jika adunan agak cair maka kuranglah juga hasil kedutnya.

Kredits : Miss Nuhaz 

Koleksi Resepi Brownies Kedut Sukatan Cawan

Jika kalian seorang yang tidak mahir untuk buat brownies, bolehlah cuba resepi brownies kedut sukatan cawan yang akan dikongsikan di sini. Sesiapa yang malas guna penimbang, boleh cuba guna sukatan cawan. 

1. Resepi Brownies Kedut 8x8

resepi-brownies-kedut-sukatan-cawan


Bahan A :
1/2 cawan butter
1 cawan dark chocolate Beryl's

Cara :
1. Cairkan chocolate dengan kaedah double boiler.
2. Bila chocolate dah cair, masukkan butter dan kacau hingga cair. Biarkan suam.

Bahan B :

1 cawan gula perang
1/2 cawan gula castor
2 biji telur Gred A

Cara :
Pukul semua bahan hingga sebati. Dalam 3 minit. Kacau bagi sebati saja
* tidak perlu hingga kembang
* guna whisk atau senduk, tak perlu guna mixer

Bahan C :
1 cawan tepung naik sendiri*
2 sudu besar serbuk koko *
Secubit garam *
Ayak semua bahan

Cara untuk satukan semua bahan :

1. Masukkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B. Kacau sebati guna whisk. Nanti akan jadi likat.

2. Kemudian masukkan bahan yang diayak tadi. Kacau sebati guna senduk. (Penting : Cuma kaup balik bagi sekata je, jangan terlebih kacau)

3. Sapukan butter pada loyang 8"x8". Alas dengan baking paper/parchment paper dan sapukan juga butter pada baking paper. Panaskan oven 160c.

4. Bakar lebih kurang 40 minit pada suhu 160c. Bila dah siap bakar, jangan terus keluarkan. Buka sedikit pintu oven. Masa ni baru kedut akan terbentuk.

Kredit: Nora Syikin

2. Resepi Brownies Kedut Sukatan Cawan Azie Kitchen

resepi-brownies-kedut-sukatan-cawan

Bahan bahan:

½ cawan unsalted butter - suhu bilik
10 oz/283 gm semisweet chocolate - cairkan
1 cawan gula kaster
¼ sudu kecil garam
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
½  sudu besar serbuk koko
½  sudu kecil serbuk espresso segera
1 cawan snickers - cincang - tak letak pun


Cara cara:

Panaskan oven pada suhu 175C. Letakkan baking paper dalam loyang berukuran 8x8". Lebihkan keluar sedikit dari loyang.

Menggunakan mixer, putar mentega dan gula sebelum dimasukkan telur dan diputar sehingga bergaul rata. 

Satukan tepung gandum, serbuk koko, serbuk espresso dan diayak. Masukkan coklat yang dicair. Kacau rata. Kemudian masukkan bahan tepung yang diayak dan digaul hingga sebati. Kemudian masukkan snickers dan gaul rata.

Masukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar selama 35-40 minit.


3. Resepi Brownies Kedut Azlina Ina

Resepi ini dari Azlina Ina. Jom cuba buat brownies kedut dengan menggunakan resipi perkongsian oleh 'mak' Azlina Ina yang sudah dikenali ramai ini. 

Bukan dalam sukatan cawan tapi, resepi ini ramai dah cuba. Memang confirm jadi, InshaAllah. 

Bahan A
  • Coklat dark beryls 400g
  • Butter 150g

Bahan B
  • Telur 3 bji
  • Brown sugar 100g
  • Esen Vanila

Bahan C
  • Tepung naik sendri 110g
  • Serbuk coklat 30g (optional) - tak nak letak tak apa

Cara-caranya :

1. Panaskan bahan A.

2. Masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk dan whisk manja-manja.

3. Masukkan bahan A ke dalam mangkuk yang berisi bahan B

4. Masukkan bahan C. Kacau sekejap bagi rata kesemuanya.

5. Masuk dalam loyang 9 inci (letak baking paper). Bakar pada suhu 150 selama 40 - 50 minit. Siap

4. Resepi Brownies Kedut Guna Serbuk Koko

resepi-brownies-kedut-sukatan-cawan

Bahan-bahan

6 sb serbuk koko
1/4 cawan mentega cair
1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang
1/2 sk vanilla
1/4 sk garam
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan kekacang - optional

Cara-cara

Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empat segi berukuran 18cm - sapu loyang dengan butter

Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.

Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.

Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.



5. Resepi Brownies Kedut Che Nom

Ini pula resepi brownies kedut dari Che Nom. Resepi Brownies Kedut yang ini diadaptasi dari seorang baker handal daripada Norway iaitu Manuela Kjeilen, tetapi Che Nom ubah sedikit mengikut citarasa rakyat Malaysia.

Bahan-Bahan:

  • 300g ketulan dark chocolate (coklat masakan)
  • 150g unsalted butter, potong kiub
  • 4 biji telur
  • 250g gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 80g tepung naik sendiri (self-raising flour)
  • 20g serbuk koko
  • 2 sudu besar air bancuhan kopi
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 160°C. Griskan dulang berukuran 9x9 inci dengan butter dan lapik dengan kertas parchment atau kertas baking.
  2. Ayak tepung, serbuk koko dan garam. Ketepikan.
  3. Panaskan air sehingga mendidih dan cairkan ketulan coklat bersama unsalted butter menggunakan kaedah 'double boiler' atau 'bain marie'. Pastikan mangkuk yang digunakan adalah tahan panas dan bahagian bawah mangkuk tidak kena air mendidih.
  4. Apabila cair sepenuhnya, kacau sebati kemudian angkat dan ketepikan.
  5. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur bersama gula dan esen vanilla sehingga sebati (anggaran 30 saat).
  6. Masukkan bancuhan coklat dan butter tadi, air bancuhan kopi dan kacau lagi sehingga licin dan sebati (anggaran 30 saat).
  7. Masukkan pula bahan ayak dan kacau sekata. Jangan kacau terlalu lama. Memadai jika adunan basah dan adunan kering sebati.
  8. Bakar di dalam oven selama 45-50 minit.

Kredit : https://resepichenom.com/ 

 6. Resepi Brownies Kedut Chewy Moist

Bahan-bahan

  • 300g choc coin
  • 110g butter
  • 100g gula perang
  • 2bj telur
  • 1sb esen
  • 80g tepung naik sendiri
  • 2sb serbuk koko

Cara-cara

  1. Bahan A: Double boil choc coin dgn butter sehingga cair
  2. Bahan B: Dlm mangkuk lain, masukkan telur dan kacau rata. Masukkan gula, kacau2 manja.(xperlu pukul gula sampai hancur)
  3. Satukan bahan A dan B.
  4. Kacau kaup balik manja bagi rata
  5. Last, masukkan tepung srf dan serbuk koko.
  6. kacau manja2, kaup balik sahaja.
  7. Masukkan dalam loyang 8inci
  8. bakar 130-160•c ikut oven masing-masing

Kesimpulan 


Brownies antara manisan mudah untuk di buat kerana brownies ini hanya guna bahan yang senang. Rasanya juga sangat sedap. Lagi best kalau brownies tu sedikit moist basah dan tak terlalu kering. Namun ada kalanya resipi yang dicuba tidak menjadi. Lagi-lagi resepi brownies kedut tanpa telur. 

Tapi dengan adanya tips buat brownies kedut supaya jadi dan ada pula himpunan resepi brownies kedut tadi, InshaAllah boleh cuba bila ada masa lapang nanti. Masak dengan rasa air tangan sendiri sudah tentulah lain daripada yang di beli kan?

Itulah dia beberapa resipi brownies kedut sukatan cawan yang simple, mudah dan sedap. Tak lupa, 11 tips bagaimana untuk buat resipi brownies confirm jadi. 

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan terima kasih pada semua empunya asal resipi. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia


1 comment for "11 Tips & Resipi Brownies Kedut Simple Sukatan Cawan Confirm Jadi "

  1. Lama tak makan brownies. Bolehlah cuba resipi ni nanti :)

    ReplyDelete