Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Aneka Resipi Mee Rebus Daging Yang Sedap

Aneka Resipi Mee Rebus Daging Yang Sedap | Mee rebus merupakan salah satu menu makanan Malaysia yang sedap. Ada pelbagai versi mee rebus ini. Antaranya mee rebus utara, mee rebus Kelantan, mee rebus Johor dan banyak lagi. Walaupun sedikit berbeza tetapi cara asas penyediaannya lebih kurang sama saja. 

Resepi Mee Rebus yang pasti sedap, rahsia kepekatan dan kemanisan kuah mee itu sendiri. Kuah yang pekat, enak berperisa serta rasa manis-manis daging, memang sedap sangat! Resipi ini menggunakan ubi keledek sebab itu rasanya sangat istimewa. 

Resipi Mee Rebus Daging

Tak dinafikan, resipi mee rebus daging memang sedap dan mee rebus ini, nak tahu sedap atau tidak, terletak pada kuahnya. Sedap kuah, maka sedaplah rasa keseluruhan mee rebus tersebut. 

Di sini ada beberapa resepi mee rebus daging. Ada resepi mee rebus gearbox, resepi mee rebus jawa, resepi mee rebus simple dan lain-lain lagi. Resepi ni kita kena pandai adjust rasa tekak sendiri ya. 

Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi mee rebus yang boleh kita cuba bersama-sama.

Resipi Mee Rebus Daging


1. Resipi Mee Rebus Daging

Photos from Siti Mariam

Bahan-bahan untuk kuah:
  • Minyak masak
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daging lembu
  • Air
  • Udang kering 1 senduk
  • Kiub pati ayam
  • Cili kering - dikisar
  • Ubi keledek oren
  • Ubi kentang
  • Garam
  • Gula melaka 1 ketul

Cara memasaknya:

Rebus ubi kentang dan ubi keledek oren sehingga empuk. Buang kulit dan kisar. Ni untuk pekatkan kuah. Saya rebus sampai lembik dan just lenyekkan saja.

Tumis bawang merah dan bawang putih, halia dalam periuk hingga kekuningan. Masukkan cili kering yang telah dikisar. Setelah itu masukkan daging brsama air dan masukkan juga udang kering ke dalam periuk tersebut. 

Masukkan juga ubi yang dikisar tadi, kiub pati ayam, garam dan juga gula melaka. Semua ikut sukatan dan selera sendiri saja.

Rebus hingga daging empuk dan bolehlah dihidangkan bersama mee. 


Resipi Mee Rebus Daging

2. Resepi Mee Rebus Daging Gearbox 

Resepi oleh : Blog Masam Manis 

  • 1 kg mee kuning - di celur dan di toskan
  • 2 cawan taugeh - di celur dan di toskan
  • 4 biji keledek - direbus dan di kisar halus 
  • 4 biji telur - direbus dan di belah 2
  • 4 keping tauhu - di goreng dan di hiris nipis
  • lada merah da lada hijau - hiris
  • bawang goreng
  • limau kasturi - di belah 2
  • daun sup dan daun bawang - di hiris

Bahan Kuah
  • Tulang gear box secukupnya - di rebus terlebih dahulu hingga empuk
  • 4 biji keledek - yang telah di rebus dan dikisar tadi
  • 15 btng cili kering - dikisar
  • 10 biji bawang merah - dikisar 
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 3 batang serai - dikisar
  • 1 inci lengkuas - dikisar
  • 3 sb udang kering - dikisar
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1 cwn air atau secukupnya untuk blend bahan-bahan.
  • 1 kiub ikan bilis 
  • 1 kiub daging 
  • 2 cawan santan pekat 
  • 2 kpng asam keping 
  • 1 buku gula melaka 
  • garam dan gula secukup rasa 
  • minyak untuk menumis.

Penyediaan Awal

Tulang gear box di rebus dahulu hingga empuk

Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek semasa panas hingga halus. Ketepikan.
Sementara itu rebus telur. Dah siap, kupas kulit telur dan biarkan ke tepi.


Penyediaan Kuah

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan gear box rebus bersama air rebusan 

Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata.

Tambah sedikit air jika perlu.

Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih.
Masukkan santan dan asam keping, masak hingga pekat.

Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.


Hidangan :

Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu dan telur rebus, cedok kuah bersama isinya dan tuang atas mee.

Hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi.


Resipi Mee Rebus Daging

3. RESEPI MEE REBUS JAWA

Resepi Oleh : Azie Kitchen

Bahan-Bahan:
  • 1 kg mee kuning (dicelur)
  • 1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
  • 300 gm tauge (buangkan akarnya dqn dicelur)
  • 2 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 5 biji cili merah (dihiris)
  • 3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
  • 3 biji telur rebus (dibelah)
  • 3 biji limau nipis (dibelah)
  • Sedikit bawang goreng
  • Bahan Kuah:
  • 1/2 kg keledek (direbus & dikisar)

Mesin halus:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 batang serai
  • Sedikit halia
  • sedikit lengkuas
  • 100 gm udang kering
  • sedikit cili padi, jika suka pedas
  • 2 sb cili kisar
  • 3 sb serbuk kari daging
  • air rebusan daging
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit gula

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari dan cili kisar hingga garing. Masukkan air dan kacau

2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.

3. Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Biarkan hingga kuah mendidih.

4. Angkat dan hidangkan dengan bahan yang dihiris.


Resipi Mee Rebus Daging

4. Resipi Mee Rebus Simple 

Resipi untuk 1kg Mee Kuning

Bahan kisar A:
  • Segenggam Cili Kering (rendam lembut)
  • 2 Biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • Sedikit udang kering
  • (Kisar halus semua diatas)
  • Ubi keledek 1kg (rebus dan kisar halus)
  • Daging hiris nipis
  • Udang buang kulit
  • Kulit udang (rebus dan kisar halus dan tapis)

Cara penyediaan:

Tumis semua bahan kisar A. Bila dah naik minyak, masuk daging and tumis sampai agak lembut. Masukkan air udang dan ubi kisar tadi.

Masukkan 3 sudu sos tomato, 3 sudu sos cili, asam keping sekeping, dan sesudu serbuk kari daging (penting untuk mematikan bau ubi)

Garam, gula, aji secukup rasa. Kena balance masam, manis, masin ok! Akhir skali masuk udang. Agak sudah menggelegak boleh tutup api. Udang jangan masak lama, nanti keras tak sedap pula

Selain mee rebus daging, boleh juga gantikan daging dengan udang. Mee rebus udang tak kurang sedapnya dengan rasa manis-manis. Di sini ada resipi mee rebus udang yang sedap untuk di cuba. 

Resipi Mee Rebus Udang


Resepi Mee Udang

Bahan-Bahan:
  • mee kuning secukupnya ~ dicelur
  • telur ~ direbus
  • tauhu ~ digoreng
  • sawi ~ dicelur
  • bawang goreng secukupnya
  • Bahan Kuah –
  • sos cili secukupnya
  • udang secukupnya
  • 1 kiub pati ayam / lembu
  • 1 kiub tom yam
  • 1 genggam ikan bilis ~ digoreng & dikisar halus
  • 1 biji kentang ~ direbus dan dikisar/lecek
  • garam dan gula secukupnya

Bahan Kisar 

  • 1 batang serai
  • 2 biji bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 genggam udang kering ~ rendam dulu
  • lada kering yg direbus secukupnya ~ kalau nk pedas, letak banyak
  • sedikit halia
  • sedikit belacan

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga garing dan wangi.

2. Masukkan sos cili, gula, garam, ikan bilis digoreng, kiub ayam dan tom yam. Kacau sebati.

3. Masukkan kentang yang dikisar dengan air secukupnya. Jika kuah terlalu pekat, tambah lagi air ikut cita rasa.

4. Masukkan meat ball dan renihkan kuah hingga mendidih.

5. Bila dah mendidih, masukkan udang. Bila rasa semua dah masak, tutup api. Siap dihidang.

Resipi Mee Rebus Simple Paling Mudah

Ramai orang cakap, buat mee rebus ni susah! Sebenarnya nak buat mee rebus tak susah mana. Asas resepi menu mee rebus ini mudah saja, cuma kadang tu ia kelihatan rumit dengan tambahan bahan yang digunakan.

Bagi yang baru nak cuba buat mee rebus buat pertama kali, bolehlah cuba resepi asas mee rebus ini sebagai percubaan awal. 

Resipi Mee Rebus Ringkas, Belajar Cara Asas 

Bahan-bahan
  • 1/2 kilo biji keledek (direbus, dikisar)
  • 1 genggam kacang tanah (digoreng, tumbuk)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 helai daun salam
  • Sesudu tepung jagung ( bancuh air)
  • garam, gula dan serbuk perasa
  • minyak untuk menumis

Bahan Kisar;
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 2 tangkai cili besar
  • 5 tangkai cili api
  • 1 genggam udang kering

Bahan Lain:
  • Telur (rebus)
  • Tauge (celur)
  • Mee (celur)

Cara - cara:

1. Cuci bersih ubi keledek dan basuh sehingga bersih. Rebus bersama kulit sehingga empuk dan masak sepenuhnya. Ubi keledek yang di rebus bersama kulit rasanya lebih manis dan mudah untuk dikopek kulitnya nanti.

Resipi Mee Rebus Simple Paling Mudah

3. Setelah ubi keledek masak elok, kopek kulitnya dan blender hingga hancur.

Resipi Mee Rebus Simple Paling Mudah

3. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan air. Kemudian masukkan ubi keledek dan kacang tanah yang sudah di kisar. Diikuti oleh daun salam dan serai.

4. Akhir sekali masukkan bahan perasa dan air tepung jagung bagi memekatkan kuah.

5. Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan telur, tauge dan bawang goreng.

Selamat mencuba

Kredits : Ct Mazni


Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:

Sis Hawa Dot Com 

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 


Semoga bermanfaat. 

3 comments for "Aneka Resipi Mee Rebus Daging Yang Sedap "