Idea Menu Sahur Simple Boleh Kenyang Lama Untuk Anak Di Bulan Puasa | Menu sahur yang kenyang lama memang dicari-cari. Paling bagus jika ada menu sahur simple boleh kenyang lama untuk anak. Mendidik anak berpuasa sejak kecil merupakan satu perkara yang bagus. Aku sendiri mula ajak anak berpuasa sejak mereka berusia sekitar 5 atau 6 tahun. Tahun ini anakku yang nombor lima (Muqri namanya) akan mula berpuasa.
Untuk didik anak berpuasa, ibu bapa kena mainkan peranan. Ibu ayah kena tahu apakah menu sahur simple untuk anak yang boleh menarik selera mereka. Dalam masa yang sama, menu sahur simple untuk anak ini mestilah sedap dan boleh kenyang lama.
Makanan kenyang lebih lama ini, sangat membantu anak-anak untuk berlatih puasa. Tak boleh paksa mereka puasa sepanjang hari, namun setidaknya makanan kenyang lebih lama ini dapat bantu mereka berlatih puasa selama beberapa jam tanpa makan dan minum selepas sahur.
Manfaat buat epal menjadikan tubuh kita segar selama menjalani ibada puasa! Jadi memasukkan buah epal dalam menu sahur kita adalah satu kemestian. Selain epal, ada bermacam lagi jenis makanan sahur yang mengenyangkan, antaranya :
1. Oatmeal
2. Sup Sayur
3. Telur
4. Aprikot
5. Kacang dan biji-bijian
6 Kurma
7. Susu Kambing
8. Beras Merah
9. Daging
10. Ayam
11. Ikan
12. Yogurt
13. Dark chocolate
Dan daku sendiri dah mencari beberapa menu sahur simple boleh kenyang lama untuk anak. Alhamdulillah, terjumpa banyak resipi yang dikongsikan oleh Abang Brian melalui facebook. Di sini, daku kongsikan semua menu tersebut untuk kegunaan kita bersama.
20 Resipi Sahur Simple Boleh Kenyang Lama Untuk Anak Di Bulan Puasa
1. AYAM BAKAR MADU
Bahan-bahan :
* 1 sudu besar madu
* 1 sudu besar kicap cair
* 1 sudu kecil serbuk cili
* 1 sudu kecil bawang putih cincang
* 1 sudu kecil cuka
* 1 sudu besar minyak sayuran
* Garam dan lada putih secukup rasa
* 2 peha ayam
Cara:
1. gaulkan kesemua bahan dan biarkan memerap sekurang-kurangnya 30 min
2. Masukkan dalam airfryer dan masak pada suhu 180c utk 20-25 min.
Tips :
- Kalau tak ada airfryer boleh gunakan ketuhar, tambahkan masa masak shj
- Kalau tak ada cuka, boleh gantikan ngan sedikit perahan jus lemon/limau
2. WRAP TELUR HANCUR KISMIS
1 sudu kecil mentega
1/2 bawang besar, dihiris
1/2 cili merah, dihiris
1/3 cawan sayur campuran
1 sudu besar kismis
1 telur gred A
2 sudu besar krim/ susu
Garam dan lada hitam secukup rasa
1. Cairkan mentega dalam kuali leper. Tumiskan bawang merah dan cili sehingga lembut dan bau naik.
2. Masukkan sayuran campuran, kismis dan telur yang telah dipukul bersama krim.
3. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.
4. Hidangkan atas wrap pilihan anda!
Tips :
- Nak lagi sodap, boleh sapukan mentega atas wrap dan dipanaskan dahulu
3. Puding Roti Madu
3/4 cawan susu
1/4 cawan krim
2 telur
3 sudu besar madu
Secubit serbuk kulit kayu manis
Secubit garam
4 keping roti, dipotong dadu besar
1/3 cawan kismis
Cara :
1. gaulkan kesemua bahan kecuali roti dan kismis sehingga sebati.
2. Masukkan roti dan kismis dan biar rendam seketika.
3. Tuangkan masuk dalam ramekin dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C utk 30 min
4. MAC AND CHEESE KURMA
1 cawan makroni, direbus ikut arahan paket
7g (1/2 sudu besar) mentega
2 sudu kecil bawang putih, dicincang
1 sudu kecil herba italian campur
7g (1/2 sudu besar) tepung gandum
1/2 cawan susu
1/4 cawan keju cheddar parut
1/4 cawan mozarella parut
3 kurma, dihiris kasar
Garam dan lada hitam secukup rasa
Cara :
1. dalam periuk, cairkan (atas api sederhana) mentega bersama bawang putih dan herba italian.
2. Masukkan tepung dan gaul dengan cepat dan tuangkan masuk susu. Masak sambil mengacau sehingga memekat dan tiada ketulan tepung.
3. Gaulkan masuk keju (simpan sikit mozarella untuk taburkan atas hidangan siap) dan kurma. Perasakan dgn garam dan lada hitam secukupnya.
4. Gaulkan dengan makroni masak dan muatkan dlm ramekin, taburkan dengan sedikit lagi baki keju mozarella dan bakarkan utk 5-8 mins (atau sehingga keju cair dan keperangan) dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C.
Tips :
- Pembakaran dlm ketuhar adalah optional, takyah pun ok, boleh makan terus
- Semasa membuat kuah makroni, gunakan pemukul telur utk elakkan gumpalan tepung
- Pastikan susu adalah pada suhu bilik
- Kalo boleh je gunakan keju yg ada tapi pastikan rasa campuran sebelum tambah garam
5. OVERNIGHT OATS KURMA
1/2 cawan rolled oats
1/2 cawan susu
2 sudu besar yogurt
Secubit garam
3 kurma, diambil isi dan dihiris nipis
1/2 sudu kecil esen vanilla
Sedikit madu (ikut citarasa)
1. masukkan kesemua bahan dalam bekas dan biarkan menyejuk semalaman dalam peti sejuk.
Tips :
- pastikan cawan atau bekas yang digunakan ditutup sebelum dimasukkan dalam peti sejuk (faktor hygiene)
- Selain drp kurma, boleh jugak campurkan dengan buah kering lain seperti buah tin atau kismis
6. LEMPENG KURMA GEBU
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
1 telur
3/4 cawan susu
2 sudu besar mentega cair, suhu bilik
5 kurma, diambil isi sahaja dan dihiris kasar
Cara :
1. Pukulkan kesemua bahan (kecuali kurma) bersama sehingga sebati dan tiada ketulan tepung. Gaulkan masuk kurma.
2. Panaskan kuali tidak melekat dan letak sedikit minyak. Tuangkan lebih kurang 1 cedok adunan dan masak lebih kurang 2 minit atas api sederhana.
3. Terbalikkan dan masak sehingga perang keemasan.
Tips :
- Gunakan minyak utk elakkan lempeng melekat, elakkan guna mentega sebab mentega cepat hangit. Kalo nak rasa mentega juga, campurkan mentega dengan sedikit minyak sayuran.
- Selain drp kurma, boleh jugak campurkan dengan buah kering lain seperti buah tin atau kismis
7. MAKRONI GORENG KURMA
1/2 bawang merah besar, dihiris
1 sudu besar bawang putih cincang
1 sudu besar cili giling
Sedikit gula perang
1 sudu besar kicap
3 kurma, diambil isi dan dihiris kasar
1 cawan makroni, dimasak ikut arahan pada paket
1 cili merah
Sedikit sayur hijau pilihan
Cara-cara :
1. Dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan minyak secukupnya sehingga bau naik. Masukkan cili giling dan masak sehingga pecah minyak
2. Taburkan garam dan gula. Gaulkan masuk kurma dan kicap.
3. Gaulkan masuk kesemua bahan lain dan masak sehingga sayur cukup lembut.
8. MUFFIN PISANG MADU OAT
bahan A
* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil serbuk penaik baking powder
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1/2 sudu kecil garam
* 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
bahan B
* 1 cawan pisang, dilenyek
* 6 sudu besar mentega, dicairkan
* 2/3 cawan gula perang
* 1 telur gred A
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 2 sudu besar susu
Cara :
1. Gaulkan sebati kesemua bahan B.
2. Masukkan bahan A yang telah digaul mesra dan campurkan sehingga sebati.
3. Tuangkan dalam loyang muffin yang dilapik dengan kertas cawan dan bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C utk 25-28 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
Tips :
-elakkan memukul adunan terlalu lama, kalo tak nanti permukaan muffin akan terlalu merekah
- Utk check dah masak belum, boleh cucuk muffin dengan lidi dan bila lidi dikeluarkan dan tidak ada apa apa yang melekat, maksudnya dah masak
9. TELUR BAKAR KISMIS
1 tin sardine (spicy kalo suke pedas)
1/2 bawang besar, dicincang
1 ulas bawang putih, dicincang
1 tomato, dipotong dadu besar
1 sudu kecil herba italian
Garam dan lada hitam, secukup rasa
2 telur
Cara:
1. gaulkan kesemua bahan kecuali telur.
2. Tuangkan dalam ramekin tahan haba.
3. Ketepikan campuran sardine skit dan masukkan telur.
4. Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C utk 15-20 mins atau sehingga telur kental.
Tips :
- boleh gantikan sardin dengan baked beans dlm tin jugak
Selain daripada resipi oleh Abang Brian tadi, ada juga resepi-resipi sahur simple kenyang lama yang diperolehi dari team Majalah Rasa.
10. TELUR DADAR CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:4 biji telur | dipukul sebati1 ulas bawang putih | dicincang halus1/2 sudu teh kicap cair1/2 sudu teh garam20gm cendawan butang | dihiris20gm cendawan China/ShitakeSedikit hirisan daun bawangSedikit hirisan cili merahMinyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang, cendawan dan kicap cair.Angkat dan ketepikan.Panaskan minyak dalam kuali lain, dan masak telur dengan api perlahan.Kemudian masukkan cendawan tadi serta daun bawang semasa telur belum masak sepenuhnya.Terbalikkan telur tersebut dan besarkan sedikit api untuk menggaringkan telur.Angkat telur dan hiaskan dengan cili potong.
11. AYAM GORENG BBQ
BAHAN-BAHAN:6 ketul ayam | dibersihkan3 sudu makan sos tiram2 sudu makan sos tomato2 sudu makan madu1 sudu teh serbuk lada hitam1 sudu teh herba parsli1 sudu teh serbuk stok ayam2 sudu makan minyak masakMinyak untuk mengorengGaram secukup rasaCARA MEMASAK:1. Dalam mangkuk besar, satukan sos tiram, sos tomato, madu, lada, herba parsli, stok ayam dan minyak masak. Kacau sehingga sebati. Tambah garam mengikut cita rasa anda.
2. Masukkan ayam dan gaul rata. Perapkan selama satu jam.
3. Panaskan minyak masak dan goreng hingga garing.
4. Sedia untuk dihidangkan.
12. AYAM GORENG BERSOS KARI
BAHAN-BAHAN:Bahan ayam200gm isi dada ayam | potong dadu1 biji telur ayam1/2 sudu makan serbuk kari1 sudu makan tepung gandumGaram secukup rasaMinyak untuk menggorengBahan Sos Kari:1 sudu makan serbuk kari ayam/daging2 sudu besar yogurt1/2 biji bawang Holland | dadu halus1 ulas bawang putih | cincang halusSedikit daun ketumbar | hiris halusGaram dan serbuk pati ayam secukupnya2 sudu makan minyak masakCARA MEMASAK:
1: Goreng ketulan isi yang telah digaulkan bersama telur, tepung, serbuk kari dan garam sehingga kekuningan.2: Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit dan tumis bawang putih, bawang Holland hingga wangi.3: Masukkan rempah kari dan sedikit air, kacau hingga timbul minyak.4: Seterusnya masukkan yogurt untuk memberikan rasa pedas masam.5: Perasakan dengan serbuk pati ayam garam dan gula secukupnya6: Sebelum angkat masukkan daun ketumbar dan kacau rata. Kemudian tuang di atas ayam goreng dan hidangkan panas-panas.
13. SUP BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
10 biji bebola daging
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
3 cm halia | dikisar
1 sudu makan serbuk rempah sup
l/4 sudu teh serbuk lada putih
1 biji kentang | belah empat
½ biji lobak merah Garam
secukup rasa
Air secukupnya
Daun bawang dan daun sup secukupnya
CARA BUAT:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah sup yang telah dicampur dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan air, ubi kentang. Biar mendidih hingga ubi kentang menjadi empuk.
3. Kemudian masukkan bebola daging, lobak, serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
4. Biar hingga bebola daging cukup masak. Angkat dan sedia dihidangkan.
14. SAMBAL TELUR HANCUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih |kisar
5 sudu makan cili kisar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit asam jawa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
3. Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
4. Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
15. BERGEDIL DAGING
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang bersaiz besar
250gm daging cincang
2 biji telur | diasingkan putih dan kuningnya
1 labu bawang besar | dicincang halus
1 pokok daun sup | dihiris halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:1. Kupas kentang dan potong dadu. Goreng hingga empuk dan tos minyaknya.
2. Kemudian goreng daging cincang hingga masak. Asingkan.
3. Tumbuk kentang yang digoreng tadi menggunakan lesung hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk.
4. Satukan kentang, daging cincang goreng, bawang besar dan daun sup. Masukkan juga kuning telur, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
5. Bentukkan adunan bulat-bulat dan leperkan.
6. Celup ke dalam putih telur dan goreng hingga kekuningan.
Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Menu sahur yang berkhasiat, ringkas dan mudah disediakan dapat memudahkan urusan di bulan puasa. Dengan adanya perkongsian menu simple buka dan sahur begini, tak adalah pening kepala fikirkan menu berbuka dan bersahur.
Ohya, menu di atas tadi ada antaranya yang sesuai diamalkan sebagai resepi sahur untuk diet. Sama-sama kita praktik masukkan menu sahur simple kenyang lebih lama di blog dan semoga anak-anak kita dapat berlatih puasa dengan lebih rasa seronok.
TQ FOR SHARE SIS. SELAMAT BERPUASA
ReplyDeleteMenarik semua menu tu... Dan pastinya mengenyangkan untuk anak-anak...
ReplyDelete