Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Idea Aktiviti Seronok Yang Saya Lakukan Bersama Anak Di Rumah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

10 Aktiviti Seronok Yang Saya Lakukan Bersama Anak Di Rumah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) | Sekarang kembali berada dalam situasi PKP. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan semua orang perlu berada di rumah sepanjang masa. Akibatnya satu famili termasuk anak-anak mudah berasa bosan. Yelah dah biasa bergerak ke sana ke mari kini tiba-tiba kena stay rumah 24 jam sehari. Mana sanggup kan? Lagi-lagi untuk kanak-kanak. 

Orang dewasa masih ada kelonggaran keluar beli barang dapur di pasaraya dan sebagainya, sedangkan anak-anak memang perlu berada di rumah kerana bahaya yang ada.

Demi anak-anak, kita sebagai ibubapa perlu bantu sediakan aktiviti seronok untuk bantu isi masa lapang mereka di rumah. Saya sendiri, cuba sedaya yang termampu untuk bantu penuhi masa anak secara berfaedah. 

Saya menyelitkan aktiviti pelajaran dan aktiviti yang menyeronokkan supaya lebih seimbang. Tidaklah anak-anak asyik di suruh hadap kerja sekolah dan kelas online sentiasa. 

aktiviti di rumah semasa pkp

Idea Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Bersama Anak Di Rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Apakah aktiviti yang dibenarkan semasa PKP untuk anak-anak? Banyak sebenarnya cuma pastikan aktiviti itu sesuai untuk dilakukan dalam kawasan perkarangan rumah sendiri saja. Antara aktiviti yang saya sediakan untuk anak-anak di rumah adalah seperti :

  • membuat aktiviti latihan pembelajaran di rumah
  • solat dan mengaji 
  • membaca komik
  • memasak menu yang mudah bersama di dapur
  • berkebun  
  • membuat perabot kayu 
  • berbasikal 
  • bermain congkak
  • bermain dart
  • menonton filem bersama-sama dan banyak lagi

Ini antara aktiviti  seronok yang saya, suami dan anak-anak lakukan di rumah semasa PKP dilaksanakan sekarang. Memasak bersama anak-anak antara aktiviti yang best! PKP dek Covid-19 walaupun mencabar tapi secara tidak langsung dapat luangkan banyak masa dengan anak-anak. 

aktiviti semasa pkp untuk anak-anak

aktiviti semasa pkp untuk anak-anak

aktiviti semasa pkp untuk anak-anak


Bezanya bila sudah masuk bulan Ramadhan ni, aktiviti di luar rumah terpaksa dikurangkan. Akademik tetap seperti biasa dengan kerja latihan sekolah sepanjang PKP, tercari-cari jugalah apa agaknya anak-anak suka buat. Apa gaknya aktiviti indoor yang tak menyusahkan dalam keadaan semasa begini.

Anak-anak kalau dah bosan kejap lagi mulalah buat perangai. Mulalah juga mak-mak akan meroyan bertukar jadi singa, naga dan tarzan. Maka untuk elakkan dari berlaku, ada baiknya cepat-cepat fikirkan jalan penyelesaian.

Caranya tak lain dan tak bukan dengan melakukan aktiviti indoor yang menyeronakkan tetapi dalam masa yang sama tak guna banyak tenaga. Salah satu daripadanya bermain permainan atas talian (online games). 

Bermain Online Games Tidak Salah Jika Kena Caranya

Tidak dinafikan, permainan secara atas talian (online games) ini boleh melalaikan anak jika tidak dipantau. Tapi dalam masa yang sama kenapa nak tegah 100% sedangkan mak bapak itu sendiri selalu main games di handphone masing-masing. Bukankah itu bersifat tidak adil? Sedangkan anak-anak dalam rumah ini turut berasa bosan seperti mak ayahnya juga. 

Kerana itu, saya tak tegah anak saya supaya jangan main online games sama sekali. No! Saya cuma cakap boleh main tapi berpada-pada. Ibubapa itu sendiri boleh buat syarat sehari boleh main berapa lama dan mainlah secara bergilir-gilir. 

aktiviti semasa pkp untuk anak-anak

Walaubagaimanapun, antara permainan online ini sudah tentulah ada yang sesuai dan ada yang tidak sesuai mengikut perkembangan usia anak-anak. 

Sebagai contoh, anak remaja saya main games Mobile Legends, PUBG dan Rules of Survival. Ini sesuai dengan perkembangan usianya untuk bermain permainan games online bersama rakan sebaya. Tapi, untuk anak yang lain saya tidak sarankan mereka bermain games dalam kategori seperti itu. 

Untuk anak-anak yang masih di kalangan kanak-kanak ini, saya benarkan mereka bermain permainan online dalam kategori permainanan yang bersifat lebih kepada kekeluargaan. 

Beri Anak Main Games di Website Plays.Org 

Plays.org ini adalah sebuah website yang menawarkan lebih daripada 100 permainan. Semua permainan ini boleh dimainkan oleh sesiapa saja pada bila-bila masa secara PERCUMA! 

Apa yang lebih menariknya lagi, semua permainan ini boleh dimainkan secara terus tanpa perlu di download. Maksudnya, hanya perlu pergi ke website dan boleh terus main. 

Permainan yang ada di website ini juga, sentiasa di upload dengan games online terkini untuk lebih memberi pilihan pada para pengemar website Plays.org ini. 

Main Games Online

Ini antara contoh jenis-jenis permainan atas talian (online games) yang ada di website Plays.org. 

Plays.org


Gelagat Kasih Sufi Bermain Games Online Secara Percuma 

Dari dulu hingga kini, FALLING CUBES tau Tetris merupakan salah satu permainan yang saya suka main. Masih ingat lagi, semasa kecil dulu main 'falling cubes' guna old brick game. Kenangan betul. Tapi seronok juga dapat main pelbagai jenis permainan. 

Falling Cubes boleh dianggap sejenis permainan yang seronok untuk minda anak. Walaupun permainan ini nampak simple tetapi ia dapat membantu anak untuk melihat bentuk, warna, perubahan yang berlaku apabila bentuk ditukar kedudukannya, cara menyusun supaya selari dan lurus serta banyak lagi. 

Kasih Sufi Main Games Online Sendiri

Antara 6 orang anak, Kasih Sufi suka bermain Falling Cubes buat masa ini. Usia Kasih saat ini baru nak menginjak usia 4 tahun (pada bulan Disember nanti), dan permainan ini sesuai dengan usianya. 

Seronok juga melihat keletah Kasih Sufi bermain. 

" Mama, mama tengok ni Kasih main..."

Kasih Sufi Main Games Online Sendiri

"Taraa... :D "

Kasih Sufi Main Games Online Sendiri

"Mamaaa.. Kasih kalah.. :( " 

Kasih Sufi Main Games Online Sendiri


Syukur Anak Selamat Di Rumah, Marilah Kita Luangkan Masa Bersama 

Virus yang muncul tidak kita pinta. Sebagai seorang ibu, sudah tentunya saya sendiri takut jika penyakit in menganggu kesihatan anak-anak. Biarlah anak sentiasa berada di rumah jika ini boleh bantu mereka untuk terus selamat. 

aktiviti di rumah semasa pkp

Walaupun terkesan dengan virus Covid-19 ini, namun saya tetap doa bersyukur kerana dapat meluangkan banyak masa dengan anak-anak. Dapat bermain bersama, makan bersama, lakukan pelbagai aktiviti bersama dan banyak lagi. 

aktiviti di rumah semasa pkp

Korang di luar sana, yang berminat untuk bermain permainan online tanpa perlu download ke handphone, tanpa perlu login, tanpa perlu bayar dan lain-lain lagi, bolehlah singgah ke website Plays.org

Idea cara hilangkan bosan anak dalam rumah ada banyak dan terpulanglah untuk guna cara yang mana satu. Paling penting berusahalah untuk sediakan aktiviti semasa PKP untuk kanak-kanak kerana masa yang terluang itu sangat berharga untuk di buang begitu saja. 



 

25 comments for "Idea Aktiviti Seronok Yang Saya Lakukan Bersama Anak Di Rumah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)"

  1. Waahhcomelnya kasih pakai tudunghehe. Trgugat gak iman tgok game ni. Mcm tak sabar2 nk main game lak. Kangtakut kerja tak jalan pula kalau mngadap game. 😂

    ReplyDelete
  2. Wow, macam ala-ala arcade game je nih. Free pula tuh, nanti nak try singgah juga la .

    ReplyDelete
  3. Bagusnya aktiviti ini secara tidak langsung merapatkan hubungan antara ibubapa dan anak

    ReplyDelete
  4. betul tu. bola banyak aktiviti di rumah anak2 tak bosan. ni dah sambung pulak pkp kan. boleh la buat aktiviti bersama

    ReplyDelete
  5. Ok. Boleh rekomen kat my sisters - biar anak-anak saudara Rawlins bermain kat sini. Rawlins pula nak sambung main komputer game gak hahaha

    ReplyDelete
  6. Bestnya lahaila tgk kasih dpn lappy main game..acik dah lama xmain game sejk khwin ni hahah

    ReplyDelete
  7. wah bestlah PKP bosan duduk rumah , penat tgk tv, maingame online, seronoknya boleh main game...

    ReplyDelete
  8. Bagus ada game macam ni untuk hilangkan kebosanan anak di rumah tapi kena pantau supaya tak addicted nanti

    ReplyDelete
  9. ok dah cuba main kat situ best , muzik background dia pun nice sangat . Ralit jap main sampai game over. Senang cerita bukan anak-anaak jer hilang boring maknya pun boleh tumpang hilangkan stress.

    ReplyDelete
  10. Nanti nk bagi tau kat anak-anak la..kut nanti ibunya join sekali..hihi

    ReplyDelete
  11. Haiii si kecik tu, sakan main game ye.seronok dia dapat main

    ReplyDelete
  12. Tecik nihh.. cikma pon ralit kalau boleh main game online

    ReplyDelete
  13. alahai comelnyaa kasih! yang masak tu betul sis dulu time pkp 1.0 tu khai salu gak masak, hasilnya amik kau badan berisi teruk! hahaha ni dah naik struggle betul nak turun balik hahahaha

    ReplyDelete
  14. Seronok kasih main game online. Terer pulak tu. Nanti ajar acik tau

    ReplyDelete
  15. menarik ni.. at least anak tidaklah bosan... nampak anak pun excited dengan games yang ditawarkan di situ

    ReplyDelete
  16. Samalah dengan anak-anak kat rumah ni... Sorang dengan Mobile Legend, sorang dengan Pubg... Bila ada platform play.org ni bolehlah yang kecik pun main game yang bersesuaian dengan diorang kan. Nanti nak recce lah website ni...

    ReplyDelete
  17. Setuju. Online game ni tak semuanya merosakkan seperti yang ramai org sangka. Kalau pandai pilih, ada je yg boleh menguji kepintaran dan merangsang perkembangan minda anak2. Cuma kena latih mereka supaya pandai membahagikan masa la.

    ReplyDelete
  18. Game kat pc lebih baik kan dari anak-anak main di telefon pintar. Sebab postur badan terkawal, bila dah tak selesa main game, mereka akan berhenti. Ruby tengah fikir juga nak sediakan pc ke tak ni. Hahaha. Tq akak share gambar anak. Ada idea skit.

    ReplyDelete
  19. Menarik juga kan spending time dengan anak2 main games ni.. bonding time! macam nak explore more about this online game platform jer!

    ReplyDelete
  20. PC game memang best. Teringat dulu masa guna windows. Mesti ada install game guli main tembak warna sama. Hehehe.

    Kedudukan kerusi dan pc utk anak-anak ni lebih baik daripada mereka main game dengab telefon pintar.

    ReplyDelete
  21. Kannn game online tu kalau kena gaya dan caranya, anak-anak takde la leka sangat.. ni tengah tunggu PC Sis sampai ni, nanti dah sampai dah setting, memang anak sedara datang nak ajak buat aktiviti sama macam Hawa..

    ReplyDelete
  22. Banyak aktiviti tu, takdalah boring duk rumah hari-hari. Kalau macam saya ni, duk area kampung boleh jalan-jalan masuk hutan dan mandi sungai hehe

    ReplyDelete
  23. Thanks for the recomendation, it's really useful for mummies with kids at home, I will try it with my girls.

    ReplyDelete
  24. Setuju.. Online game ni banyak jer yang bagus. Ibubapa kena buka minda dan explore yang bagus ada jer..

    ReplyDelete
  25. Ni kalau bagi anak main, mau berjam2 ni.. Berebut la guna pc kangg. Hahaha

    ReplyDelete