Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia Dapat Melindungi dan Jaga Mata Anak Dari Bahaya Blue Light Akibat Penggunaan Gadget Semasa PdPR

Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia Dapat Melindungi dan Jaga Mata Anak Dari Bahaya Blue Light Akibat Penggunaan Gadget Semasa PdPR | Belajar dari rumah menggunakan gadget nampaknya sudah semakin sinonim dalam kehidupan anak-anak kita sekarang. Apa boleh buat, sudah itu caranya supaya anak tidak terus ketinggalan dalam pelajaran. Mahu bersekolah seperti biasa dulu, sudah semakin sukar. 

Dan sebagai seorang ibu, pastinya ada rasa bimbang bila melihat keadaan anak yang perlu habiskan masa lama di depan PC dan semakin terdedah kepada bahaya blue light.  

Disebabkan itu, hati nekad untuk menggunakan Monitor Eye Care dari BenQ Malaysia. Aku suka sangat monitor ni kerana ia dapat melindungi dan menjaga mata anak dari bahaya blue light. 

Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia

Sebelum aku cerita lebih lanjut mengenai Monitor Eye-Care dari BenQ Malaysia ini, di sini akan aku share tentang bahayanya blue light ini pada kita.  

Apa itu blue light?

Blue light atau sinar biru digolongkan sebagai high-energy visible light (HEV light), iaitu sinar dengan gelombang sekitar 415 hingga 455 nm dengan jumlah energi yang tinggi. Sumber semulajadi terbesar dari sinar jenis ini adalah matahari. 

Blue light atau cahaya biru ini juga ada terdapat pada beberapa jenis peralatan elektronik seperti TV, smartphone, laptop dan monitor komputer. Ada banyak bahaya atau kesan negatif blue light ini bagi kesihatan mata. Sebab itu, kita dilarang untuk nonton TV, menggunakan handphone dan hadap komputer terlalu lama. 

Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia

Ketahui bahaya blue light untuk mata

Akibat dari paparan sinar biru (blue light) ini, mata boleh mengalami beberapa masalah seperti : 

1. Mata menjadi letih (digital eye strain)

Blue light atau sinar biru ini sangat berbahaya apabila terkena pancarannya secara berlebihan. Sebagai contoh, jika kita terkena paparan blue light ini pada malam hari secara berlebihan, mata akan menjadi sangat letih tetapi sukar untuk lena. 

Mata juga boleh menjadi kabur, susah fokus, sakit kepala, penglihatan tidak baik pada waktu malam, sensitif terhadap silau, kesusahan untuk membaca, mata penat dan kering serta banyak lagi efek lain. 

2. Susah untuk tidur

Sinar biru ini juga boleh mengurangkan produksi melatonin yang berfungsi sebagai hormon perangsang tidur. Ketika hormon ini berkurang, maka rasa mengantuk pun akan ikut berkurang. 

3. Boleh menyebabkan kerosakan pada retina mata

Menurut kajian dan study dari Universiti Harvard , mereka menyatakan bahawa sinar biru (blue light) ini telah lama diidentifikasikan sebagai sinar yang paling berbahaya bagi retina mata. 

Setelah menembusi bagian luar mata, cahaya biru ini boleh mencapai sehingga ke bahagian retina dan boleh menyebabkan mata mengalami kerosakan sebagai efek jangka masa panjang.

4. Blue light sangat bahaya pada mata anak, kena ambil peduli!

Kesan negatif sinar biru terhadap kesihatan mata anak-anak yang lebih aku risaukan. Menurut kajian, blue light sangat bahaya terhadap saraf mata anak-anak. Mata anak akan berisiko untuk rosak akibat terdedah pada Blue Light yang terhasil dari skrin gajet jika digunakan gadget ini lebih dari 1 jam! 

Ini bermakna, semakin lama anak-anak perlu berdepan dengan aktiviti belajar dari rumah menggunakan gadget (smartphone dan monitor PC), semakin tinggi juga risiko kerosakan mata pada mereka.

Monitor Eye Care BenQ Malaysia, mudah dibeli senang dipasang 

Dengan niat untuk kurangkan risiko kerosakan mata pada anak-anak akibat terlalu lama menggunakan PC di rumah ni, aku mengambil keputusan untuk tukar monitor biasa di rumah kepada Monitor Eye Care dari BenQ Malaysia. Model ini namanya BenQ GW2480T. 

Nak dapatkan Monitor Eye Care BenQ Malaysia ni tak susah, boleh beli secara online melalui website mereka. Aku sendiri guna servis secara online. Barang alhamdulillah tiba dengan cepat dan selamat tanpa sebarang kerosakan sama sekali. 

Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia

Saat tiba saja Monitor Eye Care BenQ Malaysia ke rumah, hati terus rasa teruja sebabnya dah rasa happy sangat bila dapat kurangkan risiko masalah kerosakan pada mata anak-anak. Set monitor Eye Care dari BenQ Malaysia ni tak susah pun nak pasang. 

Panduan sudah ada diberikan dan sekejap saja sudah siap pasang monitor dengan kakinya. 

Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia

Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia

Ciri-Ciri BenQ Malaysia Stylish Monitor Eye-Care Technology GW2780T Series

1. Saiz paparan skrin monitor yang besar 

GW2780T adalah monitor IPS bersaiz 27 inci (27 inches) dengan 16:9 aspect ratio dan 1920x1080 resolution. 

2. Boleh connect ke laptop

Tak ada set PC yang lengkap tak mengapa, kerana Monitor Eye-Care GW2780T dari BenQ Malaysia ini boleh disambungkan ke laptop tanpa sebarang masalah. 

GW2780T Series dari BenQ dilengkapi dengan beberapa teknologi penjagaan mata seperti Brightness Intelligence Technology (B.I. Tech.), Low Blue Light Technology, Flicker-Free Technology, Height Adjustment Stand dan Color Weakness Mode.

3. Low Blue Light Technology

Cahaya terbahagi kepada dua iaitu cahaya yang dapat dilihat (420nm ~ 780nm) dan cahaya yang tidak dapat dilihat (cahaya inframerah> 780nm atau cahaya ultraviolet <420 nm). Ada juga cahaya boleh memasuki retina dan menyebabkan kerosakan pada mata. 

BenQ GW2780T  dengan Low Blue Light Technology ini mempunyai dua jenis teknologi untuk melindungi kesihatan kedua-dua belah mata kanak-kanak dan orang dewasa ini. 

Low Blue Light Technology menghilangkan cahaya biru (420 ~ 480 nm) dan Low Blue Light Plus Technology pula dapat menyaring sinaran berbahaya (420 ~ 455nm) untuk mengurangkan kerosakan sambil mengekalkan kualiti gambar tanpa peralihan warna menjadi warna kuning. 

Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia

4. Mempunyai BI Sensor 

Brightness Intelligence Technology (B.I tech) ini akan menyesuaikan monitor dengan cahaya persekitaran secara automatik. Brightness Intelligence Technology (B.I. Tech.) eksklusif dari BenQ Malaysia. 

Sensor B.I yang terletak pada bahagian depan monitor dapat mengesan kecerahan persekitaran sepanjang hari untuk memberikan tahap kecerahan paparan yang lebih mesra dan selamat pada mata. 

Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia

5. Boleh setting tahap paparan monitor (can adjust screen brightness)

Nak ubah sendiri tahap kecerahan pada skrin juga boleh. Hanya dengan klik pada butang yang terdapat di bahagian bawah skrin, sudah boleh memilih pelbagai jenis tahap kecerahan skrin mengikut kegunaan semasa. Tak perlu susah payah ubah dengan masa yang lama kerana segalanya sudah diset mengikut kesesuaian kehendak pengguna.


Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia

6. Color Weakness Mode 


Kelemahan warna yang paling biasa adalah kekurangan warna merah (atau protanomaly) dan kekurangan warna hijau (deuteranomaly). BenQ telah menawarkan penapis merah dan penapis hijau untuk kekurangan warna merah dan hijau.

Dengan Mod Kelemahan Warna BenQ, pengguna yang mempunyai kelemahan warna dapat menguraikan carta pai, statistik dan gambar dengan cara yang mudah dan dengan itu dapat menikmati pemandangan dengan warna warna yang dapat dibezakan dengan lebih baik.
Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia

7. Ketinggian monitor boleh dilaras - Height Adjustment Stand (HAS)

Inilah salah satu ciri yang paling aku suka. Jika dulu semasa menggunakan monitor biasa, cukup mudah sakit belakang sebab perlu berada pada kedudukan yang sama. Tapi dengan menggunakan monitor BenQ siri GW2780T ini, gaya postur duduk sudah boleh berubah. 

Monitor ini boleh laras ketinggian (tolak naik atau tekan turun monitornya), boleh dicondongkan, dipusing dan putar untuk lebih sesuai dengan kehendak diri kita sendiri. 

Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia



8. Flicker-Free Technology


GW2780T turut mempunyai Flicker-Free Technology. Ia dapat memberikan rasa selesa ketika menonton walaupun dalam tempoh yang agak lama. Mata kurang menjadi letih dan paparan skrin juga sangat jelas dengan tahap kondisi warna yang bagus. Tonton drama Korea pun best!

Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia

Selain itu, ada juga :

• IP panel
• HDMI 1.4 / DisplayPort 1.2 / D-sub / Headphone jack

9. Berkualiti Dan Ada Waranti 

Monitor BenQ ini aku lihat memang bagus kualitinya. Nampak smart dan stylish juga. Paling penting punya waranti. Oleh itu tak perlu risau walaupun dibeli secara online. 

Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia

Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia

10. Harga Sangat Murah Jika Dibandingkan Dengan Monitor Biasa di Pasaran

Pada mulanya aku fikirkan, pasti harga Monitor Eye Care BenQ GW2480T ini mahal sebab ada banyak ciri-ciri yang special berbanding monitor biasa. Tapi rupa-rupanya anggapan ku sangat tersasar. 

Bayangkan, dengan saiz sebesar 27 inci, monitor GW2480T dari BenQ ini hanya dijual dengan harga RM899 sahaja!

Sedangkan, bila daku beli monitor biasa untuk set komputerku dulu, harga sudah mencecah 4 angka lebih. Ini bermakna monitor BenQ jauh lebih murah walaupun ia mempunyai lebih banyak fungsi yang baik. 


Pengalaman Diri Sendiri Selepas Menggunakan Monitor GW2780T dari BenQ Malaysia

Kedudukan monitor yang boleh dilaraskan itu telah menyebabkan ianya sangat sesuai untuk kegunaan pelbagai golongan usia. Masing-masing boleh menggunakan monitor ini untuk pelbagai kegunaan. 

Sebagai contoh, anak-anakku yang masih kecil boleh tonton siaran kegemaran mereka tanpa perlu aku terlalu risau akan tahap kesihatan mata mereka seperti dulu. 

Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia

Monitor GW2780T dari BenQ Malaysia ini bukan saja bagus untuk kegunaan anak belajar (kelas online), malas sesuai juga untuk tugasan kerja dan tonton drama serta filem. Saiznya yang besar, ditambah pula dengan paparan yang jelas dan ada teknologi untuk bantu jaga mata, it's very perfect for me!

Monitor yang boleh dilaras ketinggian dan kedudukan ini juga dengan mudah dapat dipusing untuk selesa dengan kehendak kita. Aku sendiri sekarang bila nak tonton drama kegemaran, dah boleh layan dalam bilik tanpa sebarang gangguan. Jimat berbaloi-baloi dari beli TV kerana monitor ini jauh lebih banyak fungsinya. 

Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia

BenQ GW2480T Eye-care Monitor for Students & Others 

Boleh lihat sendiri video di bawah ini, bagaimana Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia ini dapat mempunyai banyak ciri special yang elok untuk pengguna. 


Sebagai ibu bapa, pastinya kita mahu yang terbaik untuk anak, lagi-lagi dalam keadaan pembelajaran sekarang yang lebih banyak secara online. Kesan blue light pada mata tidak boleh disangkal. Pantau anak supaya tidak terlalu leka dengan penggunaan gadget ini. 

Untuk urusan pembelajaran secara online, ia juga merupakan cabaran kerana anak memang perlu menggunakan gadget walaupun kita tahu ia boleh datangkan bahaya untuk mata. Apakan daya, sudah tidak ada pilihan. 

Kerana itu aku sangat teruja bila mendapat tahu adanya monitor eye care yang bagus untuk melindungi penglihatan mata daripada kesan-kesan berbahaya akibat terdedah kepada cahaya blue light ini. 

Jom Lindungi Mata Dengan Monitor Eye-Care Technology dari BenQ Malaysia!

Tak ada PC atau laptop , tetap masih boleh beli dan guna monitor ini. Tak ada internet, android box, unifi, astro atau yang seangkatan pun tak mengapa kerana korang masih boleh tonton televisyen seperti biasa dengan sambungkan pada monitor BenQ ni. 

Untuk korang di luar sana yang memang berhajat untuk miliki monitor yang lebih bagus pada mata, mahu perlindungan pada blue light yang terdapat di gadget, bolehlah cuba fikir-fikirkan untuk miliki monitor BenQ GW2480T. 

Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia

Semoga perkongsian ini dapat beri sedikit sebanyak info pada korang yang sedang mencari monitor di luar sana. Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan urusan pembelian boleh terus melayari laman web di bawah ini. 




11 comments for "Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia Dapat Melindungi dan Jaga Mata Anak Dari Bahaya Blue Light Akibat Penggunaan Gadget Semasa PdPR"

  1. sekarang ni memang susah kalau nak elak gadget kan, nak tak nak kena cari cara untuk jaga mata

    ReplyDelete
  2. bagsus sangat ni, baik untuk buat kerja juga ni.

    ReplyDelete
  3. yea tengah pandemik macam skrg ni, anak2 mmg tak ada pilihan. kena ngadap pc/laptop/handphone untuk ikut kelas online yang cikgu buat. jadi nak tak nak sebagai ibu bapa, kita kena cari alternatif macam awa buat ni supaya anak-anak tak ketinggalan pelajaran & kesihatan mata pun boleh dijaga.

    ReplyDelete
  4. Bagusla ada blue filter ni. Kalau kat henpon memang on kan blue light filter utk jaga mata. Harganya sangat berbaloi ye sb beli laptop/monitor mahal kena beli asing lak blue filter. Huhu.

    ReplyDelete
  5. Bgusnya benq punya monitor ni.. Syg pulak rumah ni xda cpu.. Kalau tal boleh guna utk anak yg nak pdpr tu

    ReplyDelete
  6. Adoii... Bahagianya kalau dapat ni satu... Huhu... Puas buat kerja dan anak-anak belajar... Masuk wishlist dulu...

    ReplyDelete
  7. Baguslah Monitor Eye Care Dari BenQ nih, Siap ada perlindungan mata, rasa letih mata menghadap monitor hp untuk kerja rumah PDPR tu sangat membantu dan menarik untuk dibeli/

    ReplyDelete
  8. Bagusnya ada blue filter , plus senang nak laras ikut pengguna. Suka nya ada monitor macam ni.

    ReplyDelete
  9. Baruni syu survey juga monitor komputer yang boleh protect mata daripada rosak. Semuanya berharga 1K ke atas. Nice lah, dah junpa brand benQ ygg berbaloi harganya

    ReplyDelete