Pengalaman Pos Barang Guna Ninja Packs. Tak Payah Beratur, Tak Perlu Ke Kaunter
Pengalaman Pos Barang Guna Ninja Packs. Tak Payah Beratur, Tak Perlu Ke Kaunter | Servis pos dalam Malaysia ada banyak. Aku sendiri dah pernah guna banyak servis perkhidmatan untuk pos barang ni. Aku pernah pos barang guna sampul Pos Ekspres dari Poslaju Malaysia dan sampul pos express ini juga sudah banyak kali aku terima tatkala membuat belian barang dari Shopee.
Aku sendiri dulu pernah punya akaun untuk pos ekspres ketika menjadi seller online Shopee suatu ketika dulu.
Pernah sudah merasa bagaimana untuk calculate postage rate, send and track parcel untuk pelanggan yang beli barang. Selain pos barang guna sampul pos ekspres, aku juga pernah sending parcels atau pos barang guna J&T.
Cara pos barang guna J&T di kaunter ni, lebih kurang sama dengan cara pos barang melalui Poslaju. J&T juga boleh pos barang guna plastik sendiri.
Aku pernah terbaca ada pihak pos emas guna servis pos begini, risau juga tu pos barang guna j&t, poslaju atau sebagainya. Tapi jika yakin, apa ada hal.
Dipendekkan cerita, baru-baru ini aku mahu hantar parcel / barang (hadiah) pada emak di kampung. Kebetulan hampir tiba hari raya dan terfikir apakah servis pos barang yang patut aku guna di waktu begini.
Mulanya terasa nak guna Poslaju tapi risau barang lambat sampai. Seterusnya aku rasa macam nak menggunakan J&T Express tapi ramai orang yang beratur untuk gunakan perkhidmatan penghantaran J&T ni. Terasa malas sangat-sangat bila lihat ada barisan perlu beratur untuk pos barang.
Pengalaman pos barang guna J&T ekspress ini okay cuma bila ramai orang yang sedang menunggu, membuatkan aku jadi lemah untuk ikut sama tunggu giliran untuk ke kaunter.
Fikir punya fikir, hasil carian Google dan sebagainya, aku dapat tahu tentang Ninja Packs. Jujur cakap aku belum pernah lagi pos barang guna Ninja Packs ni. Sebelum ni aku lebih banyak pos barang guna J&T express jer.
Pertama kali menggunakan Ninja Van untuk pos barang, aku hanya mampu bernekad dalam hati. Jika sampai lambat aku redha asalkan aku boleh menghantar bungkusan untuk emak di kampung dengan mudah tanpa perlu aku buang masa beratur lama.
Lagi-lagi dalam keadaan pandemik dengan angka kes Covid-19 yang semakin meningkat ni. Makin membuatkan aku jadi takut untuk berada di tempat awam lama-lama.
Apa Itu Ninja Pack?
Bagi yang belum tahu, Ninja Packs adalah sampul pek polymailer yang boleh digunakan oleh online seller dan orang biasa untuk pos barang. Ninja Pack adalah penghantaran prabayar, di mana pelanggan dapat membelinya terlebih dahulu secara dalam talian untuk digunakan pada dalam tempoh masa 12 bulan dari tarikh pembelian dibuat.
Sampul pos barang Ninja Packs ini ada dua jenis iaitu Regular Ninja Packs dan Padded Ninja Packs. Regular Ninja Packs adalah plastik pos barang biasa berwarna merah yang sama seperti plastik sampul pos barang Poslaju dan J&T tu.
Padded Ninja Packs ini pula plastik berwarna putih yang telah mempunyai bubble wrap di dalamnya. Padded Ninja Packs ini sangat sesuai untuk barangan yang mudah.
Jika mahu lebih secure, nak penghantar barang lebih berhati-hati, boleh lekatkan sticker 'mudah pecah' yang turut boleh dibeli bersama sampul pos barang Ninja Packs ini.
Kedua-dua jenis sampul pos barang Ninja Packs (Regular Ninja Packs dan Padded Ninja Packs) ini didatangkan dalam pelbagai saiz mengikut kesesuaian saiz barangan yang ingin kita hantar pada penerima.
Saiz untuk Ninja Packs ini bermula dari saiz XS, S, M-Lite sehinggalah kepada saiz M.
Apakah Kaedah Bayaran Untuk Ninja Packs? Ini Harganya
![]() |
Harga postage Ninja Van 2021 untuk Ninja Packs |
Panduan Cara Bagaimana Untuk Pos Barang Guna Ninja Packs
LANGKAH 1 :
Layari laman web Ninja Packs Malaysia dan buat pembelian Ninja Packs secara online mengikut saiz yang diperlukan. Tiada kos pos yang perlu dibayar untuk pesanan Ninja Packs berharga RM19 dan ke atas dan ia akan dihantar oleh Ninja Van sehingga ke depan pintu rumah.
Makin terkejut bila pesanan Ninja Packs ini tiba hanya dalam masa 2 hari saja. Cepat betul!
LANGKAH 2 :
Sediakan barang yang ingin di hantar ke dalam sampul mengikut saiz yang dirasakan sesuai. Aku mahu hantar baju untuk mak di kampung sebagai hadiah, jadi sampul berwarna merah kugunakan.
Disebabkan ini pakaian, bukan barang mudah pecah, tak perlu guna sampul putih (Padded Ninja Packs) yang ada bubble wrap.
LANGKAH 3 :
Masukkan barangan ke dalam sampul, seal dengan kemas dan Create Order di Ninja Dashboard. Nombor tracking sebagaimana yang telah tertera pada sampul Ninja Packs tersebut.
Tuliskan maklumat ringkas penerima dan pengirim pada Ninja Pack untuk memudahkan penerima tahu Siapa detail penghantar. Ini tidak wajib kerana segala info sudah ada pada Ninja Dashboard.
LANGKAH 4 :
Boleh terus drop parcel yang ingin dihantar pada mana-mana cawangan (drop point) Ninja Van yang berhampiran. Ada lebih dari 4,000 cawangan Ninja Point semuanya dalam Malaysia.
Aku tinggal di Tanah Merah Kelantan, dan bila aku check lokasi Ninja Van near me melalui lamanweb Ninja Van, lokasi yang paling hampir adalah Ninja Van cawangan Manal. Alhamdulillah, tak jauh pun dari rumah.
TAK PERLU KE KAUNTER untuk berdepan dengan kakak berbaju merah tu!
TAK USAH BERATUR jika ada pelanggan lain di dalam premis Ninja Van tersebut!
TAK PAYAH TUNGGU LAMA-LAMA, terus masukkan parcel ke dalam bekas yang telah disediakan.
Mau hairan pelanggan lain bila lihat kita guna Ninja Packs ni. Datang-datang terus masukan parcel ke dalam bekas tanpa perlu bertegur sapa langsung dengan si penjaga kaunter.
Masuk dalam premis, letakkan parcel ke dalam bekas (VIP DROP), terus balik! Memang mudah dan senang. Betul-betul tahap layanan VIP ni. I like.
Pengalaman pos barang guna J&T dan Poslaju dah ada, sekarang tambah pengalaman pos barang guna Ninja Packs pula. Lepas ni senanglah jika nak pos apa-apa barang sebab dah tahu cara untuk semua syarikat penghantaran barang ini.
Apa yang aku suka tentang Ninja Packs ini, ia sangat praktikal dan tak buang masa beratur kaunter untuk belian sampul pos macam dulu.
Masuk jer dalam premis Ninja Van dan terus boleh drop barang tanpa perlu cakap banyak. Sesuai sangat dalam keadaan pandemik sekarang yang memerlukan kita untuk jaga SOP selalu.
Harga kos pos Ninja Packs dengan sampul pos ekspres Poslaju dan sampul pos barang guna J&T, rasanya lebih kurang sama je. Beza sikit je pun.
Bagaimana Nak Tahu Barang Dah Jalan Atau Belum?
Nak check mudah saja, hanya perlu enter tracking number di website Ninja Van Malaysia untuk track shipments and get delivery, sama macam check tracking pos barang guna j&t, poslaju dan syarikat pos barang yang lain.
NINJA VAN, terus terang cakap dulu aku sendiri takut nak guna Ninja Van ni sebabnya ia tidak sepopular Poslaju dan J&T , tapi lepas dah guna okay je. Lebih kurang sama macam servis yang lain. Barang pos Ninja Van untuk emak pun alhamdulillah dah selamat sampai.
Cuma untuk kedudukan alamat di luar bandar dan kawasan kampung, mungkin ambil masa sikit sama seperti ketika pos barang guna J&T dan lain-lain. Yang penting, mesti sentiasa update tracking terkini parcel. Mudah untuk pelanggan dan selller-seller yang sedang menanti barang tersebut.
Misi Hantar Hadiah Untuk Mak Di Perlis (Pos Barang Guna Ninja Packs) Telah Berjaya!
Kesimpulan : Ninja Packs Sesuai Untuk Seller Online dan Individu Yang Sibuk!


mudahnya pengeposan barang dgn ninja van.
ReplyDeletedulu selalu je takut nak guna ninja van... dan skrg pun xpernah guna ninja van anta barang... huhuhuh... tapi sejak join jual kain .. syarikat tu memg guna ninja van.. Alhamdulillah.. cepat juga penghantaran.. diaorang pun dah upgrade sekarang
ReplyDeletecepat sampai kan
ReplyDeleteNinja van ada ke servis brg sampai baru bayar?
ReplyDelete