Puashati Lepas Guna Lampu Monitor Screenbar e-Reading Lamp dari BenQ Malaysia
Puashati Lepas Guna Lampu Monitor Screenbar e-Reading Lamp dari BenQ Malaysia | Memilih lampu meja yang sesuai untuk monitor dan belajar bukan satu perkara yang mudah. Aku sendiri dah survey banyak jenis lampu monitor komputer ni. Sebelum menggunakan computer monitor light bar, aku hanya guna lampu meja belajar biasa. Sakit mata dibuatnya tapi tetap guna kerana pencahayaan dari lampu siling dalam bilik saja tidak cukup.
What should you look for in a monitor light bar? A monitor light bar is ideal when you tend to work in front of a computer screen for hours. Perkara ini menjadi panduan untuk aku cari lampu monitor komputer PC yang bagus.
Aku sendiri perlu hadap di depan komputer dalam masa yang lama termasuk anak-anak saat belajar online. Mujurlah, akhirnya bertemu dengan lampu monitor Screenbar e-Reading Lamp dari BenQ Malaysia.
Sebelum aku berkongsi lanjut tentang lampu monitor Screenbar e-Reading Lamp dari BenQ Malaysia ini, ada baiknya aku kongsi dulu sebab mengapa pencahayaan di sesuatu ruang itu sangat penting.
Sebab Kenapa Perlu Ada Lampu Monitor Yang Bagus Untuk Belajar dan Bekerja
Umumnya, ketika cahaya lampu meja digunakan, biasanya ia akan menghasilkan pantulan yang disebut silau. Oleh itu, reka bentuk sumber cahaya terbaik untuk lampu membaca untuk monitor PC ini adalah reka bentuk yang tidak langsung terkena skrin bagi mengurangkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh pantulan skrin tersebut.
Skrin monitor menghasilkan cahaya sendiri, jadi ia harus menerangi tempat-tempat dengan kecerahan yang agak rendah, dan bukannya meletakkan sumber cahaya secara langsung di skrin.
Ini penting untuk mengelakkan ketegangan mata kerana kontra dan tahap kecerahan yang berlebihan.
Faktor lain berdasarkan situasi. Ketika menggunakan komputer, kita sering membaca di skrin komputer dan pada waktu yang sama kita akan melihat papan kekunci, membaca nota dan sebagainya, jadi kawasan kerja sangat besar.
Kerana itu, kawasan pencahayaan dari sumber cahaya mesti meliputi kawasan yang besar juga. Tidak boleh hanya tertumpu pada satu kawasan semata-mata. Secara amnya, kira-kira 90cm dari kiri dan kanan adalah jarak ilusi yang sesuai, iaitu 1.5 kali (30 hingga 50cm).
Sebab lain, sesetengah lampu meja itu dengan mudah dapat meletihkan mata dan membuatkan kita rasa pening. BenQ Screenbar e-reading lamp telah direka khas untuk membantu mengurangkan ketegangan mata.
Keistimewaan BenQ Screenbar e-Reading Lamp Berbanding Lampu Meja Biasa
Pengalaman Selepas Menggunakan Screenbar e-Reading Lamp dari BenQ Malaysia
Lampu monitor komputer Screenbar e-Reading Lamp dari BenQ Malaysia ini alhamdulillah, benar-benar dapat menghindari ketegangan mata. Dah tak ada masalah mata berpinar, tak ada masalah mata silau dan tak ada masalah sakit kepala saat menggunakannya bersama monitor eye care.
Cahaya dari lampu meja biasa berbanding dengan lampu Screenbar e-Reading Lamp dari BenQ Malaysia ini sangat-sangat berbeza. Boleh lihat sendiri tahap pencahayaannya yang lebih luas walaupun tanpa buka lampu lain sama sekali.
Anak kecil (Kasih Sufi) yang tidur kat sebelah sama sekali tak rasa terganggu. Cahaya lampu monitor dari Screenbar e-Reading Lamp dari BenQ Malaysia hanya fokus pada kawasan meja komputer dan cahaya biasannya sama tidak terlalu terang hingga boleh menganggu orang lain.
Betul-betul puashati! Sekarang buat kerja lewat malam dah tak ada masalah sakit kepala, pening, mata silau dan sebagainya.
Lampu ini design khusus untuk diletak pada monitor komputer, jadi tak mustahil kenapa ia sangat bagus untuk pengguna yang perlu selalu hadap komputer siang atau malam dalam waktu yang lama.
Mata Cepat Letih? Jom Beli Screenbar e-Reading Lamp dari BenQ Malaysia!
Membaca di layar digital adalah hal biasa. Sebab itu kita perlukan lampu monitor komputer seperti ini untuk menghindari ketegangan mata. Klip lampu ini direka khusus untuk diletak pada monitor komputer jadi sangat bagus digunakan.Untuk urusan pembelian monitor light bar Screenbar e-Reading Lamp dari BenQ Malaysia ini, boleh beli secara atas talian. Tak perlu nak bersusah payah. Jangan risau, ada waranti 2 tahun.
Ada masalah sakit kepala? Mata cepat letih bila guna komputer lama-lama? Apa tunggu lagi? Jom cuba screenbar e-reading lamp ni di Lazada BenQ Flagship store dan BenQ Shopee Mall. Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi wakil jualan melalui website BenQ Malaysia atau Facebook BenQ.
bagus gila ni
ReplyDeletesesuai sangat la dengan mata yg selalu pening dgn pedih bila menghadap lama monitor
ReplyDelete