Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Laksa Viral Kak Noor's : Ringkas, Senang Masak & Sedap Makan

Laksa Viral Kak Noor's : Ringkas, Senang Masak & Sedap Makan | Bila sebut tentang laksa, kita pasti akan membayangkan laksa yang lembut dengan kuah rasa berlemak dan pedas-pedas. Hantu laksa seperti aku ini, bila dapat makan laksa alangkah happynya hati. Laksa kering vs laksa basah, daku suka laksa kering kerana boleh masak ikut citarasa sendiri. Cara merebus laksa basah juga macam lebih susah berbanding cara rebus laksa kering. 

Adakalanya tekak memang teringin sangat nak makan laksa. Tapi memikirkan nak kena masak kuah dengan rasa malas nak kena siang ikan dan sebagainya, terus terbantut! Walaupun ada resepi kuah laksa ekspress menggunakan sardin dalam tin, tetap juga makan masa yang lama. 

Pernah juga aku terfikir, alangkah bagusnya jika ada laksa ekspress yang cepat dimasak terus boleh makan seperti mee segera yang ada dipasaran. Dan, ternyata rupa-rupanya memang ada. Laksa ekspress yang ringkas, senang masak dan sedap makan ini namanya adalah  LAKSA VIRAL KAK NOOR'S

Laksa Viral Kak Noor's

Laksa Kak Noor’s merupakan sebuah perniagaan yang diusahakan oleh sepasang suami isteri (Kak Noor dan Abang Ash). Laksa lemak ini dihasilkan menggunakan resepi turun temurun oleh keluarga Hajjah Maiminah Ibrahim (sebelah keluarga Kak Noor) semenjak tahun 1975. 

Ketepatan gabungan pilihan rempah ratus yang bermutu tinggi menjadikan adunan ramuan Laksa Kak Noor’s mempunyai citarasa yang unik lain dari yang lain.

Laksa Lemak Premium Kak Noor’s di sediakan 100% menggunakan resepi homemade yang mementingkan citarasa yang lazat. 

Sejarah tercipta apabila keluarga ini memulakan revolusi dengan melancarkan Laksa Kak Noor’s berkonsepkan laksa segera ekspress. Ini bermakna ia sangat mudah serta ringkas dan sangat cepat untuk disediakan! 

Laksa Viral Kak Noor's

Untuk setiap pek Laksa Viral Kak Noor's ini didatangkan dengan laksa bihun kering bersama satu pek adunan santan dalam bentuk serbuk bersama satu pek pes perencah segera. Pendek kata, Laksa Viral Kak Noor's kini merupakan salah satu jenama laksa halus yang siap dengan kuahnya sekali untuk sesiapa saja yang berminat. 

Laksa Viral Kak Noor's

Cara Masak Ikut Resepi Laksa Ekspress Kak Noor's

Cara untuk sediakan Laksa Viral Kak Noor's ini mudah saja. Pertama sekali, rebus laksa halus kering ini sehingga ianya menjadi lembut dan toskan airnya. 

Laksa Viral Kak Noor's

Setelah itu, panaskan air kemudian masukkan santan serbuk dan pes segera. Kacau rata semuanya dan tuang kuah laksa ke atas laksa halus yang telah siap dimasak tadi. Akhir sekali, hias dengan bahan ulaman dan juga belahan limau kasturi jika suka. 

Laksa Viral Kak Noor's

Kelebihan Utama Laksa Viral Kak Noor's

#1. Laksa Viral Kak Noor's Menyajikan Bihun Halus Yang Kenyal Dan Sedap!

Laksa Kelantan, Laksa Penang dan Laksa Siam semuanya aku dah pernah cuba. Ya! Dah pernah cuba sebabnya aku adalah salah seorang peminat laksa. Berbanding laksa beras biasa, aku lebih suka laksa halus. Bezanya laksa besar (biasa) dan laksa halus ni, laksa halus lebih licin, senang makan dan lebih mudah mesra dengan kuah. 

Laksa Viral Kak Noor's

Susah nak digambarkan dengan kata-kata, yang pasti laksa halus dari Laksa Viral Kak Noor's ini memang lain daripada yang lain. Sekali makan susah nak berhenti tau! Asyik melayan laksa halus yang kenyal dan licin ini, hinggakan tak sedar dah habis semangkuk. 

Laksa Viral Kak Noor's

#2. Rasa Kuahnya Sangat Padu dan Best! 

Sedapnya laksa bergantung pada rasa kuahnya dan rasa kuah untuk Laksa Viral Kak Noor's ini bagi pendapat aku sendiri memang padu! Best! Cukup rasa masin, manis, pedas dengan sedikit rasa masam. Baunya juga sangat menyelerakan sekali. 

Laksa Viral Kak Noor's

#3. Kepekatan Kuah Boleh Dilaraskan Ikut Selera Masing-Masing

Satu lagi yang ku suka tentang Laksa Viral Kak Noor's ini, kita boleh laraskan kepekatan kuah semasa sedang memasaknya. Jika mahu pekat yang setanding dengan laksa bihun tersebut, boleh ikut sukatan air seperti panduan yang ada pada pek bungkusan. 

Jika suka makan laksa dengan kuah yang lebih 'cair' , boleh lebihkan air semasa proses memasak tadi. Tiada arahan dan sekatan, terpulang pada citarasa dan kehendak diri sendiri sebagaimana kita bebas untuk masak mee segera mengikut kehendak diri masing-masing. 

Laksa Viral Kak Noor's

#4. Satu Sajian Boleh Makan Hingga Rasa Kenyang 

Satu mangkuk Laksa Viral Kak Noor's ini, makan seorang memang terasa kenyangnya. Aku sendiri boleh makan bersama anak untuk habiskan semangkuk disebabkan oleh sukatannya yang agak banyak. 

Laksa Viral Kak Noor's

#5. Ada Pilihan 2 Variasi (Pedas atau Original)

Laksa Viral Kak Noor's ini turut mengambil kira kehendak pecinta laksa yang tidak sukakan kepedasan. Disebabkan itu Laksa Viral Kak Noor's ini didatangkan dengan dua pilihan rasa iaitu Pedas dan juga Original. 

Untuk original, boleh dimakan oleh kanak-kanak, warga emas dan golongan mereka yang memang tidak sukakan kepedasan. Manakala untuk pecinta laksa dengan rasa pedas seperti aku ini, aku syorkan beli Laksa Viral Kak Noor's dengan rasa pedas kerana benar-benar kaw! Laksa siam kuah lemak gitu.

#6. Boleh Dinikmati Dengan Pelbagai Topping Pilihan Sendiri

Apa yang lebih best tentang Laksa Viral Kak Noor's ini, kita boleh masak dengan tambahan makanan lain sebagai pelengkap. Ia sedap dinikmati bersama telur, makanan laut, fishball, fishcake dan sebagainya. Mahu masukkan sayur kegemaran ketika masak kuah tadi pun boleh juga. Terpulang pada kreativiti sendiri. 

Laksa Viral Kak Noor's

#7. Harga Masih Ditahap Berpatutan

Harga Laksa Viral Kak Noor's buat masa ini, 1 peket berharga RM8. Bagi pendapat aku sendiri, alhamdulillah masih ditahap berpatutan. Jika kita makan laksa diluar sekalipun masih dalam anggaran harga yang sama kan? Bezanya Laksa Viral Kak Noor's ini kita boleh beli dan simpan sebagai stok di rumah. 

Dengan adanya Laksa Viral Kak Noor's ini, bila-bila masa rasa teringin nak makan laksa datang dengan mudah boleh terus tunaikan hajat. Jika kebetulan ada tetamu sudah boleh hidangkan Laksa Viral Kak Noor's ini dengan cepat dan mudah. Rasanya Laksa Viral Kak Noor's ini juga sesuai untuk mereka yang mahu berdiet. 

Laksa Viral Kak Noor's

Sebahagian Testimoni Pelanggan Yang Telah Mencuba Laksa Viral Kak Noor's

Ini sebahagian daripada testimoni pelanggan yang telah mencuba Laksa Viral Kak Noor's. Boleh lihat sendiri apa reaksi mereka selepas mencubanya buat pertama kali. 

Laksa Viral Kak Noor's

Laksa Viral Kak Noor's

Laksa Viral Kak Noor's


Review Pengalaman Diri Sendiri Selepas Cuba Laksa Viral Kak Noor's

Sejujurnya aku suka dengan Laksa Viral Kak Noor's ini. Sebab-sebab utama kenapa aku suka Laksa Viral Kak Noor's adalah kerana :

  • cara penyediaannya yang sangat mudah dan cepat
  • tekstur laksanya yang unik, halus, kenyal dan licin
  • rasa kuahnya yang seimbang, pekat dan sedap

Sebab lain, aku suka Laksa Viral Kak Noor's kerana ia dihasilkan dengan resepi cara home made. Ini bermakna aku lebih yakin untuk menghidangkan Laksa Viral Kak Noor's ini pada anak-anak walaupun hakikatnya ia bersifat ekspress dan tergolong sebagai salah satu makanan segera. 

Nak Buat Pendapatan Tambahan? Boleh Daftarkan Diri Sebagai Agent dan Dropship Laksa Viral Kak Noor's Sekarang!

Berita baik untuk korang di luar sana, jika mahu tambah pendapatan sampingan, pihak Laksa Viral Kak Noor's sedang membuka peluang untuk siapa saja yang berminat untuk menjadi agent dan dropship. 

Laksa Viral Kak Noor's

Makin bagus, peluang ini di buka pada sesiapa saja tanpa perlu melibatkan sebarang modal.  Pendaftaran PERCUMA, tidak perlu beli dan simpan stok serta tak perlu juga keluar untuk pos produk dan sebagainya. 

Jangan risau, team Kak Noor's sentiasa bersedia untuk memberi tunjuk ajar pada korang yang kurang berpengalaman. 

Laksa Viral Kak Noor's


Nak Makan Laksa Sedap? Jom Cuba Laksa Viral Kak Noor's Yang Sedap & Cepat!

Nampaknya makin senang untuk makan laksa sekarang ni sejak adanya laksa viral segera Kak Noor's. Tinggal rebus jer, santan dan perencah telah disediakan. Kalau dulu nak kena siang ikan, siapkan cili, masak punyalah lama tapi sekarang dalam masa beberapa minit saja sudah boleh nikmati laksa sedap idaman. Untuk rasa yang lebih enak boleh dihidang bersama udang, ayam, isi bebola dan ulam ulaman. 

Cuti panjang hujung minggu atau kalau ada tetamu yang datang 'mengejut' boleh lah cuba buat resipi laksa ekspress ni. Senang dan mudah kan! Laksa Viral Kak Noor's, jenama laksa kering segera yang sedap. Jenama laksa yang halal dan diyakini juga. 

Untuk team Laksa Viral Kak Noor's, syabas diucapkan kerana berjaya menghasilkan laksa ekspress dari menu makanan melayu begini. Siapa sangka, resepi masakan melayu berkuah ala kampung begini sudah berubah menjadi tahap lebih mudah, ringkas dan mudah untuk dinikmati pada bila-bila masa dan di mana jua. 

Ingat Laksa, Ingat Laksa Viral Kak Noor's 

untuk sebarang pertanyaan dan urusan pembelian, hubungi ;

Website | ShopeeFacebook | Whatsapp 



5 comments for "Laksa Viral Kak Noor's : Ringkas, Senang Masak & Sedap Makan "

  1. Nampak sedap, boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  2. Thanks share sis. Tak pernah lagi makan laksa segera. Nampak menarik dna mudah disediakan

    ReplyDelete
  3. wah baru tahu pasal produk ni ^_^

    ReplyDelete
  4. Semalam baru perkena laksa.Tapi tak puas!! Tengok laksa ni rasa macam nak makan laksa lagi hari ni😅.

    ReplyDelete