Laksa Viral Kak Noor's : Ringkas, Senang Masak & Sedap Makan
Pernah juga aku terfikir, alangkah bagusnya jika ada laksa ekspress yang cepat dimasak terus boleh makan seperti mee segera yang ada dipasaran. Dan, ternyata rupa-rupanya memang ada. Laksa ekspress yang ringkas, senang masak dan sedap makan ini namanya adalah LAKSA VIRAL KAK NOOR'S.
Laksa Kak Noor’s merupakan sebuah perniagaan yang diusahakan oleh sepasang suami isteri (Kak Noor dan Abang Ash). Laksa lemak ini dihasilkan menggunakan resepi turun temurun oleh keluarga Hajjah Maiminah Ibrahim (sebelah keluarga Kak Noor) semenjak tahun 1975.
Ketepatan gabungan pilihan rempah ratus yang bermutu tinggi menjadikan adunan ramuan Laksa Kak Noor’s mempunyai citarasa yang unik lain dari yang lain.
Laksa Lemak Premium Kak Noor’s di sediakan 100% menggunakan resepi homemade yang mementingkan citarasa yang lazat.
Sejarah tercipta apabila keluarga ini memulakan revolusi dengan melancarkan Laksa Kak Noor’s berkonsepkan laksa segera ekspress. Ini bermakna ia sangat mudah serta ringkas dan sangat cepat untuk disediakan!
Untuk setiap pek Laksa Viral Kak Noor's ini didatangkan dengan laksa bihun kering bersama satu pek adunan santan dalam bentuk serbuk bersama satu pek pes perencah segera. Pendek kata, Laksa Viral Kak Noor's kini merupakan salah satu jenama laksa halus yang siap dengan kuahnya sekali untuk sesiapa saja yang berminat.
Cara Masak Ikut Resepi Laksa Ekspress Kak Noor's
Cara untuk sediakan Laksa Viral Kak Noor's ini mudah saja. Pertama sekali, rebus laksa halus kering ini sehingga ianya menjadi lembut dan toskan airnya.Setelah itu, panaskan air kemudian masukkan santan serbuk dan pes segera. Kacau rata semuanya dan tuang kuah laksa ke atas laksa halus yang telah siap dimasak tadi. Akhir sekali, hias dengan bahan ulaman dan juga belahan limau kasturi jika suka.
Kelebihan Utama Laksa Viral Kak Noor's
#1. Laksa Viral Kak Noor's Menyajikan Bihun Halus Yang Kenyal Dan Sedap!
Laksa Kelantan, Laksa Penang dan Laksa Siam semuanya aku dah pernah cuba. Ya! Dah pernah cuba sebabnya aku adalah salah seorang peminat laksa. Berbanding laksa beras biasa, aku lebih suka laksa halus. Bezanya laksa besar (biasa) dan laksa halus ni, laksa halus lebih licin, senang makan dan lebih mudah mesra dengan kuah.
#2. Rasa Kuahnya Sangat Padu dan Best!
Sedapnya laksa bergantung pada rasa kuahnya dan rasa kuah untuk Laksa Viral Kak Noor's ini bagi pendapat aku sendiri memang padu! Best! Cukup rasa masin, manis, pedas dengan sedikit rasa masam. Baunya juga sangat menyelerakan sekali.
#3. Kepekatan Kuah Boleh Dilaraskan Ikut Selera Masing-Masing
Satu lagi yang ku suka tentang Laksa Viral Kak Noor's ini, kita boleh laraskan kepekatan kuah semasa sedang memasaknya. Jika mahu pekat yang setanding dengan laksa bihun tersebut, boleh ikut sukatan air seperti panduan yang ada pada pek bungkusan.
Jika suka makan laksa dengan kuah yang lebih 'cair' , boleh lebihkan air semasa proses memasak tadi. Tiada arahan dan sekatan, terpulang pada citarasa dan kehendak diri sendiri sebagaimana kita bebas untuk masak mee segera mengikut kehendak diri masing-masing.
#4. Satu Sajian Boleh Makan Hingga Rasa Kenyang
#5. Ada Pilihan 2 Variasi (Pedas atau Original)
Laksa Viral Kak Noor's ini turut mengambil kira kehendak pecinta laksa yang tidak sukakan kepedasan. Disebabkan itu Laksa Viral Kak Noor's ini didatangkan dengan dua pilihan rasa iaitu Pedas dan juga Original.
Untuk original, boleh dimakan oleh kanak-kanak, warga emas dan golongan mereka yang memang tidak sukakan kepedasan. Manakala untuk pecinta laksa dengan rasa pedas seperti aku ini, aku syorkan beli Laksa Viral Kak Noor's dengan rasa pedas kerana benar-benar kaw! Laksa siam kuah lemak gitu.
#6. Boleh Dinikmati Dengan Pelbagai Topping Pilihan Sendiri
Apa yang lebih best tentang Laksa Viral Kak Noor's ini, kita boleh masak dengan tambahan makanan lain sebagai pelengkap. Ia sedap dinikmati bersama telur, makanan laut, fishball, fishcake dan sebagainya. Mahu masukkan sayur kegemaran ketika masak kuah tadi pun boleh juga. Terpulang pada kreativiti sendiri.
#7. Harga Masih Ditahap Berpatutan
Dengan adanya Laksa Viral Kak Noor's ini, bila-bila masa rasa teringin nak makan laksa datang dengan mudah boleh terus tunaikan hajat. Jika kebetulan ada tetamu sudah boleh hidangkan Laksa Viral Kak Noor's ini dengan cepat dan mudah. Rasanya Laksa Viral Kak Noor's ini juga sesuai untuk mereka yang mahu berdiet.
Sebahagian Testimoni Pelanggan Yang Telah Mencuba Laksa Viral Kak Noor's
Review Pengalaman Diri Sendiri Selepas Cuba Laksa Viral Kak Noor's
Sejujurnya aku suka dengan Laksa Viral Kak Noor's ini. Sebab-sebab utama kenapa aku suka Laksa Viral Kak Noor's adalah kerana :
- cara penyediaannya yang sangat mudah dan cepat
- tekstur laksanya yang unik, halus, kenyal dan licin
- rasa kuahnya yang seimbang, pekat dan sedap
Nak Buat Pendapatan Tambahan? Boleh Daftarkan Diri Sebagai Agent dan Dropship Laksa Viral Kak Noor's Sekarang!
Makin bagus, peluang ini di buka pada sesiapa saja tanpa perlu melibatkan sebarang modal. Pendaftaran PERCUMA, tidak perlu beli dan simpan stok serta tak perlu juga keluar untuk pos produk dan sebagainya.
Jangan risau, team Kak Noor's sentiasa bersedia untuk memberi tunjuk ajar pada korang yang kurang berpengalaman.
Nak Makan Laksa Sedap? Jom Cuba Laksa Viral Kak Noor's Yang Sedap & Cepat!
Ingat Laksa, Ingat Laksa Viral Kak Noor's
untuk sebarang pertanyaan dan urusan pembelian, hubungi ;
Website | Shopee | Facebook | Whatsapp
Nampak sedap, boleh cuba ni..
ReplyDeleteGreetings from Turkey:)
ReplyDeleteThanks share sis. Tak pernah lagi makan laksa segera. Nampak menarik dna mudah disediakan
ReplyDeletewah baru tahu pasal produk ni ^_^
ReplyDeleteSemalam baru perkena laksa.Tapi tak puas!! Tengok laksa ni rasa macam nak makan laksa lagi hari ni😅.
ReplyDelete