McDonald’s Malaysia Belanja Makanan Rai 65,000 Rider Sempena #LekLuMcDBelanja #Riderku
McDonald’s Malaysia Belanja Makanan Rai 65,000 Rider Sempena #LekLuMcDBelanja #Riderku | McDonald's Malaysia (Mekdi), lepas satu kempen satu kempen baru dilakukan. Jika sebelum ini McDonald's raikan frontliners para petugas kesihatan di barisan hadapan dengan menghantar terus makanan ke hospital, kini pihak McDonald's Malaysia membuat keputusan untuk meraikan golongan rider (penghantar makanan) pula. Kempen ini diberi nama #LekLuMcDBelanja.
Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Tangan Yang Menerima
Rider happy bila tengok customer happy dan McDonald's Malaysia pula happy bila lihat semua rider happy. Wah sama-sama happy! Bagi pendapat peribadi aku sendiri, kempen seperti #LekLuMcDBelanja ini bukan saja patut diteruskan di masa akan datang malah perlu dicontohi oleh pihak-pihak yang lain.
Usaha yang dilakukan adalah sebahagian daripada kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran khidmat segera tersebut untuk mengajak rakyat Malaysia turut serta menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar makanan yang bertungkus lumus memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai tepat pada masanya.
Pihak McDonald's Malaysia Sentiasa Peka Dengan Tugas Rider
“Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar.
Sesungguhnya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.”
“Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan.” Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia
Respon Riders Tentang Kempen #LekLuMcDBelanja #Riderku
Roslina Talhad, penghantar makanan McDelivery ini merupakan ibu kepada lima anak, Roslina Talhad perlu bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga memandangkan suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik.
“Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.” Roslina Talhad.
William Quah merupakan penghantar makanan McDonald’s selama dua tahun.
“Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.”
“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.”
Mohamad Azyhan Musa, seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian.
“Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.”
Terima Kasih McDonald's Malaysia, Kebaikan Kalian Memang Patut Dipuji!
Sila hantarkan draf (jangan terus publish) ke email :
Kristine.Yap@hkstrategies.com
mcdonalds malaysia belanja penghantar makanan malaysia |
mcdonalds malaysia belanja penghantar makanan di malaysia |
Have a lovely week...
ReplyDeleteAlgamdulillah..rider² front liner yg x didendang..
ReplyDelete