Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

McDonald’s Malaysia Belanja Makanan Rai 65,000 Rider Sempena #LekLuMcDBelanja #Riderku

McDonald’s Malaysia Belanja Makanan Rai 65,000 Rider Sempena #LekLuMcDBelanja #RiderkuMcDonald's Malaysia (Mekdi), lepas satu kempen satu kempen baru dilakukan. Jika sebelum ini McDonald's raikan frontliners para petugas kesihatan di barisan hadapan dengan menghantar terus makanan ke hospital, kini pihak McDonald's Malaysia membuat keputusan untuk meraikan golongan rider (penghantar makanan) pula. Kempen ini diberi nama #LekLuMcDBelanja.

Kempen LekLuMcDBelanja ini bukti bahawa McDonald's Malaysia benar-benar prihatin terhadap semua golongan termasuk para penghantar makanan. Sepanjang tempoh pandemik Covid-19 di Malaysia, tidak dinafikan khidmat penghantaran makanan menjadi pilihan utama orang ramai termasuk aku sendiri. Mudah guna rider untuk hantar makanan tanpa perlu keluar dari rumah.

Aku ikut berbangga melihat pihak McDonald's Malaysia sanggup meraikan para penghantar makanan dengan kempen #LekLuMcDBelanja kerana bagi aku, tugas sebagai seorang penghantar makanan ini memang patut dipuji. Pekerjaan ini juga dapat membantu golongan anak muda di luar sana untuk mendapatkan pekerjaan yang halal. 


65,000 Rider Dihargai Oleh McDonald's Malaysia Pada Hari Yang Sama Seluruh Negara 

Apa yang lebih membanggakan, jumlah keseluruhan rider yang telah McDonald's Malaysia  belanja makan menerusi kempen #LekLuMcDBelanja ini mencecah seramai 65,000 orang penghantar makanan dari seluruh Malaysia. 

Penghantar makanan daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery menerima set hidangan percuma Quarter Pounder dengan Keju sempena kempen #LekLuMcDBelanja #Riderku pada 12 Julai 2021 yang lalu. McDonald’s Malaysia membelanja 65,000 penghantar makanan di seluruh negara  dengan set hidangan Quarter Pounder dengan Keju ini sebagai tanda penghargaan atas penat lelah mereka bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 


Mekdi 'belanja' the first 65000 riders to stop by at any of their restaurants from 2pm to 5pm on Monday, 12 July. Bayangkan bukan sedikit tetapi hingga 65,000 orang abang, adik dan kakak rider yang McDonald's Malaysia belanja pada hari tersebut.



Best juga jadi rider ni ye. Paling best sudah tentulah jika dapat menjadi salah seorang team dari pihak McDonald's Malaysia sendiri kerana dapat membuat bakti dan pahala untuk pelbagai golongan. 

Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Tangan Yang Menerima 

Rider happy bila tengok customer happy dan McDonald's Malaysia pula happy bila lihat semua rider happy. Wah sama-sama happy! Bagi pendapat peribadi aku sendiri, kempen seperti  #LekLuMcDBelanja ini bukan saja patut diteruskan di masa akan datang malah perlu dicontohi oleh pihak-pihak yang lain.





Usaha yang dilakukan adalah sebahagian daripada kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran khidmat segera tersebut untuk mengajak rakyat Malaysia turut serta menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar makanan yang bertungkus lumus memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai tepat pada masanya.

Pihak McDonald's Malaysia Sentiasa Peka Dengan Tugas Rider 

“Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar. 

Sesungguhnya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.”

“Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan.” Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia

Respon Riders Tentang Kempen #LekLuMcDBelanja #Riderku

Roslina Talhad, penghantar makanan McDelivery ini merupakan ibu kepada lima anak, Roslina Talhad perlu bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga memandangkan suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik.

“Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.” Roslina Talhad.

William Quah merupakan penghantar makanan McDonald’s selama dua tahun.

“Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.”

“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.”

Mohamad Azyhan Musa, seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian.


“Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.”


Terima Kasih McDonald's Malaysia, Kebaikan Kalian Memang Patut Dipuji!

Sebagai salah seorang pelanggan setia McDonald’s Malaysia, sudah tentu aku rasa happy melihat restoran kegemaranku melakukan kerja kebaikan seperti ini. Meskipun ada yang menganggap golongan penghantar makanan ini bukan dari kalangan frontliner yang perlu bertarung nyawa di hospital untuk merawat pesakit, namun bagi aku mereka juga wira dan wirawati yang sentiasa berdepan dengan bahaya demi pelanggan.

Seorang penghantar makanan sentiasa cuba memberi khidmat yang terbaik. Sanggup berhujan dan berpanas. Sanggup melupakan masa makan demi menghantar makanan pelanggan tepat pada masanya. 

Selama aku menggunakan khidmat penghantar makanan ini, alhamdulillah aku amat berpuashati dengan servis mereka. Dek kerana itu aku amat setuju bila McDonald's Malaysia sudi meraikan rider ini. Penat seharian berkerja, leklu McD belanja merupakan kempen yang tepat untuk mereka. 

Selamat berjuang dan berkerja para rider dan terima kasih yang tidak terhingga untuk warga kerja McDonald's Malaysia yang tidak berhenti-henti membuat kebaikan untuk pelbagai golongan dalam masyarakat kita. 




Sila hantarkan draf (jangan terus publish) ke email :

Kristine.Yap@hkstrategies.com 



mcdonalds malaysia belanja penghantar makanan malaysia
mcdonalds malaysia belanja penghantar makanan di malaysia


2 comments for "McDonald’s Malaysia Belanja Makanan Rai 65,000 Rider Sempena #LekLuMcDBelanja #Riderku"