Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Titan Summit Richworks 2021 Dedahkan Anak Murid Dr Azizan Osman, Jual Kacang Boleh Jadi Jutawan

Titan Summit Richworks 2021 Dedahkan Anak Murid Dr Azizan Osman, Jual Kacang Boleh Jadi Jutawan | Siapa yang cakap bisnes jual kacang tidak boleh pergi jauh, itu semua mengarut! Kenapa aku cakap mengarut, kerana sudah ada bukti si penjual kacang juga boleh jadi jutawan. Bahkan, si penjual kacang ini adalah seorang perempuan yang masih muda usianya namun mampu membina empayar perniagaan dengan pendapatan sehingga 7 angka. Beliau yang aku maksudkan adalah Puan Mawarni Namli yang lebih mesra dengan panggilan Puan Wany
Detik pertama kali aku mengenali nama Puan Mawarni Namli ini, terus terpahat di hati! Manakan tidak, beliau adalah seorang perempuan seperti aku tetapi mampu untuk melebarkan sayap dengan titik peluhnya sendiri. 
Sedikit pengenalan mengenai diri Puan Wany, beliau memulakan bisnes sebagai seorang stokis pada awalnya. Namun, dalam bisnes pastinya ada onak dan duri begitu juga yang berlaku pada Puan Wany. Berpandukan ilmu yang belum cukup, Puan Wany hampir gagal dan menutup perniagaannya. Mujurlah ada leader stokisnya yang masih yakin sepenuh hati dengan kelebihan dan semangat yang ada pada Puan Wany. 
Titan Summit Richworks 2021


Mahu Berjaya Perlu Berani Dan Ada Mentor Untuk Bertindak 

Puan Wany turut mendapat sokongan mantap dari ibunya sendiri yang sangat yakin dengan kebolehan Puan Wany. Ibunya merupakan tunjang peniup semangat untuk beliau terus melangkah ke hadapan dan ini semua membuatkan Puan Wany semakin bersemangat untuk segera bangkit.
Dengan iringan doa ibu tercinta, Puan Wany nekad untuk menjadi berjaya sehingga ke tahap jutawan. Biar apa orang bakal kata, bagi Puan Wany rezeki tidak terletak di tangan sesiapa melainkan di tangan Allah SWT berkat tindakan dan usaha kerja kerasnya sendiri. 
Titan Summit Richworks 2021

Beliau mahu berjaya dan mahu kongsikan rezeki kejayaan bersama ibu yang tak pernah henti mendoakan kejayaannya. Ini semua berkat tunjuk ajar yang belia berjaya sedut dari RichWorks. RichWorks diasaskan oleh Dr Azizan Osman dan Richworks kini telah berkembang menjadi sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan pemasaran serta kepimpinan. 
Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu- ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.
Setelah ada dikalangan usahawan RichWorks dengan bimbingan yang sangat padu, hati Puan Wany semakin hari semakin membuak-buak untuk memiliki sebuah perniagaan di atas milik namanya sendiri. 
Akhirnya, berkat ilmu yang semakin tebal bersama suntikan semangat yang menyala dari pihak RichWorks, Puan Wany mula mendapat idea ilham dari Allah SWT untuk mewujudkan perniagaan jual kacang. Dari situ tercetuslah nama produk Wany's Snack. 
Titan Summit Richworks 2021
Siapa sangka, hasil jualannya meningkat hingga mampu meraih hasil jualan sehingga RM4 juta. Jual kacang je income boleh cecah juta-juta? Mungkin ada yang rasa bagaikan tak percaya tapi itulah apa yang sebenarnya berlaku. Kini, Puan Wany sudah bergelar sebagai salah seorang usahawan level Titan di RichWorks. 

5 Pengajaran Yang Diperolehi Dari Kisah Inspirasi Puan Mawarni 

1. Rezeki ada di mana-mana, jangan takut andai gagal 

Bermula tahun 2016 - 2017, bisnes yang Puan Wany lakukan ini mula bermasalah. Masalah kualiti, stok tak cukup, team mula protes hingga pada hujung 2017 itu Puan Wani pernah kehabisan modal untuk rolling. Akibatnya mula pindah pejabat dan jual barang. 

2. Tuntutlah ilmu dan carilah mentor 

Setelah gagal pada tahun 2017, Puan Wany tidak terus mengalah sebaliknya mula mencari mentor untuk menuntut ilmu dengan cara yang betul. Jika orang lain mungkin akan rasa menangis sebaliknya Puan Wany belajar dari kesilapan lepas dan tidak ingin ianya berlaku sekali lagi. 

Berkat dari itu, bsines mula semakin baik. Puan Wany juga mula sedar betapa pentingnya untuk terus tambah ilmu dan belajar. Mentor sangat penting supaya tidak tersasar. 

Titan Summit Richworks 2021


3. Jangan sombong dengan ilmu, terus belajar dan belajar dari mentor 

Berbeza dengan kebanyakan usahawan lain, Puan Wany tidak terus sombong dengan ilmu yang ada. Sebaliknya, Puan Wany terus belajar dan belajar. Buktinya pada tahun 2018, Puan Wany hadir semula kelas bawah dalam peringkat RichWorks iaitu ZTM. Dari situ Puan Wany mula dapatkan agen supaya bisnesnya boleh terus berkembang. 

4. Tetap perbaiki diri , jangan terus rasa selesa

Tahun 2019, Puan Wany sekali lagi sertai program MMM dari RichWorks. Niatnya tidak lain dan tidak bukan untuk terus perbaiki ilmu yang ada dalam diri. Walau sudah ada di tahap atas tetapi ilmu lama tetap beliau cuba terapkan kembali supaya seimbang. 
Tahun yang sama Puan Wany buat keputusan untuk berada di tahap Titan tanpa mahu mengulangi silapnya yang dulu lagi. Di sana Puan Wany didedahkan lagi dengan ilmu-ilmu pengurusan perniagaan dengan cara yang lebih profesional supaya bisnesnya boleh terus berkembang secara berganda-ganda.
Titan Summit Richworks 2021

5. Rezeki Tidak Datang Bergolek, Jangan Mudah Mengalah!

Tahun 2020 melihat perubahan ketara di mana Puan Wany telah berpindah dari kedai biasa kepada kilang yang lebih besar demi untuk menampung pengeluaran produk disebabkan permintaan yang semakin tinggi dari pembeli.
Tahun ini juga menyaksikan billboard dengan nama Wany's Snack terpacak di tepi jalan dan highway. Tidak hanya itu, tahun ini menyaksikan bagaimana Wany's Snack mula muncul di kaca TV.  
Titan Summit Richworks 2021

Jom Jadikan Kisah Inspirasi Kejayaan Orang Lain Untuk Kita Turut Berjaya 

Bayangkan dulu pernah jual produk keluaran orang lain, hanya berjualan di gerai seperti ini tapi sekarang berjaya bina empayar bisnes sendiri. Suka untuk diingatkan, kejayaan Puan Wany ini tidaklah datang bergolek-golek. Semuanya memerlukan tindakan dan perlu percaya pada proses untuk berjaya. Inilah yang diajar dan dibimbing oleh RichWorks.
Titan Summit Richworks 2021

Ini antara produk-produk kacang keluaran Wany's Snack yang dikeluarkan oleh pihak team dari syarikat Puan Wany sendiri.

Titan Summit Richworks 2021

Bukan calang-calang ye, setapak demi setapak, usaha untuk terus berkembang hingga mampu untuk menguruskan kilang di bawah jenama sendiri. 

Titan Summit Richworks 2021

Pada awalnya hanya seorang diri, berkat ilmu dari pihak RichWorks, Puan Wany berjaya membina empayar dengan jumlah kakitangan yang ramai sekarang ini. 

Titan Summit Richworks 2021

Program Titan Summit 2021 Boleh Bantu Sesiapa Yang Mahu Jadi Seperti Puan Mawarni

Mungkin ada yang mengatakan RichWorks penipu dan sebagainya, tetapi ternyata ada saja usahawan-usahawan yang telah berjaya. Puan Wany sendiri sudah membuktikan bagaimana si penjual kacang mampu meraih pendapatan 7 angka hingga mampu menguruskan kilang sendiri. 

Nak berjaya kena belajar dan Program Titan Summit ini mampu memberikan bukti dari perkongsian hasil kejayaan pengasas-pengasas perniagaan dari tahap kosong hingga bergelar jutawan dalam Malaysia. 

Apa yang menariknya, dalam program Titan Summit 2021 ini nanti, Richworks bukan saja membawakan pengasas - pengasas perniagaan saja, malah akan turut berkongsi tips-tips bagaimana mereka ini mampu berjaya di tahap sekarang, InshaAllah. 

Boleh Sertai Titan Summit Richworks 2021 Secara Percuma? Ya, Benar!

Program Titan Summit 2021 ini adalah inisiatif RichWorks sepenuhnya secara percuma pada pada 24 hingga 26 September 2021 secara zoom dan sesiapa saja boleh menyertainya tanpa sebarang bayaran. 

Seramai 100 usahawan jutawan dihimpunkan bagi berkongsikan usaha dan tindakan mereka hingga berjaya membina perniagaan daripada kosong hingga capai 7 angka jualan meskipun ketika krisis pandemik masa ini. 

Titan Summit Richworks 2021

100 usahawan jutawan ini merupakan sebahagian anak didik di bawah RichWorks dan bimbingan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang terdiri daripada 20 industri yang berasal daripada seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak termasuk Australia, Singapura dan Indonesia. 

Mereka ini yang dibimbing secara dekat Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No.1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman untuk kongsikan apa perkara buatkan mereka berubah dan capai kejayaan hingga hari ini dalam program Titan Summit 2021.

Titan Summit Richworks 2021


Titan Summit 2021 Richworks, Jom Kita Join Untuk Tahu Kisah Anak Murid Dr Azizan Dari Zero To Million 


Aku ulang sekali lagi, program Titan Summit 2021 ini adalah inisiatif RichWorks sepenuhnya secara percuma pada pada 24 hingga 26 September 2021 secara zoom tanpa perlu membuat apa-apa bayaran. Percuma! 

Disamping itu, kesempatan yang ada ini bolehlah digunakan untuk tahu siapakah nama di dalam Senarai Titan Summit 2021 Richworks yang kini telah bergelar jutawan untuk kita semua kenal. Jika sebelum ini hanya pernah mendengar  tentang anak murid Dr Azizan dari kempen Richworks Bangkit , Zero To Million RichWorks dan sebagainya, kini boleh lihat senarai Titan Summit 2021 dengan lebih jelas lagi. 

Titan Summit Richworks 2021

Pada sesiapa yang berminat nak sertai untuk kenal anak-anak murid Datuk Wira Dr Azizan Osman seperti Puan Wany yang hanya jual kacang jer kini bergelar jutawan, klik pada link di bawah.


DAFTAR DI SINI 








2 comments for "Titan Summit Richworks 2021 Dedahkan Anak Murid Dr Azizan Osman, Jual Kacang Boleh Jadi Jutawan "

  1. Betul awa...wanys snack ni memang galmer betul sebab sedap. Buka perlu jual benda mahal-mahal baru boleh jadi jutawan. Jual kacang pun boleh

    ReplyDelete