Pengalaman & Cara Penjagaan Anak Kucing Parsi Umur 2 Bulan Tanpa Ibu
Pengalaman & Cara Penjagaan Anak Kucing Parsi Umur 2 Bulan Tanpa Ibu | Umur anak kucing yang selalu di beli adalah sekitar 2 bulan. Waktu ini baby kucing sudah boleh dipisahkan dari ibu dengan syarat cara penjagaannya hendaklah betul.
Cara penjagaan anak kucing parsi umur 2 bulan tanpa ibu tidak dinafikan agak mencabar, tetapi dengan ilmu pengetahuan, InshaAllah kesusahan itu berjaya di atasi.
Teringin pula rasa nak berkongsi suka duka penjagaan kucing parsi kerana baru-baru ini aku telah adopt anak kucing umur 2 bulan. Anak kucing berusia 60 hari ini baru saja sudah habis masa menyusu dengan ibunya (kucing induk).
Anak kucing yang aku adopt ini dari baka High Nose Persian, dilahirkan pada 27 Ogos 2021. Bulunya berwarna oren putih dan kucing jantan ini, aku beri nama Boboy. Boboy merupakan 'anak jantan' kepada kucing Parsi belaan ibuku di kampung.
Tips Penting Untuk Cara Penjagaan Anak Kucing Umur 2 Bulan Tanpa Ibu
Tidak kisah anak kucing parsi / persia atau anak kucing kampung biasa, menjaga anak kucing umur 2 bulan tanpa ibu ataupun induk ini terbahagi kepada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.
Antaranya tempat tinggal yang selesa, makanan, penjagaan kesihatan, kebersihan dan sebagainya. Melalui artikel ini, aku akan kongsikan apakah produk penjagaan anak kucing umur 2 bulan yang perlu disediakan berdasarkan pengalamanku sendiri.
#1. Kenali Sikap Perangai Anak Kucing Berumur 2 Bulan
1. Putus susu"weaning"
Secara umumnya sudah putus susu dari ibu (induk) dan sudah boleh minum susu khusus untuk anak kucing dari botol. Botol susu ni saiznya kecik jer.
Semasa beri anak kucing minum susu dari botol pastikan kepalanya ditegakkan sedikit bagi elak anak kucing tersedak. Sambil tu terus cuba ajar anak kucing untuk minum terus dari bekas minuman dengan kaedah menjilat.
Tegakkan sedikit kepala anak kucing, elak dari tersedak susu |
2. Makan sendiri
Anak kucing parsi atau anak kucing kampung usia 2 bulan sudah pandai memakan makanannya sendiri. Tapi, disebabkan saiz perutnya yang masih kecil maka anak kucing akan makan sedikit tetapi secara lebih kerap.
Pemberian pemilihan jenis makanan terpulang sama ada dari kategori "wetfood" (makanan basah) atau "dryfood" (makanan kering).
3. Tandas
Anak kucing usia 2 bulan sudah pandai menggunakan kotak pasirnya sendiri untuk buang air kecil serta air besar. Anak kucing ini juga akan menimbus najisnya sendiri mengikut naluri yang dia ada.
4. Mencakar (Scratching)
Masa ini juga paling penting untuk diperkenalkan kepadanya "scratching post/pad" kerana ianya sudah mula mencakar-cakar dan adalah terbaik jika dilatihkannya dengan "scratching post".5. Bermain
Waktu usia anak kucing 2 bulan ini, dia sangat suka bermain. Dia suka menangkap barang jika ada pergerakan.
6. Mandi
Semasa umurnya 2 bulan ini sudah boleh dimandikan TAPI aku ikut nasihat emak untuk tunggu dulu sehingga usianya mencecah 4 bulan. Kata emak diwaktu usia anak kucing baru umur 2 bulan ini, sistem daya tahan badannya masih belum kuat terhadap kesejukan.
#2 - Sediakan Keperluan Yang Sepatutnya Untuk Anak Kucing
Menyedari akan sikap anak kucing di atas, aku sediakan barang keperluan yang sesuai untuk bantu ia membesar seiring dengan keperluan dirinya. Barang-barang tersebut adalah seperti yang di bawah.
1. Sangkar
2. Bekas Najis dan Pasir
3. Susu Anak Kucing
4. Makanan Basah
5. Makanan Kering
6. Vitamin
7. Bekas Makanan dan Bekas Minuman
8. Kolar Leher (saiz kecil)
9. Alas Tempat Tidur
10. Buai
11. Tempat Mencakar
12. Barang Penjagaan dan Kebersihan Diri Anak Kucing
13. Mainan
14. Sikat
#3 - Ketahui Sukatan Susu Untuk Anak Kucing 2 Bulan
#4 - Beri Makanan Anak Kucing Umur 2 Bulan Yang Bagus
#5 - Sediakan Vitamin Untuk Anak Kucing 2 Bulan Supaya Lebih Sihat
Bila dan Berapa Banyak Perlu Beri Anak Kucing Makan?
Anak Kucing Umur 2 Bulan Makan Nasi Tak?
PENTING : SILA TAHU INI!
#3 - Cara penjagaan anak kucing baru lahir tanpa induk sangat mencabar dan mempunyai risiko maka sebaiknya ambil berat tentang menjaga, merawat, tempat tinggal, makanan bergizi, berikan minum susu yang khusus untuk anak kucing dan lain-lain lagi.
#4 - Kucing berumur 1 minggu harus diberikan susu setiap 2-3 jam sama seperti kita menjaga bayi kecil yang baru lahir.
#5 - Fasa usia anak kucing ketika berumur 2 bulan ini adalah yang paling penting dalam hidupnya kerana dalam usia umur ini, anak kucing dalam proses pembentukan sifat tau perangainya terhadap 'ahli keluarga manusia' disekelilingnya.
#6 - Jika kita masuk campur ketika usianya seawal ini seperti selalu bermain, melatih, membelai, bermanja dan sebagainya, anak kucing akan menjadi manja, mendengar kata, boleh membiasakan diri dengan kehadiran ahli keluarga pemiliknya dan 'lebih beradab'.
Itulah dia serba sedikit info mengenai cara penjagaan anak kucing parsi umur 2 bulan.
Semoga kalian mendapat serba sedikit info mengenai makanan anak kucing umur 2 bulan, vitamin atau makanan tambahan untuk anak kucing 2 bulan, cara penjagaan anak kucing tanpa ibu usia 2 bulan dan serba sedikit tambahan info untuk cara penjagaan anak kucing baru lahir.
Jumpa lagi di lain artikel, InshaAllah.
Kredits :
https://kucingutara.blogspot.com/
Rabia pun bela kucing terbiar tanpa ibu. Ibu dia tak nak jaga dia.
ReplyDeleteNnti kak awa boleh baca kisah beauti di blog sy ya
ok rabia. terima kasih datang baca dan komen sini
DeleteAssalamualaikum kak terimakasih atas info yang sangat bermanfaat moga dipermudahkan urusan Dan diberi rezeki yang melimpah amiin 😘😘
ReplyDeletewaalaikumsalam. sama2 dik. terima kasih juga atas doanya ya
Delete