Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman & Cara Penjagaan Anak Kucing Parsi Umur 2 Bulan Tanpa Ibu

Pengalaman & Cara Penjagaan Anak Kucing Parsi Umur 2 Bulan Tanpa Ibu | Umur anak kucing yang selalu di beli adalah sekitar 2 bulan. Waktu ini baby kucing sudah boleh dipisahkan dari ibu dengan syarat cara penjagaannya hendaklah betul. 

Cara penjagaan anak kucing parsi umur 2 bulan tanpa ibu tidak dinafikan agak mencabar, tetapi dengan ilmu pengetahuan, InshaAllah kesusahan itu berjaya di atasi.

Teringin pula rasa nak berkongsi suka duka penjagaan kucing parsi kerana baru-baru ini aku telah adopt anak kucing umur 2 bulan. Anak kucing berusia 60 hari ini baru saja sudah habis masa menyusu dengan ibunya (kucing induk).  

Anak kucing yang aku adopt ini dari baka High Nose Persian, dilahirkan pada 27 Ogos 2021. Bulunya berwarna oren putih dan kucing jantan ini, aku beri nama Boboy. Boboy merupakan 'anak jantan' kepada kucing Parsi belaan ibuku di kampung. 

Pengalaman Cara Penjagaan Anak Kucing Parsi Umur 2 Bulan Tanpa Ibu


Apa yang aku buat seperti memberi susu, makanan untuk anak kucing termasuk vitamin untuk Boboy, si anak kucing 2 bulan, aku kongsikan di sini untuk rujukan pembaca di luar sana. 

Famili aku boleh dikatakan semuanya suka kucing termasuk ibu , kakak dan abang. Baka kucing dalam famili dari jenis High Nose Persian. Ini sebahagian dari kucing yang ada di kalangan ahli familiku. 

Cara Penjagaan Anak Kucing Parsi Umur 2 Bulan Tanpa Ibu

Cara Penjagaan Anak Kucing Parsi Umur 2 Bulan Tanpa Ibu

Cara Penjagaan Anak Kucing Parsi Umur 2 Bulan Tanpa Ibu

Tips Penting Untuk Cara Penjagaan Anak Kucing Umur 2 Bulan Tanpa Ibu 

Tidak kisah anak kucing parsi / persia atau anak kucing kampung biasa, menjaga anak kucing umur 2 bulan tanpa ibu ataupun induk ini terbahagi kepada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan. 

Antaranya tempat tinggal yang selesa, makanan, penjagaan kesihatan, kebersihan dan sebagainya. Melalui artikel ini, aku akan kongsikan apakah produk penjagaan anak kucing umur 2 bulan yang perlu disediakan berdasarkan pengalamanku sendiri. 

Anak kucing ini ada beberapa peringkat dan jika dikecilkan skopnya dengan bahagikan kepada umur, anak kucing perlu diberi susu jika usianya kurang dari 2 bulan dan perlu diberi makanan yang sesuai untuk anak kucing yang sudah berusia 2 bulan. 

#1. Kenali Sikap Perangai Anak Kucing Berumur 2 Bulan

1. Putus susu"weaning"

Secara umumnya sudah putus susu dari ibu (induk) dan sudah boleh minum susu khusus untuk anak kucing dari botol. Botol susu ni saiznya kecik jer. 

Semasa beri anak kucing minum susu dari botol pastikan kepalanya ditegakkan sedikit bagi elak anak kucing tersedak. Sambil tu terus cuba ajar anak kucing untuk minum terus dari bekas minuman dengan kaedah menjilat. 

Cara Penjagaan Anak Kucing Parsi Umur 2 Bulan Tanpa Ibu
Tegakkan sedikit kepala anak kucing, elak dari tersedak susu


2. Makan sendiri

Anak kucing parsi atau anak kucing kampung usia 2 bulan sudah pandai memakan makanannya sendiri. Tapi, disebabkan saiz perutnya yang masih kecil maka anak kucing akan makan sedikit tetapi secara lebih kerap. 

Pemberian pemilihan jenis makanan terpulang sama ada dari kategori "wetfood" (makanan basah) atau "dryfood" (makanan kering). 

3. Tandas

Anak kucing usia 2 bulan sudah pandai menggunakan kotak pasirnya sendiri untuk buang air kecil serta air besar. Anak kucing ini juga akan menimbus najisnya sendiri mengikut naluri yang dia ada. 

Cara Penjagaan Anak Kucing Parsi Umur 2 Bulan Tanpa Ibu

4. Mencakar (Scratching) 

Masa ini juga paling penting untuk diperkenalkan kepadanya "scratching post/pad" kerana ianya sudah mula mencakar-cakar dan adalah terbaik jika dilatihkannya dengan "scratching post".

5. Bermain

Waktu usia anak kucing 2 bulan ini, dia sangat suka bermain. Dia suka menangkap barang jika ada pergerakan. 

Ini adalah perkara yang dilakukannya seharian kerana pembelajaran dalam hidupnya seperti memburu. Anak kucing akan mula bermain bermacam cara sebagai menambah ilmu dalam pemburuan. 

Cara Penjagaan Anak Kucing Parsi Umur 2 Bulan Tanpa Ibu

6. Mandi

Semasa umurnya 2 bulan ini sudah boleh dimandikan TAPI aku ikut nasihat emak untuk tunggu dulu sehingga usianya mencecah 4 bulan. Kata emak diwaktu usia anak kucing baru umur 2 bulan ini, sistem daya tahan badannya masih belum kuat terhadap kesejukan. 

#2 - Sediakan Keperluan Yang Sepatutnya Untuk Anak Kucing 

Menyedari akan sikap anak kucing di atas, aku sediakan barang keperluan yang sesuai untuk bantu ia membesar seiring dengan keperluan dirinya. Barang-barang tersebut adalah seperti yang di bawah.

1. Sangkar

2. Bekas Najis dan Pasir

3. Susu Anak Kucing 

4. Makanan Basah

5. Makanan Kering 

6. Vitamin  

7. Bekas Makanan dan Bekas Minuman 

8.  Kolar Leher (saiz kecil)

9. Alas Tempat Tidur

10. Buai

11. Tempat Mencakar

12. Barang Penjagaan dan Kebersihan Diri Anak Kucing 

13. Mainan 

14. Sikat 

Cara Penjagaan Anak Kucing Parsi Umur 2 Bulan Tanpa Ibu


#3 - Ketahui Sukatan Susu Untuk Anak Kucing 2 Bulan 

Sukatan susu untuk anak kucing perlu dilakukan dengan betul. Tidak hanya itu, pemilihan susu yang baik juga sangat penting. Elakkan beri susu pekat manis dalam tin dan sebagainya kerana ia boleh menyebabkan kesihatan anak kucing terjejas. 

Untuk anak kucingku, aku beri dia minum susu kucing jenama MIDALAC GOAT MILK. Harga yang paling murah untuk sebotol susu ini (berat 200gram) , aku temui di Shopee. 

Terus terang, di kedai harga boleh mencecah RM20 sebotol sedangkan bila aku beli online di kedai Shopee ini, harganya hanya sekitar RM11 saja sebotol. 

Klik link ini >> https://shp.ee/92tsq5f << untuk beli susu anak kucing secara online dengan harga murah di Shopee dan semoga peniaga ini dimurahkan rezkinya selalu. Aamiin.

#4 - Beri Makanan Anak Kucing Umur 2 Bulan Yang Bagus 

Makanan anak kucing umur 2 bulan ini tidak sama dengan makanan untuk kucing dewasa. Untuk anak kucingku (Boboy) , aku beri makan makanan basah yang dibeli ditambah dengan makanan basah yang aku masak sendiri. 

Resepi dan cara masak makanan wet food homemade untuk kucing ini emak aku yang ajar. Ibuku salah seorang pengemar dan penjaga kucing dengan pengalaman yang sudah agak lama. 

Teringat masa aku masih kecil dulu, bila mana kucing peliharaan emak pernah memenangi pertandingan kucing tercantik hingga berjaya mewakili kucing negeri peringkat Utara untuk bertanding di Kuala Lumpur. 

#5 - Sediakan Vitamin Untuk Anak Kucing 2 Bulan Supaya Lebih Sihat 

Vitamin untuk anak kucing 2 bulan juga ada. Vitamin atau supplement (makanan tambahan) untuk anak kucing 2 bulan yang disyorkan adalah NUTRI LICK

Vitamin ini sesuai untuk anak kucing dan kucing dewasa. Untuk anak kucing perlu diberikan hanya 1 sachet sehari manakala untuk kucing dewasa boleh diberi sehingga 2 sachet sehari. 

vitamin untuk anak kucing 2 bulan


Klik link ini untuk tahu kelebihan, harga dan lain-lain info berkaitan Nutri Lick >> https://shp.ee/9td283f <<

Bila dan Berapa Banyak Perlu Beri Anak Kucing Makan?

Menurut pembacaan, dikatakan yang biasanya untuk kucing dewasa perlu diberi makan 2 kali sehari  saja. Sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu petang atau lewat petang. 

Cara makan begini dikatakan perlu untuk membentuk nafsu makan kucing dan mengawal pemakanannya. Pemakanan yang teratur mengikut jadual ini juga memudahkan owner kucing untuk tahu sama ada kucing sihat ataupun tidak.

Anak kucing makan sedikit tetapi secara kerap, oleh itu untuk Boboy aku beri makan sebanyak 4 kali sehari. Contoh waktu pemberian makanan dan susu yang aku lakukan sekarang ini adalah pada jam 7 pagi, 12 tengahari, 5 petang dan 10 malam. 

Minuman dan sedikit dry food, aku sentiasa letakkan sedikit di bekas makanan dalam sangkar. Makanan tambahan Nutri Lick sehari sekali kerana usia Boboy baru 2 bulan. 

Cara Penjagaan Anak Kucing Parsi Umur 2 Bulan Tanpa Ibu

Anak Kucing Umur 2 Bulan Makan Nasi Tak?

Untuk anak kucing umur 2 bulan ni, aku sama sekali tak kasi makan nasi. Bahkan, untuk kucing parsi atau persian ini, memang tidak disyorkan untuk makan nasi sebaliknya makan makanan berkhasiat yang disyorkan saja. 

Tidak beri makan nasi ini bukan disebabkan kucing parsi dari jenis baka kucing mahal semata-mata tetapi demi untuk menjaga kesihatan kucing itu sendiri. 

Pantang larang lain yang tidak bagus di beri pada kucing adalah :
- makanan dari atas meja makan (makanan manusia)
- makanan mentah
- makanan bergoreng


Cara Penjagaan Anak Kucing Parsi Umur 2 Bulan Tanpa Ibu


PENTING : SILA TAHU INI!


#1. Untuk anak kucing umur di bawah 2 bulan (anak kucing baru lahir), disyorkan untuk tidak terlalu memegang anak kucing. dikatakan jika anak kucing itu telah dipegang oleh manusia maka baunya akan berbeza dan menyebabkan si ibu kucing enggan menjaga dan mengabaikannya. 

#2. Susu yang sesuai untuk anak kucing sangat penting untuk disediakan bagi mengelakkan anak kucing kekurangan susu. Manalah tahu, dengan anak kucing yang banyak maka boleh berlaku ada dikalangan anak kucing itu yang kurang mendapat susu dari ibunya.

#3 - Cara penjagaan anak kucing baru lahir tanpa induk sangat mencabar dan mempunyai risiko maka sebaiknya ambil berat tentang menjaga, merawat, tempat tinggal, makanan bergizi, berikan minum susu yang khusus untuk anak kucing dan lain-lain lagi. 

#4 - Kucing berumur 1 minggu harus diberikan susu setiap 2-3 jam sama seperti kita menjaga bayi kecil yang baru lahir. 

#5 - Fasa usia anak kucing ketika berumur 2 bulan ini adalah yang paling penting dalam hidupnya kerana dalam usia umur ini, anak kucing dalam proses pembentukan sifat tau perangainya terhadap 'ahli keluarga manusia' disekelilingnya. 

#6 - Jika kita masuk campur ketika usianya seawal ini seperti selalu bermain, melatih, membelai, bermanja dan sebagainya, anak kucing akan menjadi manja, mendengar kata, boleh membiasakan diri dengan kehadiran ahli keluarga pemiliknya dan 'lebih beradab'.  

Cara Penjagaan Anak Kucing Parsi Umur 2 Bulan Tanpa Ibu

Itulah dia serba sedikit info mengenai cara penjagaan anak kucing parsi umur 2 bulan. 

Semoga kalian mendapat serba sedikit info mengenai makanan anak kucing umur 2 bulan, vitamin atau makanan tambahan untuk anak kucing 2 bulan, cara penjagaan anak kucing tanpa ibu usia 2 bulan dan serba sedikit tambahan info untuk cara penjagaan anak kucing baru lahir. 

Jumpa lagi di lain artikel, InshaAllah. 


Kredits : 

https://kucingutara.blogspot.com/


4 comments for "Pengalaman & Cara Penjagaan Anak Kucing Parsi Umur 2 Bulan Tanpa Ibu "

  1. Rabia pun bela kucing terbiar tanpa ibu. Ibu dia tak nak jaga dia.

    Nnti kak awa boleh baca kisah beauti di blog sy ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok rabia. terima kasih datang baca dan komen sini

      Delete
  2. Assalamualaikum kak terimakasih atas info yang sangat bermanfaat moga dipermudahkan urusan Dan diberi rezeki yang melimpah amiin 😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. sama2 dik. terima kasih juga atas doanya ya

      Delete