Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Khasiat Dan Kelebihan Sayur Sawi Yang Ramai Tidak Tahu

Khasiat Dan Kelebihan Sayur Sawi Yang Ramai Tidak Tahu | Jenis sayur kat Malaysia ni memang banyak. Kalau nak di sebut satu-satu memang tak boleh nak sebut semuanya sekali. Banyaknya sayur kat pasaran hinggakan ada yang aku sendiri tak kenal. 

Tapi kalau sebut sayuran hijau seperti bayam, kangkung, brokoli dan sawi, alhamdulillah memang kenal sangat-sangat.


Sawi merupakan jenis sayuran yang cukup sering di makan. Ada masa isteri masakkan dalam bentuk sayur air, sayur lemak dan letak sebagai bahan sampingan dalam bihun goreng dan sebagainya. 

Sawi ni setahu aku ada banyak jenis juga tapi sayur sawi hijau paling kerap di beli. Kiranya dalam banyak-banyak jenis sayur, sawi adalah antara sayuran hijau paling popular.



Kandungan Sawi Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Jika sebelum ini hanya tahu makan saja, kali ni jom kita sama-sama ambil kisah akan khasiat dan kebaikan sawi yang pada tubuh badan manusia. Apakah manfaat sayur sawi ini sebenarnya? Sawi ini kaya dengan vitamin apa? Bagus juga jika dapat tahu khasiat dan kelebihan sayur sawi yang sering kita makan hampir setiap hari ini. 

1. Sawi mengandungi vitamin K yang sangat berguna untuk pelbagai perkara seperti :
- membantu pembekuan darah 
- penyakit serius seperti penyakit jantung & stroke 
- menjaga tulang dari proses osteoporosis menangani kanser 
- mencegah penyakit alzheimer mengawal kadar gula dalam darah 

2. Sawi mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi dan vitamin A ini bagus untuk menjaga kornea mata agar sentiasa sihat. 

3. Sawi turut mempunyai kandungan vitamin C dalam pembentukan kolagen interselular. Vitamin ini sangat penting dalam penyembuhan luka serta turut dapat meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan infeksi dan stress.

4. Sawi juga mengandungi Asam Folat yang dapat mengatasi anemia (masalah kurang darah) terutamanya dikalangan pada ibu hamil. Sawi juga ada koenzim untuk beberapa sistem enzim. 

5. Sawi kaya dengan serat dan mineral. Serat dan mineral ini dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dan gula darah. Ia juga dapat mencegah diabetes dan kanser kolon. 

Diringkaskan cerita, antara khasiat yang tersembunyi di dalam sayur sawi ini adalah seperti Vitamin A, B, C, E, K, karbohidrat, protein, kalsium, kalium, zat besi dan magnesium. Sayur sawi ini juga boleh bantu lancarkan perjalanan darah dan mengurangkan tekanan di dalam injap jantung manusia. 




Sawi Bagus Untuk Ibu Berpantang dan Pesakit Diabetes

Sayur sawi sendiri terbukti baik digunakan untuk mengatasi pelbagai gangguan penyakit termasuk mengurangkan risiko kanser dan menyembuhkan luka dengan cepat. Disebabkan sayur sawi boleh bantu sembuhkan luka dengan cepat maka ia sering diamalkan sebagai salah satu menu untuk ibu berpantang lepas bersalin.

Para pesakit diabetes juga elok mengamalkan sayur sawi dalam diet makanan seharian kerana sayur sawi ini turut mengandungi antioksidan yang dikenal dengan alpha licoic acid yang bermanfaat untuk menjaga kadar gula darah. Malangnya, masih ramai yang tidak gemar untuk makan sayur sawi disebabkan rasanya yang agak sedikit pahit.


Sawi Memiliki Klasifikasi Seperti Yang Berikut

Sawi merupakan tanaman sayuran jenis daun yang paling luas ditanam di Malaysia dan paling tinggi nilai pengeluarannya diikuti dengan sayur-sayur yang lain. Sawi in English dikenali dengan panggilan mustard. Dalam perdagangan antarabangsa pula. sayur sawi ini dikenali dengan pelbagai nama lain seperti green mustard, Chinese mustard, Indian mustard dan juga sarepta mustard. Sawi termasuk dalam kategori genus Brassica, spesies Brassica juncea.


KingdomPlantae
Sub KingdomTracheobinonta
Super DivisioSpermatophyta
DivisioMagnoliophyta
KelasMagnoliophyta
Sub KelasDileniidae
OrdoCapparales
FamiliaBrassicaceae
GenusBrassica
SpesiesBrassica juncea L.
Terdapat beberapa jenis sawi yang ditanam di Malaysia iaitu :
1. Sawi Hijau (Brassica parachinensis) atau disebut choy sum
2. Sawi Putih (Brassica chinensis var) atau disebut pak choy
3. Sawi Mini (Brassica rapa chinensis) atau disebut bok choy
4. Sawi Bunga (Brassica rapa Cruciferae)
Sayur yang paling sering dijumpai di pasar dengan harga yang agak murah adalah sawi hijau dan juga sayur sawi putih. Manfaat sayur sawi putih juga hampir sama dengan jenis sawi yang lain. Sayur sawi ini bukan saja murah tapi mudah untuk dimasak dengan pelbagai jenis menu. 



Pelbagai Resepi Sayur Sawi Yang Mudah Tapi Sedap

Jom kita pelajari cara membuat resepi sayur sawi ini. Manalah tahu tiba-tiba rasa nak makan, bolehlah buat sendiri tanpa perlu menyusahkan orang lain. Ada pelbagai resepi dan jangan risau sebab semuanya mudah-mudah saja. 


Resepi Sayur Sawi Tumis Simple & Resepi Sayur Sawi Tumis Telur 
Resepi yang sering di masak menggunakan sayur sawi adalah resipi sayur sawi tumis yang simple. Resepi ini turut dikenali dengan nama sayur sawi tumis air. Menu ini amat popular di kalangan para ibu selepas bersalin sebagai salah satu menu dalam tempoh berpantang. Resepi sayur tumis simple dan resepi sayur tumis telur hampir sama. Cuma bezanya satu ada telur sebagai penambah rasa dan satu lagi tidak. 



Bahan-Bahan :
segenggam  sawi  (cuci bersih dan potong ikut saiz yang disukai)
2  ulas  bawang merah  (hiris nipis)
2  ulas  bawang putih  (di ketuk)
sedikit ikan bilis belah (cuci bersih & toskan)
1  biji  telur
Garam dan air secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Cara Memasak :
1.  Panaskan sedikit minyak dalam kuali/periuk.
2.  Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga naik bau.
3.  Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
4.  Masukkan sayur sawi, biarkan seketika kemudian pecahkan telur ke dalamnya.
5.  Bila telur dah masak, masukkan garam secukup rasa dan matikan api. 


Resepi Sayur Sawi Bersos Tiram 

Sayur sawi goreng dengan sos tiram juga sedap. Dengan rasa masin manis ianya dapat meberikan rasa baru yang best. 



Bahan-bahan: 
Sayur sawi jenis Bok Choy 
Sedikit minyak untuk menumis 
3 ulas bawang putih 
1/4 cawan air 
5 sudu makan sos tiram 
sedikit gula pasir 
sedikit air bancuhan tepung jagung (tak letak tak apa)

Cara-caranya: 
1. Didihkan air di dalam periuk dan celur semua Bok Choy, susun atas pinggan 
2. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak masak. Masukkan sos tiram dan air. 
3. Masukkan gula pasir secukup rasa, jika rasa kurang masin boleh tambah garam
4. Masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung jika sukakan kuah yang pekat . 
5. Tuang ke atas sayur dan siap untuk di makan. 

Selain dua menu di atas, sawi juga sedap untuk dibuat Sayur Sawi Goreng dan juga Sup Sayur Sawi yang dipelbagaikan dengan meletakkan makanan laut, telur, fishball dan sebagainya. Terpulanglah pada citarasa masing-masing.

Itulah serba sedikit info mengenai khasiat dan kelebihan sayur sawi yang ramai tidak tahu dan semoga dengan adanya perkongsian seperti ini kita akan lebih suka makan sayur berbanding sebelumnya. 
 
 
Anda ada masalah kerosakan phone? Chamo boleh bantu selesaikan masalah anda. Boleh ke  https://chamo.my di Seri Kembangan. Untuk maklumat lanjut, berikut adalah details Chamo: 

Chamo
017-282 8089
118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor
 
 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia


7 comments for "Khasiat Dan Kelebihan Sayur Sawi Yang Ramai Tidak Tahu"

  1. Nak sihat, kena makan sayuran

    ReplyDelete
  2. tetiba lapar pulakk tengok sawi... ehhh yang masak tu laaa...

    ReplyDelete
  3. Sayur kena makan kerana tinngi khasiatnya

    ReplyDelete
  4. Jom kempen makan sayur sawi. Ayam dahlah mahal sekarang.

    ReplyDelete
  5. sayur sawi sedap, tapi part batang dia tu pahit hehe, tapi tulah, pahit itu lah mujarab. so jom bnyakkan makan sayuran

    ReplyDelete
  6. ekceli kan , idaa palingg tak suka sayur sawi . tapi selalu kena makan jugak sebab nak lawas huhu

    ReplyDelete
  7. dgr kata sayur jadi mahal buat masa skrg ni

    ReplyDelete