Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Doa Dan Amalan Sunnah Nabi Selepas Mimpi Buruk

Doa & Amalan Sunnah Nabi Selepas Mimpi Buruk, Boleh Lakukan Untuk Tenang | Mimpi boleh berlaku pada bila-bila masa. Mimpi juga boleh berlaku pada sesiapa saja. Jika mimpi indah, Alhamdulillah. Tapi jika mimpi buruk boleh membuatkan kita tak tenang hingga susah nak tidur sampai ke pagi.
Mimpi yang baik adalah dari Allah sedangkan mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Rasulullah SAW sendiri sudah menerangkan dalam hadith yang mimpi buruk berasal dari syaitan. 
doa-lepas-mimpi-buruk
Doa & Amalan Sunnah Nabi Selepas Mimpi Buruk, Boleh Lakukan Untuk Tenang

Hadith itu berbunyi : 
“Mimpi yang baik itu dari Allah. Sedangkan mimpi yang buruk itu dari setan. Jika salah seorang dari kalian bermimpi yang tidak ia sukai, maka hendaknya ia meniup ke sebelah kirinya tiga kali dan membaca ta’awwudz sebanyak tiga kali. Kemudian setelah itu hendaknya ia membalik tubuhnya ke sisi yang lain, dengan demikian tidak ada lagi yang membahayakan dan jangan ceritakan kepada seorang pun mimpi tersebut.” (HR. Bukhari no. 6995, Muslim no. 2261).

Cara Mengatasi Mimpi Buruk Menurut Islam

Jika ada bermimpi buruk, segeralah baca doa di bawah ini. Doa ini juga boleh di baca jika terjaga tengah malam disebabkan mimpi buruk. 

أَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَان وَسَيِّئاَتِ اْلأَحْلاَمِ
Allohumma inni a’zubika min ‘amalis syaithoni wa sayyi-atil ahlam.
Artinya: “Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari perbuatan setan dan buruknya mimpi.”

Selain dari doa tadi, ada satu lagi doa untuk di baca jika ada alami mimpi buruk. Himpunan doa-doa ini adalah salah satu cara mengatasi mimpi buruk menurut Islam. 

هُوَ اللهُ ، اَللهُ رَبِّيْ لَا شَرِيْكَ لَهُ. أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ غَضَبِهِ وَمِنْ شَرِّ عِبَادِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنِ وَأَنْ يَحْضُرُوْنِ
Huwallahu, allahu rabbi, la syarika lahu. A‘udzu bikalimatillahit tammati min ghadhabihi wa min syarri ibadihi wamin hamazatis syayatini wa an yahdhuruni.
Artinya: “Dialah Allah, Allah Tuhanku. Tiada sekutu bagi-Nya. Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari murka-Nya, kejahatan para hamba-Nya, dan godaan syaitan. Aku pun berlindung kepada-Nya dari kepungan syaitan itu.”

Amalan Selepas Mimpi Buruk Mengikut Sunnah Rasullullah SAW

1. Meludah ke Kiri sebanyak 3 kali
2. Segera minta perlindungan dari Allah SWT
3. Jangan ceritakan ke orang Lain
4. Ubah posisi tidur
5. Ambil wudhu dan solat

Selain itu terdapat beberapa amalan lain yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dapat menghindari mimpi buruk, yakni membaca surah-surah pendek seperti : 
  •  al-Fatihah
  • al-Ikhlas
  • al-Falaq
  • an-Nas
Kemudian dilanjutkan dengan membaca doa di bawah :
Bismika rabbi wadla‘tu janbi wa bika arfa‘uhu. In amsakta nafsi farhamha. Wa in arsaltaha fahfazhha bima tahfazhu bihi ‘ibadakas shalihin.
Artinya, "Dengan nama-Mu hai Tuhanku, aku berbaring. Dengan nama-Mu juga aku terbangun. Jika Kau tahan nyawaku, berilah rahmat untuknya. Jika Kau lepaskan nyawaku, peliharalah sebagaimana Kau memelihara para hamba-Mu yang saleh."

Penyebab Mimpi Buruk

Ada yang anggap penyebab mimpi buruk dalam Islam adalah satu petanda yang tidak baik. Ada juga yang berasa takut setelah mimpi buruk kalau itu adalah petanda awal yang ada kaitan dengan dengki khianat dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, terdapat penyebab mimpi buruk dalam psikologi dikatakan ada kaitan dengan diri seseorang itu sendiri seperti :
  • tekanan / stress
  • kurang tidur
  • gangguan mental
  • penggunaan ubat-ubatan
  • alkohol
  • pengalaman mimpi buruk selamanya (sakit / trauma)

Kesimpulan

Mimpi buruk pertanda apa? Janganlah terlalu difikirkan. Penyebab mimpi buruk dalam Islam juga janganlah terlalu dikaitkan dengan perkara mistik. Sebaliknya, cuba tenangkan fikiran dengan membaca doa mimpi buruk di atas tadi sebagai salah satu cara mengatasi mimpi buruk ini.

Seandainya mimpi buruk berterusan dan doa mimpi buruk dalam Islam itu tadi seakan tidak membawa apa-apa kesan. Maka, temuilah ustaz atau imam masjid yang mungkin boleh membantu untuk diri berasa lebih tenang. 

Akhir kata, semoga perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membantu memberi sedikit sebanyak info pada anda yang mengalami masalah bermimpi buruk. 

Aamiin. 



2 comments for "Doa Dan Amalan Sunnah Nabi Selepas Mimpi Buruk"