Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman Semak & Bayar Saman Trafik Online Melalui Aplikasi MyBayar Saman

Pengalaman Semak & Bayar Saman Trafik Online Melalui Aplikasi MyBayar Saman | Gembira rasa hati bila mendapat khabar berita saman trafik boleh dibayar dengan diskaun sebanyak 80%. Banyak tu tau! Tawaran diskaun saman PDRM JPJ ini bermula dari 9 - 12 Disember 2021. 

Akibat dari pengumuman ini, ramai orang berpusu-pusu ke pejabat JPJ dan balai polis trafik terdekat demi untuk membayar saman yang sudah lama tertunggak. 

Jika lihat pada gambar yang dikongsikan oleh portal berita semasa, panjang jugalah barisannya. Makan masa berjam untuk tunggu giliran. 

Demi untuk mengelakkan diri dari ikut berbaris panjang demi untuk membayar saman, aku memilih untuk membayar secara atas talian saja. Bayar saman ini aku lakukan melalui aplikasi MyBayar Saman. MyBayar Saman ialah aplikasi terbaharu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bayar-Saman-Trafik-Online

Sebenarnya, diskaun saman trafik ini sudah diberikan sebanyak beberapa kali bagi memudahkan orang ramai untuk membayar saman trafik yang dikeluarkan oleh PDRM dan JPJ. 

Kalau tak silap, untuk tahun 2021 diskaun saman telah diberikan pada bulan Mac dan Julai yang lalu. Kini tawaran potongan diskaun untuk saman trafik diberikan sekali lagi. 


Kelebihan Bayar Saman Trafik Online Melalui Aplikasi MyBayar Saman 

Kelebihan jika punya aplikasi MyBayar Saman ini di handphone ada banyak. 

1. Boleh semak saman yang masih belum dijelaskan, tidak kira saman lama atau saman baru. 

2. Boleh bayar saman tanpa sebarang caj perkhidmatan secara online. Ini bermakna kita hanya perlu jelaskan jumlah bayaran saman semata-mata tanpa ada sebarang caj lain yang tersembunyi. 

3. Boleh membayar saman individu dan saman syarikat. 

4. Jika ada tawaran diskaun, jumlah bayaran sebelum dan selepas diskaun akan terus tertera untuk dijelaskan. 

5. Urusan menjadi lebih mudah dan cepat tapi pastikan buat bayaran di luar waktu puncak. 

Bayar Saman Trafik Online, MyBayar Saman Diskaun 80%


Pengalaman Bayar Saman Trafik Online Atas Nama Suami Melalui Aplikasi MyBayar Saman 

Aku daftarkan akaun melalui MyBayar Saman atas nama aku dan juga suami. Alhamdulillah, atas nama aku sendiri tidak ada sebarang saman tetapi atas nama suami ada 4 saman yang tertunggak. 

Saman atas nama suami ini bukannya saman personal tetapi saman yang merujuk kepada kenderaan yang didaftarkan di bawah nama suami. Jumlah keseluruhan untuk semua saman trafik bagi kenderaan yang ada di bawah nama suami (selaku pemilik) adalah sebanyak RM750. 

Tetapi, disebabkan pada waktu ini ada potongan diskaun sebanyak 80%, maka jumlah keseluruhan untuk bayar semua saman ini adalah sebanyak RM150. Alhamdulillah, bayar saman online diskaun 2021 ini dapat jimat sebanyak RM600.

Pengalaman Bayar Saman Trafik Online

Kebanyakannya adalah saman memandu yang melebihi had laju ditetapkan. Inilah nasib kepada pemilik kenderaan, walau orang lain yang pandu tetap si pemilik yang perlu jelaskan saman kerana ia melibatkan saman no plat kenderaan akibat memandu melebihi had laju yang ditetapkan. 

Sebagaimana yang aku katakan tadi, bayar saman melalui aplikasi MyBayar Saman ini sangatlah mudah! Sebaik saja selesai membuat pendaftaran, terus nampak jumlah saman dan berapa total bayaran saman yang perlu dijelaskan. 

Pengalaman Bayar Saman Trafik Online


Pilih saman mana yang mahu di bayar (jika tidak mahu bayar semuanya sekaligus) dan terus checkout untuk urusan pembayaran secara online. Selesai buat bayaran, urusan selesaikan saman trafik tersebut akan terus diproses. 


Pengalaman Bayar Saman Trafik Online

Pengalaman Bayar Saman Trafik Online


Aku bersyukur sudah ada aplikasi MyBayar Saman begini kerana dapat memudahkan urusan untuk check dan bayar dalam satu masa tanpa perlu makan masa yang lama. 

Pengalaman Bayar Saman Trafik Online

Panduan Cara Bayar Saman Trafik Online Melalui Aplikasi MyBayar Saman PDRM

Di sini aku sertakan sekali panduan cara membuat pendaftaran online di aplikasi atau Portal MyBayar Saman. Moga panduan untuk membayar saman trafik secara online melalui aplikasi MyBayar Saman dari PDRM ini dapat memberi manfaat. 

1. Cara Pendaftaran MyBayar Saman Melalui Website

  1. Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.
  2. Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
  3. Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
  4. Log masuk setelah selesai mendaftar.
  5. Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
  6. Buat Pembayaran secara online melalui kaedah pembayaran yang dipilih

2. Cara Bayar Saman Melalui Portal / Aplikasi MyBayar Saman Melalui Handphone

Untuk pembayaran saman melalui portal, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat peribadi dengan betul.
  4. Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  5. Log masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Butiran saman dipaparkan.
  7. Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
  8. Semak saman yang ingin dibayar.
  9. Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
  10. Pembayaran selesai.

Video Cara Terbaru Bayar Saman Polis Online Guna MyBayar Saman

Dulu bayar saman online myeg tapi sekarang ni, yang terbaru semuanya bayar saman online guna MyBayar Saman. Nak bayar saman trafik online ni bila-bila masa pun boleh. 

Sekali sekala keluar tawaran potongan diskaun di kira beruntung dan jika tak ada diskaun pada masa itu, terpaksa jelaskan saman mengikut kadar harga biasa yang telah ditetapkan. 


Bayar Saman Trafik Secara Online Melalui MyBayar Saman Tapi Failed? 

Ini mungkin disebabkan sedang di waktu puncak. Maksudnya ramai orang seluruh Malaysia sedang cuba untuk menjelaskan saman masing-masing melalui aplikasi ini. Apabila terlalu ramai menggunakannya dalam satu masa, itu yang boleh berlaku 'kegagalan' untuk menggunakan aplikasi ini dengan cepat.

Pengalaman Bayar Saman Trafik Online

Nak tak nak, terpaksa bersabar dan cuba lagi secara berulang kali. Jika masih juga tidak dapat untuk daftar dan login menerusi aplikasi MyBayar Saman ini, terpaksa jawabnya untuk bayar saman secara walk in. 

Selain dari bayar saman melalui portal / aplikasi MyBayar Saman ini, pembayaran saman kompaun boleh dibuat secara terus id kaunter Polis Diraja Malayia PDRM KLCC dan kaunter bayaran saman trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah yang berhampiran seluruh negara. 

Orang awam disarankan membayar saman trafik secara fizikal di balai polis terdekat jika mempunyai masalah untuk mengakses lamanweb ini. 

Tempoh diskaun pembayaran saman JPJ dilanjutkan? 

Semasa artikel ini di tulis, aku ada terbaca kenyataan kenyataan terbaru dari pihak JPJ. Katanya, tempoh pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80 peratus kini dilanjutkan sehingga 15 Disember 2021. Jika benar, masih ada masa lagi untuk urusan membayar saman masing-masing. 

Tapi untuk saman yang melibatkan polis trafik, aku tak pasti. Adakah lanjutan ini hanya untuk saman yang dikeluarkan JPJ saja atau sekali dengan saman polis? Tak pula dinyatakan. 

Bayar Saman Trafik Online


Cara bayar saman online diskaun 2021 PDRM JPJ sudah dinyatakan tadi. Boleh jadikan panduan untuk check saman pdrm dan jelaskan bayaran dalam satu masa. 

Jika tidak dapat akses, terpaksalah Google lokasi 'kaunter pembayaran saman pdrm near me' untuk tahu tempat buat bayaran saman trafik yang terdekat.



1 comment for "Pengalaman Semak & Bayar Saman Trafik Online Melalui Aplikasi MyBayar Saman"

  1. Good info. Saya pun tak check lagi. Harap takdelah. Hehe

    ReplyDelete