Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

4 Resepi Sandwich Telur Sedap Cara Mudah

4 Resepi Sandwich Telur Sedap Cara Mudah | Sandwich salah satu makanan kegemaran. Aku suka makan sandwich sebab mudah nak sediakan dan cepat kenyang. Selain sandwich sardin dan sandwich tuna, aku suka makan sandwich telur.

Apa beza sandwich telur dengan sandwich lain?

Sandwich telur sedikit berbeza dengan sandwich yang lain kerana jauh lebih mudah dan cepat untuk disediakan. Resepi sandwich telur ini menggunakan bahan murah dan selalu ada di rumah.

Jika kalian salah seorang yang suka makan sandwich, boleh masukkan resipi sandwich telur ini ke dalam menu keluarga. 

resepi-sandwich-telur
Resepi Sandwich Telur Simple Tapi Sedap

4 Resepi Sandwich Telur Mudah Dan Sedap 

Sandwic telur sangat mudah nak disediakan oleh mak ayah. Anak bujang pun boleh sediakan sandwich telur ni. Sangat sesuai sebagai menu sarapan pagi dan minum petang.

Ada beberapa versi resipi sandwich telur yang sudah tahap viral ini. 

Antaranya resipi sandwich telur viral, resepi sandwich telur tanpa mayonis, resepi sandwich telur tanpa sayur dan resepi sandwich telur diet. 

#1. Resepi Sandwich Telur Mayonis (Egg Mayo)

Bahan-Bahan:

  • 4 biji telur, direbus
  • 8 keping roti sandwich
  • Sedikit mentega atau margerin (planta) untuk disapu pada roti
  • 1 sudu besar mentega atau margerin, untuk inti telur
  • 2-3 sudu besar mayonis
  • 1/2 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1/4 sudu kecil garam
  • Daun salad
  • Tomato

resipi-sandwich-telur-mayonis
egg mayo sandwich

Cara Buat Resepi Sandwich Telur Mayonis :

1. Potong bahagian tepi kerak roti di keempat-empat bahagian.

2. Buang kulit telur dan hancurkan telur menggunakan garfu, tetapi jangan terlalu hancur. Biar ada sedikit ketulan kasat untuk tekstur.

3. Masukkan mentega, lada hitam, mayonis dan garam. Kacau sebati.

4. Sapu roti dengan sedikit mentega dan letakkan inti telur, salad dan tomato sekata di antara 2 keping roti. 

5. Potong sandwich kepada dua atau empat bahagian mengikut kesukaan anda dan sedia untuk dihidang.

resepi-sandwich-telur-mudah
resipi sandwich telur cara mudah

2. Resepi Sandwich Telur Tanpa Mayonis

Untuk mereka yang tak suka mayonis, stok mayonis habis atau mungkin sedang diet dari makan mayonis, boleh guna resepi sandwich telur rebus tanpa mayonis ini sebagai penyelamat keadaan.

Bahan-bahan :

  • 3 sudu teh minyak zaitun 
  • 1 sudu teh cuka 
  • ¼ sudu teh garam 
  • secubit lada hitam 
  • 3 biji telur rebus 

Cara Buat Sandwich Telur Tanpa Mayonis : 

1. Masukkan minyak, cuka, garam, dan lada sulah ke dalam botol kecil dan goncang sehingga sebati.

2. Kupas telur rebus, masukkan ke dalam mangkuk adunan dan hancurkan dengan garfu. 

3. Tuangkan vinaigrette (sos cuka) ke dalam telur dan kacau hingga sebati.

4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. 

Boleh hidangkan pada roti keping biasa atau roti bakar mengikut citarasa.


3. Resepi Sandwich Telur Tanpa Sayur (Japanese Egg Sandwich)

Jika tak suka ada sayur dalam sandwich telur, boleh cuba resipi Japanese Egg Sandwich ni. 

resipi-sandwich-telur-tanpa sayur
Japanese Egg Sandwich - Sandwic Telur Tanpa Sayur

Bahan-bahan :

  • roti keping
  • 2 biji 
  • mayonis
  • sedikit krim atau susu
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula 
  • sedikit mentega

Cara Buat Japanese Egg Sandwich 

1. Rebus telur. Setelah telur masak, sejukkan dan kupas. 

2. Potong telur rebus tadi separuh dan keluarkan kuningnya

3. Campurkan kuning telur dengan mayonis, sedikit krim (atau susu), garam secukup rasa dan hanya sedikit gula. 

4. Potong dadu putih kemudian campurkan ke dalam adunan kuning telur tadi. 

5. Sapu mentega pada roti, letakkan Sapukan adunan inti telur tadi pada roti dan potong kepada 2 atau 4 bahagian. 

Selamat menikmati.



4. Resepi Sandwich Telur Diet 

Bagaimana cara untuk buat resepi sandwich telur diet?

Nak jadikan sebagai resepi sandwich telur diet pun boleh. Untuk resepi sandwich telur diet, jangan gunakan planta ataupun marjerin. Caranya, seperti di bawah ini. 

Bahan-Bahan : 

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur 
  • 1 sudu kecil mayonis 
  • 1 sudu teh lada sulah 
  • daun salad dan tomato 

Cara Buat Resepi Sandwich Telur Diet :

1. Rebus telur dan lecek halus. 

2. Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.

3. Ambil sekeping roti, letakkan tomato. Kemudian letakkan 1 sudu penuh inti telur tadi. Ratakan. 

4. Letak sekeping salad diatas inti telur dan akhir sekali, letakkan sekeping lagi roti. 

Potong serong 2 atau 4. Siap untuk dinikmati.


Tambahan :

Serbuk lada hitam tak ada kat rumah, apa nak buat?

Boleh pakai lada hitam biji. Masa nak guna baru tumbuk. Lagi sedap dan wangi.


Video Cara Buat Sandwich Telur Mayonis (Egg Mayo Sandwich)

Video Cara Buat Sandwich Telur Tanpa Mayonis


Kesimpulan 

Resepi Sandwich Telur yang paling mudah untuk disediakan di waktu sarapan pagi atau minum petang. Sesuai disediakan untuk bekalan sarapan anak-anak ke sekolah juga.

Jika kalian sukakan sandwich, boleh cuba sendiri resipi-resipi sandwich telor rebus tadi kat rumah. Jika mahukan resepi telur yang lain, boleh Google resepi sandwich telur azie kitchen, reseipi sandwich telur che nom, resepi sandwich telur azlina ina dan banyak lagi. 

Senang buat semua resepi telur tadi kerana tak guna banyak bahan. Bahan asas untuk buat resipi roti telur mayonis sangat simple. 

Ada roti keping, telur, mayonis, marjerin dan serbuk lada hitam di dapur, sudah boleh buat resepi sandwich telur simple yang sedap. 

Bahan ringkas, cepat disediakan dan rasa yang sedap. Ini antara kelebihan resepi sandwich telur mayonis hingga boleh menjadi viral. Guna sebagai resepi sandwich telur untuk jualan juga boleh.

Selamat mencuba.


Rujukan : Resepi Sandwich Telur Che Nom



Dapatkan info bermanfaat dengan mudah di telegram

Jemput join di Telegram  : 




Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :

17 comments for "4 Resepi Sandwich Telur Sedap Cara Mudah "

  1. Replies
    1. sedap! selalu dok beli je. kali ni buat sendiri je lah! jimat belanja. jom buat jom!! :D

      Delete
  2. Resipi yang mudah disediakan tapi menyelerakan dan sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ikin! cepat nk buat. masak utk bekal anak pun okay. rebus telur lenyek2 tambah mayonis garam lada sikit, sapu kat roti. siap! hehe

      Delete
  3. Sedap, Naim selalu buat telur macam dadar sahaja lepas tu sapu mayo dekat roti then letak telur hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. telur hancur pun sedap juga. sis kalau malas nk rebus telur, buat telur hancur gini juga. makan ngan sos cili n mayonis. sedap tu

      Delete
  4. sedap! saya suka sangat makan sandwich telur

    ReplyDelete
  5. wah..nmpk sedap tu. akak pun suka roti sandwich. nnti nak try resipi sandwich yang diet tu. hehe...

    ReplyDelete
  6. wah..nmpk sedap tu. akak pun suka roti sandwich. nnti nak try resipi sandwich yang diet tu. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah kak fiez!! buat menu makan petang ngan cik abg :)

      Delete
  7. egg mayo sandwich mmg the best! tak cukup satu..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3! sbb sedap. setakat makan satu mmg x cukup haha

      Delete
  8. ni yang teringin nak makan sandwich pulak ni

    ReplyDelete
  9. buat sendiri lebih best!! terbaik lah,,,

    ReplyDelete