Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Buat Telur Separuh Masak Macam Di Kopitiam

Cara Buat Telur Separuh Masak Macam Di Kopitiam | Telur separuh masak antara menu kegemaran rakyat Malaysia. Mereka yang berdiet juga suka makan telur setengah masak ni. Aku sendiri suka makan telur separuh masak dengan roti bakar. 

Walau menu telur separuh masak selalu dikaitkan sebagai menu diet tapi aku makan sebab sedap. Lebih sedap jika dapat telur rebus separuh masak macam makan kat kopitiam tu. 

Sayangnya, walaupun nampak senang sekadar nak rebus telur tapi ramai yang tak berjaya. 

Mungkin ada yang akan cakap, 

Alah takat merebus telur bukan susah pun! 

Tak payah nak tengok resepi pun tak apa.

Masukkan telur bersama air dalam periuk dan rebus.

Hakikatnya, untuk memasak telur separuh masak ni bukan mudah. 

cara-masak-telur-separuh-masak
set sarapan kegemaran rakyat Malaysia - sumber google


Telur separuh masak, rasa macam senang saja nak buat tapi ramai yang selalu gagal. Aku sendiri gagal berkali-kali buat telur separuh masak sebab salah agak masa. 

Nak buat telur rebus setengah masak yang the best ni, kena tahu dulu telur separuh masak kena rebus berapa minit. 

Terlebih masa ketika merebus, telur akan masak sepenuhnya. Bukan lagi jadi telur separuh masak macam kopitiam punya menu. Hati teringin nak makan telur rebus separuh masak tapi yang jadi telur rebus sepenuh masak. Sedih. 

Mari Tahu Cara Masak Telur Separuh Masak Yang Betul 

Sejak tahu cara buat telur separuh masak yang paling simple ni, alhamdulillah dah boleh makan telur separuh masak sedap macam yang makan di kopitiam, kafe dan hotel.

Bangun pagi tak tahu nak sarapan apa, boleh buat telur separuh masak ni. 

Makan pula dengan sedikit kicap masin dan lada sulah, memang umph! Makin terangkat bila pekena dengan roti bakar bersama kaya dan kopi o panas. Complete set.

4 Kaedah Cara Masak Telur Separuh Masak Macam Kopitiam

Bagaimana cara buat telur separuh masak yang paling simple?

Ini cara untuk memasak telur separuh masak yang sedap. Tidak terlalu keras dan tidak juga terlalu cair. Sedang elok saja teksturnya. Sangat senang, tak sampai 10 minit dah siap untuk dimakan. 

Panduan resepi telur separuh masak ni sesuai juga untuk diet. Nah 4 kaedah cara masak telur separuh masak untuk dicuba. 

1. Cara Memasak Telur Setengah Masak Guna Dapur Gas

masak-telur-berapa-minit

kaedah masak telur setengah masak guna dapur gas


Cara pertama ni boleh kita anggap sebagai cara tradisional. Basuh telur bersih-bersih dan masukkan ke dalam periuk yang berisi air. Jumlah air agak-agak telur boleh terendam sepenuhnya. 

Hidupkan api dan masak atas dapur menggunakan api tahap biasa. Bila air di dalam periuk dah mula mendidih, mulakan pengiraan masa. 

Biarkan masak selama 4 minit kemudian angkat dan alirkan dengan air. Proses ini untuk hentikan telur terus masak dengan kehadiran haba di bahagian dalam.

2. Cara Memasak Telur Separuh Masak Guna Air Panas

masak-telur-separuh-masak-guna-air-panas

masak telur separuh guna air panas


Cara rebus telur yang kedua,  mula-mula didihkan air di dalam periuk kecil di atas dapur api. Setelah air betul-betul mendidih (sampai keluar buih banyak), matikan api. 

Masukkan semua telur ke dalam periuk panas berisi air panas baru lepas mendidih tadi. Biarkan selama 7 minit tanpa ditutup. Haba dari air panas akan keraskan bahagian putih telur. 

Setelah 7 minit, angkat dan buang air panas tersebut. Gantikan dengan air sejuk dan biarkan selama lebih kurang 1 minit untuk sejukkan telur (menghentikan proses telur masak).

Ini cara untuk masak 1 ke 2 biji telur ayam je, kalau banyak kena tambahkan masa sikit lagi.

Adik-adik student dan kolej yang tak ada periuk dan dapur gas, boleh masak air guna cerek elektrik. Dapat masak untuk makan telur rebus dengan mudah.


3. Cara Memasak Telur Separuh Masak Guna Air Fryer 

masak-telur-guna-air-fryer
Learn how to make Kopitiam-style soft-boiled egg using air-fryer at home. - Miki's Food Archives


Air fryer boleh memasak pelbagai menu resepi yang sedap-sedap. Kegunaan air fryer bukan hanya untuk masak cara gorengan tanpa minyak. Nak guna masak telur rebus pun boleh walau langsung tak gunakan air.

Jika ada air fryer kat rumah, jom cuba cara buat telur separuh masak guna air fryer ini.

Cara-caranya: 

1. Basuh telur bersih-bersih. 

2. Masukkan telur (gred A@B dan suhu bilik) dalam bakul air fryer. *Tak perlu preheat 

3. Set kan air fryer : suhu 165 darjah masa 7 minit 4. 

Done!


4. Cara Memasak Telur Rebus 3 Suku Dalam Microwave

Bagaimana untuk memasak telur rebus dalam microwave? 

Untuk masak telur rebus 3 suku masak guna microwave kena hati-hati terhadap penggunaan masa. 

Jangan letak masa terlalu lama, tak pasal-pasal telur boleh meletup dalam microwave. Satu kerja pula nak kena bersihkan semuanya. 

Caranya, masukkan dua biji telur ayam ke dalam mangkuk yang berisi air. Jumlah air agak-agak telur boleh terendam sepenuhnya. Masukkan ke dalam microwave (ketuhar gelombang mikro).  

Laraskan masanya sekejap saja. Hanya letak 1 minit setengah saja ya. Barulah okay dan tak meletup telur dalam microwave. 

Penting! Kalau masak telur rebus guna microwave, kena sekejap saja sebab ia direct heating, sebab tu telur boleh meletup.


Masih rasa susah untuk ikut cara-cara tadi?

Tak ada ke cara yang lebih mudah untuk masak telur 3 suku ni?

Jika empat cara di atas tadi masih rasa susah, boleh ikut cara ke lima ni. 

5. Cara Masak Telur Separuh Masak Guna Bekas Kuning 

Guna bekas ni senang. Tak payah nak masak atas dapur, rendam air panas, guna air fryer dan microwave. 

Dengan guna bekas kuning ni juga, tak perlu lagi alami peristiwa telur ayam meletup dalam microwave dan telur separuh masak jadi telur rebus.

Untuk cara masak telur separuh masak guna bekas kuning ni, pertama sekali sudah tentulah kena beli bekasnya dulu. Tak mahal pun.

Harga di Shopee : RM6 - RM10 

Klik link ini untuk beli : https://shp.ee/z9e8z2z

masak-telur-guna-bekas-kuning


Cara-cara nak masak telur setengah masak guna bekas kuning :

1. Mula mula letakkan telur yang telah dicuci. Satu bekas boleh letak 1 hingga 4 biji saja. 

2. Masukkan air yang betul-betul panas (baru lepas mendidih) dan sukat menggunakan berapa banyak biji telur yang kita masukkan tadi. 

3. Air akan menitis dan apabila tiada lagi air di dalam bekas kuning, itu tandanya telur setengah atau separuh masak dah ready.


Tutorial Video How To Cook Egg Microwave Easy Simple 5 Ways


Telur Separuh Masak Berapa Minit

Untuk telur separuh masak, minit perlu dijaga supaya tidak terlalu keras.

Berapa minit masa yang diperlukan untuk rendam telur separuh masak?

Berapa minit perlu rebus untuk dapat telur setengah masak?

Jom kita lihat berapa lama masa diperlukan untuk telur separuh.  Boleh jadikan panduan ketika buat telur separuh masak nanti. 

Panduan Masa Untuk Masak Telur Rebus

Tips masak telur rebus untuk pelbagai jenis tekstur. 
  • Tempoh masa 2-3 minit untuk telur suku masak
  • Tempoh masa 4-5 minit untuk telur putih separuh masak (telur kuning masih cair)
  • Tempoh masa 6-7 minit untuk telur putih 3/4 masak 
  • Tempoh masa 8-10 minit seluruh telur dah mula masak sepenuhnya

Penerangan tekstur telur berdasarkan berapa minit masak.

  • 2 minutes – The white isn’t fully set and the yolk is totally raw.
  • 4 minutes – The white is fully set, but the yolk is thick and runny.
  • 6 minutes – The white is fully set, and the yolk is mostly set, but still a little runny in the middle.
  • 8 minutes – The white is fully set, and the yolk is set, but tender.
  • 10 minutes – The white is fully set, and the yolk is fully set.

Kicap Masin Untuk Telur Separuh Masak

Untuk menikmati telur separuh masak dengan rasa sedap macam makan di kopitiam, kena sediakan serbuk lada hitam dan kicap masin. 

Kicap masin ya bukannya kicap pekat manis. Jenis kicap masin apa terpulang. 

kicap-masin-telur-separuh-masak

Selain rasanya enak, telur separuh masak ini mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan.

5 Kebaikan Telur Separuh Masak Pada Tubuh Kita

Emak aku panggil telur separuh masak ini sebagai telur 3 suku masak dan antara kebaikan telur separuh masak ini adalah seperti yang di bawah.

1. Bagus Untuk Diet

Telur separuh masak juga bagus untuk amalan diet kerana mengandungi asid amino dan protein yang tinggi yang dapat memberi bekal tenaga kepada tubuh.

2. Anti Penuaan

Siapa sangka makan telur separuh masak dapat bertindak sebagai agen anti penuaan, ini kerana telur separuh masak mengandungi karotenoid yang dapat membantu melindungi tubuh dari penuaan.

3. Membina Otot

Telur separuh masak juga dapat membantu membina otot dan menjadikan tubuh badan menjadi sihat serta bertenaga.

4. Mencegah Anemia

Salah satu penyakit darah yang sering di dapati pada manusia adalah anemia, penyakit anemia berlaku kerana darah kekurangan vitamin B12 dan untuk mencegah berlakunya penyakit ini, telur separuh masak dapat membantu membekalkan sumber vitamin B12!

5. Meningkatkan Metabolisma Dan Sistem Imun Diri

Kandungan asid amino di dalam telur separuh masak dapat membantu meningkatkan sistem imun diri dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan metabolisma di dalam tubuh manusia.

Telur separuh masak memang berkhasiat tetapi jangan makan banyak sangat kerana ia mengandungi kalori. 

Mengikut pembacaan, telur sepenuh masak mempunyai kalori yang lebih rendah berbanding teluar separuh masak. 

Telur Separuh Masak Berapa Kalori (Makan Untuk Diet)

Jika korang nak makan menu telur separuh masak untuk diet, aku kongsikan sekali beberapa info ringkas berkaitan telur separuh masak ini.

Nama hidangan = Telur Separuh / Setengah Masak
Saiz hidangan = 1 biji telur saiz sederhana

Telur separuh masak berapa kalori?

Jumlah kalori untuk telur separuh masak ini adalah 68 kalori. 

Telur Rebus Sepenuh Masak Vs Telur Separuh Masak Mana Lebih Baik Untuk Kesihatan

Fakta Telur Rebus Sepenuh Masak

Sebiji telur rebus yang besar mempunyai berat sebanyak 50gram dan di dalam telur rebus tersebut ia mengandungi nutrisi seperti:

  • Kalori: 77
  • Karbohidrat: 0.6 gram
  • Jumlah lemak: 5.3 gram
  • Lemak tepu: 1.6 gram
  • Lemak mono tak tepu: 2.0 gram
  • Kolesterol: 212 mg
  • Protein: 6.3 gram
  • Vitamin A: 6% (jumlah yang disarankan oleh Recommended Dietary Allowance (RDA)
  • Vitamin B2 (riboflavin): 15% (jumlah yang disarankan oleh RDA)
  • Vitamin B12 (cobalamin): 9% (jumlah yang disarankan oleh RDA)
  • Vitamin B5 (pantothenic acid): 7% (jumlah yang disarankan oleh RDA)
  • Phosphorus: 86 mg atau 9% (jumlah yang disarankan oleh RDA)
  • Selenium: 15.4 mcg atau 22% (jumlah yang disarankan oleh RDA)

telur-separuh-masak-berapa-kalori

Fakta Telur Rebus Separuh Masak


Protien yang di miliki dalam telur separuh masak ini adalah:

  • Kolesterol: 186 mg
  • Karbohidrat: 49 gram
  • Jumlah lemak: 65 gram
  • Lemak tepu: 432 gram
  • Sodium: 122 mg
  • Potasium: 55 mg
  • Serat: 0 gram
  • Gula: 49 gram
  • Protien: 51 gram


Kesimpulan

Untuk dapat telur masak separuh yang betul-betul sempurna tidak mudah.  Bukan sekadar masukkan air dan telur kemudian rebus. Aku sendiri dah pernah gagal beberapa kali ketika masak telur setengah masak ni. 

Kesilapan tengok masa ketika memasak dah terlepas peluang nak makan telur 3 suku. Terlebih masak jadilah telur rebus. 

Terpaksalah makan telur rebus sepenuhnya tu sebab silap tengok time. Ini masalah biasa yang berlaku bila buat telur separuh masak.

Pada korang yang selalu buat telur separuh masak tak jadi macam aku, semoga cara-cara masak telur separuh masak tadi dapat membantu. 

Aku letakkan sekali panduan kiraan masa untuk memasak telur rebus supaya kita tak salah masak telur rebus lagi. InshaAllah. 

Selamat mencuba.


Rujukan : 

Wanista.com

Asian Inspirations


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia





Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :


10 comments for "Cara Buat Telur Separuh Masak Macam Di Kopitiam"

  1. Aduh aduh sedapnya.

    Bukan senang nak buat. Asyik jadi keras je tekstur telur tu.

    Thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. sis pun berapa kali dok gagal je. kdg jadi kdg tak. ada panduan gini cara ok dah

      Delete
  2. Liez xkisah sgt telur tu tp liezntergila kan roti bakar.. tp skrg payah nak fpt roti bakar mcm kedai cina jual.. bakar pakai arang.. perghhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. roti bakar guna arang sedap betoi. rangup.. bau aroma dia pun. lain dr bakar pakai toaster oven

      Delete
  3. wah.. bagus info awa ni.. akak paling suka telur makan dengan kicap masin tu.. paling best awa bagi kiraan kalori.. i like!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. bukannya apa kak, diri sendiri pun tak tahu sebelum ni. itu usaha sikit cari info kalori sekali. mudah buat rujukan bila perlu hehe

      Delete
  4. Suka telur separuh masak yang putihnya tak berlendir tapi tak keras. Biasa guna cara dua, tapi tak tutup api, rebus jap dlm 4 5 minit gitu. Bekas kuning tu legend betul cuma kena sabar menunggu lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis sama x leh putih berlendir. sis x leh nk telan. suka telur 3/4 tp kena telur putih lembik tak berlendir. sama selera kita

      Delete
  5. Banyak cara rupanya nak masak telur separuh masak ni awa. Boleh la nak cuba. Marsha bab ni memang failed...aduhai...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita. dok keja failed je. itu usaha cari cara. senang nk makan nnti tau dh nk buat camana. hehe

      Delete