Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Chilled Cheesecake Strawberry Sukatan Cawan

Cheesecake strawberry ada banyak versi resipinya. Ada style resepi cheesecake Azlina Ina, resepi cheese strawberry cake Azie Kitchen, recipe cheesecake no bake (chilled / sejukkan tanpa bakar), resepi cheesecake strawberry with yogurt dan banyak lagi.

Selain itu ada juga resepi strawberry cheesecake gunakan gelatin dan tanpa gelatin. Terus terang, bila makan strawberry cake ini, aku sendiri tak dapat bezakan sama ada itu cheesecake tanpa gelatin atau cheesecake ada gelatin. 

resepi-chilled-cheesecake

No Bake Strawberry Cheesecake Resepi (Guna Kaedah Chilled)

Untuk resepi yang akan dikongsikan ini, ia adalah resepi cheesecake strawberry no bake. Tak payah nak susah payah bakar, hanya perlu guna chiller (peti sejuk).

buat resepi cheesecake strawberry ini, aku paling tertarik dengan resipi cake yang dikongsikan oleh Puan Ieda Jahaya

Resepi ini menggunakan kaedah sukatan cawan, jadi lebih mudah dan senang berbanding perlu sukat bahan guna penimbang digital. 

Resepi Strawberry Cheesecake Sukatan Cawan 

Bahagian A - Asas Bawah 

Bahan-bahan :

  • 200g biskut oreo. kisar halus
  • 1/4 cawan butter cair

Cara-cara :

1. Campurkan bahan bahagian A ini hingga sebati.

2. Lapik spring form pan dengan baking paper.

3. Tuangkan adunan bahagian A ke dalamnya dan ratakan. Boleh tekan dengan bahagian belakang gelas, dengan sudi atau apa saja asalkan ianya sama rata.

4. Letak pada bahagian freezer selama 30 minit.


Bahagian B - Penyediaan Gelatin

Bahan-bahan :
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 1/2 sudu kecil gelatin

Cara-cara :

1. Perahkan lemon untuk dapatkan jus sebanyak 2 sudu besar.

2. Campurkan jus lemon dengan gelatin dan kacau perlahan hingga sebati, biar sekejap dalam masa 5 minit.


Bahagian C

Bahan-bahan :
  • 300 gram buah strawberry
  • 1/4 cawan gula
  • 2 sudu kecil tepung jagung

Cara-caranya :

1. Potong semua strawberry dan kisah sehingga halus.

2. Tuangkan strawberry yang telah dikisar ke dalam periuk lalu masukkan gula, tepung jagung dan gelatin (bahagian B) tadi.

3. Sebatikan semuanya lalu masak di atas api perlahan. Sentiasa dikacau sehingga pekat dan mendidih.

4. Setelah mendidih, tapis ke dalam bekas lain dan sejukkan sekejap.

resepi-chilled-cheesecake-strawberry

Bahagian D

Bahan-bahan :
  • 370 gram cream cheese
  • sedikit esen vanila
  • 2/3 cawan gula icing

Cara-caranya :

1. Mix cream cheese selama 1 minit kemudian masukkan esen vanila dan gula icing. Mix lagi semuanya hingga betul-betul sebati.

3. Tuangkan strawberry kisar (bahagian C), sebatikan semuanya dengan baik.

no-bake-strawberry-cheesecake-resepi
mix whipp

resepi-strawberry-cheesecake-sukatan-cawan
masukkan strawberi kisar


Bahagian E

Bahan :
  • 160ml whipping cream

Cara-cara :

1. Dalam bekas lain, putar whipping cream sehingga sedikit pekat.

2. Masukkan whipping cream ini ke dalam adunan cheese tadi (bahagian D)

3. Kaup balik semuanya supaya sebati.

4. Tuang adunan yang telah siap ini ke dalam bekas loyang biskut (bahagian A)

5. Ratakan sebelum dimasukkan ke dalam chiller.

6. Biarkan membeku (chilled) dalam masa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum dikeluarkan.


resepi-chilled-cheesecake
cream cheese, whipping cream dan strawberi bersatu 

Topping

Untuk menimbulkan rasa lebih menyelerakan, boleh letakkan potongan strawberry di atas kek sebagai hiasan. Nak letak topping coklat pun boleh juga, terpulanglah pada kreativiti dan citarasa masing-masing.

Gambar Resepi Chilled Cheesecake Strawberry Sukatan Cawan

Jangan ingat bila ada oven baru boleh buat kek sendiri. Ini buktinya. Tanpa bakar tetap boleh hasilkan cake yang sedap. Resepi strawberi cheesecake tanpa bakar ini ternyata sangat mudah untuk dihasilkan.

no-bake-strawberry-cheesecake-resepi

resepi-strawberry-cheesecake-sukatan-cawan

Disebabkan resepi chilled cheesecake strawberry ini memerlukan masa sehingga 8 jam untuk berada di dalam peti sejuk, kita boleh buat di pagi sebagai persediaan menu minum petang.

Tentu happy hati suami dan anak-anak.

Kesimpulan


No bake strawberry cheese cake ini walau nampak susah tapi sebenarnya mudah saja. Tambahan pula panduan yang diberikan tadi telah di susun secara langkah demi langkah. Tak adalah nanti rasa kelam kabut di dapur sewaktu sedang membuat resepi cheese cake strawberry ni. 

Bila letak banyak strawberries sudah mula terbayang rasa cheese cake ini yang ada elemen manis dan sedikit masamnya.  

Pada puan empunya resepi terima kasih diucapkan kerana sudi berkongsi resepi chilled cheesecake no bake sukatan cawan yang ohsem!


Jemput join  : 

4 comments for "Resepi Chilled Cheesecake Strawberry Sukatan Cawan"