Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Mini Cheese Cakes Bakar Mudah Sedap Comel

Resepi Mini Cheese Cakes Bakar Mudah Sedap Comel | Aku salah seorang penggemar cheese cake (kek keju). Jika ke kedai kek dan ternampak cheese cake, mulalah rasa teringin nak makan tu datang. Lagi-lagi cheese cake blueberry. Dari dulu cukup suka dengan cheese kek ni. 

Aku bukan seorang yang pandai untuk buat cheese cake sendiri. Walaupun ada perkongsian resepi cheese cake che nom, resepi cheese cake no bake tanpa bakar dan resepi cheese cake azlina yang mudah, tapi aku sendiri rasa tak berani nak cuba. 

Tapi, saat melihat perkongsian resepi cheesecake dengan rupanya yang comel begini, terus rasa nak cuba. Kek keju mini ini ternyata nampak sangat menyelerakan dengan taburan blueberry dan strawberi di atasnya. 

resepi-cheesecake-mudah

Menariknya, resepi ini tidaklah terlalu rumit untuk disediakan. Bahannya juga mudah dan senang untuk didapatkan daripada pasaraya atau kedai jual bahan buat kek. 

Resipi kek keju mini ini bagi aku salah satu resepi cheesecake yang mudah untuk aku ikut. Walaupun ia bukan resepi cheesecake tanpa bakar tapi aku yakin, sesiapa saja yang suka buat kek boleh ikut panduan yang diberikan. 

resepi-cheese-cake-bakar-mudah

Menu cheese cakes ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai santapan minggu petang. Buat untuk dijadikan sebagai menu untuk tetamu pun okay. Nak lagi baik buat lebih dan kasi kat jiran sebelah menyebelah. 

RESEPI MINI CHEESECAKES

Resipi kek keju ini dikongsikan oleh Keroroyz Royz dan sukatan bahan untuk resepi ini boleh menghasilkan sebanyak 12 biji mini cheesecakes. 

Bahan-bahan asas untuk buat cheese cakes (base)

  • 150g graham crackers
  • 60g butter cair

Bahan-bahan untuk  cheese filling

  • 300g cream cheese | suhu bilik
  • 185g natural yogurt | suhu bilik
  • 1/2 cup gula kastor | sila kurangkan ikut selera
  • 2 biji telur gred A | suhu bilik
  • 4 tbsp tepung gandum
  • 1 tbsp jus lemon
  • 1 tsp esen vanila
  • Strawberry, blueberry, strawberry compote | hiasan

resepi-kek-keju

Panduan Cara Membuat Cheesecakes Mudah 

1. Panaskan oven pada suhu 160c. Hancurkan biskut sama ada dengan menggunakan food processor atau rolling pin. Masukkan ke dalam mangkuk, tuangkan butter cair dan adun sebati

2. Bahagikan sama rata kedalam 12 cawan kertas muffin. Guna belakang sudu tekan biskut menjadi mampat. Ketepikan

resepi-cheesecake

3. Didalam mangkuk pengadun, putar cream cheese hingga creamy. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar sekadar sebati sahaja

resepi-cheese-cake


4. Masukkan esen vanila, jus lemon, tepung dan putar sehingga sebati. Akhir sekali masukan yogurt dan putar hingga kesemua bahan elok sebati

5. Guna ice cream scoop atau sudu, bahagikan adunan cheese sama rata kedalam cawan kertas muffin. Goyang sedikit loyang muffin supaya adunan elok rata.

resepi-cheesecake


6. Bakar pada suhu 160c selama 10 minit dan 180c selama 10 minit. Cheesecake masih nampak lembap dibahagian tengah selepas dibakar

7. Keluarkan loyang muffin dari oven dan biarkan sejuk. Tutup loyang muffin dengan plastik. Masukkan kedalam peti sejuk dan sejukkan semalaman.

resepi-kek-keju-mudah-dan-sedap

8. Hiaskan dengan bahan hiasan.

Resepi Cheese Cake, Tidak Hanya Mudah Tapi Comel Dan Sedap Juga 

Mengikut panduan yang diberikan, resepi cheesecake ini boleh dipelbagaikan dengan resepi cheesecake blueberry (jika suka). Meskipun nampak seperti mahal tapi ternyata bahan-bahan yang diperlukan itu tidaklah terlalu menyusahkan. 

Rasa kek yang digabungkan bersama cheese memang sedap! Sekali makan pasti nak lagi. Makin seronok dengan bentuk mini yang comel begini. Terasa sayang pula nak makan bila lihat kek cheese yang gebu gebas begini. 

Jangan ingat pakar resepi cheese cakes di Malaysia ni tak ada, ini buktinya. Sebelum ini aku tak tahu apa itu cheese cake tatura dan sebagainya kerana aku bukan seorang kaki baking yang pro! 

resepi-cheese-cake-che-nom


Kesimpulan

Aku rasa happy kerana berjaya menemui resepi cheesecake mudah yang dikongsikan oleh salah seorang sahabat Facebook ini. Bagi aku, ini salah satu resepi cheese cake bakar mudah yang boleh aku follow.

Manalah tahu, tiba-tiba datang aura nak buat cheese cake sendiri, sekurangnya resepi cheesecake mudah ini sudah ada untuk di rujuk pada bila-bila masa nanti. Kalian sendiri jika sukakan cheesecakes, jemput cuba resepi kek keju bakar ini sekali. 

Seriously cake ni memang sedap sangat, cukup rasa lemak, sedikit masam dan tak manis sangat. Kalau buat time PKP ni sekejap jer licin!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. 

resepi-cheese-cake-no-bake-tanpa-bakar

Jemput join  di Telegram : 


3 comments for "Resepi Mini Cheese Cakes Bakar Mudah Sedap Comel"